SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Semalam...
Ustaz pesan,jangan lupa baca doa akhir tahun 5 minit sebelum maghrib,dan baca doa awal tahun selepas solat maghrib.Jangan lupa ya akak2 sekelian.
Sebelum kelas tamat,ustaz muda baca bersama sama dan kami hanya mengamiinkannya.

Ustaz muda berpesan lagi...
Semuga buku lama kita tak ada cacat celanya
Semuga buku lama itu tetap cantik tanpa dosa...

Hari ini..
Kita bermula dengan buku baru yang pastinya masih cantik dan bersih.
Semuga buku itu tetap cantik dan bersih hingga akhir tahun..
Jangan berhenti berharap akak2 sekelian...
ALLAH maha pengampun...
ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang..
Buat dosa mohon ampun...ALLAH pasti mengampunkannya..
Sepatah kata seorang pelakon tua lama dulu..
Lepas berlakon,peluk sana sini..
Balik rumah solat taubat!
Boleh gitu?
Tak boleh lah...akak2 sekelian,perbuatan itu seolah2 macam mempermainkan agama.ALLAH lebih murka dengan perbuatan begitu.
Jika kita jahil,belajarlah!
Jika kita bodoh,mohon di ajar..
Tapi..jika kita pandai,tapi tak amalkan apa yang kita tahu!itu lagi teruk daripada orang yang tak tahu apa2!
Akak2 jangan ikut cara itu,berbolak balik hati dengan tuhan...

Bila kita serahkan diri pada ALLAH,itu bermakna kita dah tawakkal,kita dah berserah pada ALLAH.Jangan di persoalkan lagi..

Kita balik kampung,kita dah mangga pintu baik2,kita dah baca ayat kursi,kita dah doa agar ALLAH jaga rumah kita.
Tetiba...kita tercakap!
Apalah khabar rumah kita kan?
sah!keyakinan anda tiada 100%
Sah!kita tak yakin dengan ALLAH
Sah!kita bukan makhluk yang percaya pada ALLAH.
Oleh itu..
Bila kita dah baca doa,dan berusaha...
Maka
tawakkallah!ALLAH ada
Kita dah wakilkan ALLAH untuk jaga rumah kita,mengapa kita tak yakin pula?
Prasangka baik dengan sang pencipta kita pasti bahagia..

Berbalik pada Hijrah!
Sebaik buku bertukar,kita kena pastikan kita akan bertambah baik daripada tahun lalu..
Sebaik buku bertukar,kita kena tanam dalam hati...
Tiada tuhan yang aku sembah melain kan ALLAH,
dan ....
Nabi Muhammad adalah persuruhnya.

Ustaz...
Bila puasa sunat yang terbaik di lakukan?
9,10,11 Muharram,lebih baik lagi..puasalah dari 1 hingga 10 Muharram..
Tapi..kalau tak larat....cukuplah berpuasa di antara 9 Muharram di gandingkan dengan 10 Muharram atau 9 Muharram di gandingkan pula dengan 11 Muharram.Apa2 pun 9 Muharram dan 10 Muharram amat2 di tuntut untuk kita berpuasa.Hasil puasa itu seolah2 di hapuskan dosa selama 1tahun!akak akak sekelian..
Bulan Muharram adalah bulan kejayaan buat umat islam,di mana terdapat banyak peristiwa2 penting berlaku..
Antaranya..
1.Nabi Adam bertaubat kepada ALLAH
2.Nabi Idris di angkat oleh ALLAH ke Langit.
3.Nabi Nuh di selamatkan oleh ALLAH keluar dari kapalnya sesudah bumi di tenggelamkan selama 6 bulan.
4.Nabi Ibrahim di selamatkan oleh ALLAH dari pembakaran Raja Namrud.
5.ALLAH menurunkan kitan Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusof di bebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakop yang kabur di pulihkan oleh ALLAH.
8.Nabi Ayub di pulihkan ALLAH dari penyakit kulit yang di deritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah 2,untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnta dari tentera Firaun.
11.ALLAH ampunkan Nabi Daud.
12.Nabi Sulaiman di kurniakan ALLAH kerajaan yang besar.
13.Hari pertama ALLAH mencipta alam.
14.Hari pertama ALLAH menurunkan rahmat.
15.Hari pertama ALLAH menurunkan hujan.
16.ALLAH menjadikan 'Arasy'
17.ALLAH menjadikan Luh Mahfuz.
18.ALLAH menjadikan alam
19.ALLAH menjadikan malaikat Jibril.
20.Nabi Isa di angkat ke langit.

(Bagi penganut syiah,inilah bulan paling muram bagi mereka...bila Syaidina Hussin Bin Ali Bin Abu Talib Bin Abdul Mutalib iaitu cucu nabi mati di panah oleh tentera Yazid.Mereka rasakan bulan inilah bulan paling gelap buat mereka)

Ingat ya anak2...
Berhijrah daripada buruk kepada kebaikan
Itu di tuntut...
Jangan terlalu  keduniaan
kelak binasa badan!
Lebih baik...Kita perbanyakkan amal agar kita akan tetap sempurna di sana.
di tempatkan di syurga Jannah!
tapi..
Apa usaha kita?
Jika setakat goyang kaki,tanpa solat,puasa dan lain2..
Jangan haraplah anak2 oiii!


Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH