SAHABAT

TIADA YANG KEKAL DAN SETIA BERSAMA..

Jika di tanya mengenai sahabat
Tak banyak yang aku boleh perkatakan kerana aku tak punya ramai kawan..
Bukan anti sosial tapi tak berkesempatan nak berkawan.

Masa kerja...
Pagi hingga ke petang,sibuk di pejabat...
Pergi kerje gelap hari,bila balik pun....dunia tetap gelap!
Sampai rumah,buat apa yang patut,terus tidur..
Bagi orang bekerja,hari minggu atau cuti2 umum...
Bukanlah bermakna kita boleh goyang kaki sahaja...
Masih banyak perlu di lakukan...
Mengurus rumahtangga yang tak pernah ada kesudahannya.

Masa bujang,kerja tak menentu hari!
Pantang nampak muka,Boss asyik suruh kerja lebih masa!
Ini malam overnight ahh Ah Moi!esok kapal mahu keluar!
Bila awal bulan jatuh pada hari ahad pun kena kerja...
Itu report kena siap esok ahhh!
Antara ucapan Boss Cina ku..
Almaklum....kami anak dara tiada apa yang kami perlu lakukan selepas waktu pejabat.
Nak dating pun susah!
Tak sempat...pernah berlaku,dek kebosanan dengan gaya kerja kita,BF pasang satu lagi dalam diam!
Benggang betul!
Orang cari duit kahwin,dia sibuk cari mak we baru!
Apa punya BF dahhh!curang sebelum ke mahligai impian..
Tapi..aku seorang gadis yang cekal dan nakal!
Hilang satu!10 mari lah banggg!hehehe

Jika ada masa terluang,pasti kena balik kampung suami atau sesekali berjalan makan angin.
Itu pun boleh di kira dalam setahun.
Untuk berkawan....
Sesuatu yang amat sukar nak di lakukan..
Tambahan lagi...sejak kahwin,seakan kawan2 semua dah pupus!hehehe
Bukan pupus dari muka bumi tapi...perhubungan terputus!
Tak tahu ke mana mereka2 itu..
Tak tahu perkembangan terkini mereka..
Mujur lah ada FB!sejak adanya laman sosial ini,dapat juga berhubungan dengan rakan2 sekolah

Bila melihat seorang demi seorang...
hati berbunga bangga...Tak sangka dia ada anak 4,tak sangka dia dah ada cucu...Pendek kata...perubahan kawan2 dulu dan kini amat ketara!
Jika dulu,tak bertudung
Tapi kini cantik berhijab termasuk lah aku!jika dulu seksi sekarang dah tak lagi...
itu semua perubahan yang baik dan amat2 di banggakan
Jika dulu kawan2 lelaki kurus melidi..
Sekarang dah tak lagi!
Ada yang perut mengalahkan teman mengandung 7 bulan!
Maju ke depan!
hehehe..
Ada yang masih tampan bergaya!

Sejak bertemu semula..
Ada beberapa kematian yang tak di duga...
ALLAH lebih menyayangi mereka...
Al Fatihah untuk Arwah Rostam,Arwah Zul dan lain2
Sejak bertemu semula..
Ada yang berdua,kini berseorangan..
namun...ada hikmah di sebaliknya
Jodoh pertemuan di tangan ALLAH..
Bersabarlah sahabat..
Sejak bertemu semula...
Ada yang sakit...
Sedih rasanya kerana tak dapat berkongsi rasa..
kehidupan kita tak macam dulu...kita terikat dengan urusan hidup masing2
Sejak bertemu semula..
Ada yang tersalah pilih jalan..
Tidak mengapa sahabat,anda masih boleh berpatah balik jika anda mahu..
Jika anda mahu teruskan perjalanan itu,aku tak berdaya nak menahan...itu pilihan sahabat.

Bila bertemu dalam usia 45thn,cara pemikiran kita bukan lagi macam dulu2 sahabat..
Kita dah dewasa,dah hampir ke senja..
Lutut pun dah sakit2..
Tiada yang muda belia di antara kita..
yang lelaki yang perempuan..
Semua sudah bakal menjadi mayat!
Ish!tak baik cakap macam tu!kata seorang sahabat..
kenapa tak boleh?tanyaku pelik
Yalah...kita kan muda lagi!katanya sambil ketawa
Perasan!tua tetap tua!tidak mungkin kembali muda weh!balasku
Pada aku,dapat sihat itulah anugerah paling bernilai,nak awet muda sampai bila?
Ingat2lah tua itu pasti datang bertandang..
jangan takut sahabat..
Padaku biarlah kita tua seiring dengan akal
Padaku biarlah kita tua yang berilmu!Jangan jadi macam budak2...
Lagi satu...
Jangan lah jadi sahabat yang durjana!
Sahabat hadir di kala kita semua bukan lagi anak2 belia
sahabat hadir di kala kita semua sudah dewasa
Usahlah jadi gunting dalam lipatan..
mengadu domba!
untuk apa?
dapat kepuasan kah?
dapat untung kah?
Sahabat tahu tak?sahabat tidak akan dapat apa2 kecuali...
Menambah dosa untuk di pikul.

Pendek kata...
Sahabat hanya sebagai pendamping kita di kala kita gembira.
Tidak akan ada sahabat yang mahu bersusah payah bersama kita..
Tiada...
Jika ada pun boleh di kira dengan jari.
sangat kurang!

Kita juga tak boleh berharap dengan mereka
Kita kena bangkit dari kekecewaan
Kita kena bangun sendiri,
Mencari dahan untuk berpaut.
Sahabat2 yang kita miliki tiada sifat terpuji seperti sahabat2 Nabi..Nak tahu mengapa,kita manusia yang lemah,kita manusia yang kurang ilmu,kita manusia yang banyak buat dosa!
Sifat terpuji?
jauh panggang dari api!
Tiada sama sekali!
Jika ada...
Syukur...
Kerana dikurniakan sahabat sejati!

Sempena tahun baru...aku mohon kemaafan jika ada terkasar bahasa sepanjang kita bersama...
2thn sahaja telah membuka mata!
Untuk kata menyesal...aku tak layak!
semua ini satu pengajaran
Jelas sekali ada hikmah di sebalik kejadian

Sahabat nak tahu apa yang aku dapat dari pertemuan ini?
ALLAH membuka mata aku yang selama ini tertutup..
Bahawasanya...
Tiada yang cukup sempurna
Tiada sahabat yang mampu memenangi hati kita sepenuhnya kecuali sahabat2 yang sama perjuangannya
Sahabat2 yang tahu hukum hakam!
sahabat yang tahu tugas sebagai khalifah di muka bumi ini..

Maafkan aku sahabat sebab tak moden
Aku tak pandai botox2
Aku tak pandai berkaroeke
Aku tak pandai berdandan gaya terkini..
Semua tu dah tak menarik minat
Cukup sekadar kemas dan sopan
Seksi?
Dah puas kot?
Dulu2 dah seksi dah tua2 tak elok lah!malu...
kaki tangan dan kering...
Perut dan sama tinggi dengan dada!
hehehe..
Malu lah!
Aku tak layak untuk bergaya begitu sementelah anak2 selalu pantau gaya ibunya
Ibu jangan pakai macam tu
Ibu jangan buat itu ini..semua dalam perhatian!

yang pasti..
Semakin kita kenal...semakin aku tak dapat menerima hakikat...
Bahawasanya...aku kena berjuang untuk mempertahankan prinsip diri..
Oleh itu...
Aku ambil kesimpulan...
Jelas sekali aku belum jumpa sahabat yang benar2 memahami diri ini ...

Maafkan aku....

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH