PROJEK KELUARGA

BERKISAR SI BURUNG WALID

Tadi akak telefon...permulaan bicara suami
Apa hal?tanya ku
Akak ajak kita buat projek sarang burung...jawap suami
habis!apa jawap kamu?tanyaku pula
Boleh kot?tak cuba mana nak tau....katanya
Aku sekadar diam,tak menghalang atau tak mengalakkan..
Diam seribu bahasa!

Akhirnya...
Modal puluhan ribu pun di keluarkan agar projek menjadi..
suka tak suka....
Duit berganti tuan..
Dalam hati....semuga ALLAH memberkati perancangan kami.
Cadangan akak itu baik sebenarnya...
Pandang jauh kedepan!
Tidak macam kami ,yang tak pandang mana2 pun!

kamu anak2 ramai,nanti nak sekolah...nak guna duit banyak!kata kata kakak masih tergiang2 di telinga ini
Tak mahu salahkan sesiapa...
akak mungkin tak bertujuan lain selain daripada mahu membantu kami...
duit yang ada jika tidak di perbagaikan...tidak akan jadi apa2 juga...
Paling tidak,dapatlah sedikit deviden kerajaan bagi..itupun ikut keadaan!Untung sabut timbul,untung batu tenggelam!(betul ke?dah lama tak guna pakai peribahasa ini)
Burung walid ini akan pulangkan modal kita 3@4 tahun...masa tu dah seronok!kata kata akak tetap tergiang2 kala ini.
Terima kasih kak,sebab sudi fikirakan masalah kami...

Tahun demi tahun...
dah lupa berapa tahun,yang pasti dah lamaaaa benor,projek ini..
Rumah burung siap!burung pulak tak masuk...
Puaslah abang menjaga rumah burung kami yang tersergam indah.
Tahun demi tahun....
Apa cerita burung walid?tanyaku pada suami
ENTAH!jawapnya ringkas

Dalam hati...
semuga projek kami sukses!
Semuga projek kami akan menghasilkan untung yang banyak!
Ya ALLAH...kurniakan kami rezeki yang halal...
Ya ALLAH..kurniakan kami kejayaan dalam projek yang masih di awangan.

Semalam...
Ibu!aunty bagi ibu sarang burung!kata Aina masa call tadi.
Ok!jawapku pantas
Ibu kalau tak tahu cara bersihkan,ibu call aunty tau!katanya lagi menyampaikan pesan
Ok!jawapku sambil lewa...

Esoknya...
Hey!mana sarang burung ibu?tanyaku tiba2
Semalam kan Aina ada letak tupperwere hijau atas meja!katanya
Tupperwere apa?tanyaku panik.
Atas mejalah ibu!Aina letak semalam...
Seingat aku..
Tadi pagi aku ada nampak satu bekas hijau,aku buka...aku nampak plastik beg kecil dan ada keropok ikan tenggiri!Dalam hati...siapa lah bagi kopok ikan tenggiri ni...di sebabkan hanya 2 keping..aku yang terkenal dengan panggilan ringan tangan...terus ZUP!buang tong sampah!
Itu aje bekas hijau yang aku ingat....

Ibu buang ya?tanya anak
Yalah kot?ibu dah buang......kataku sedih
habislah...nanti ayah tanya...kata anak2
Yalah...nak cakap apa?pengsan lah ibu...jawapku
Ibu gi kedai ,beli sikit untuk ganti...cadang anak2
Dalam hati...hari ini hari isnin,pungutan sampah setiap hari selasa.
Jom!kita balik!ibu rasa masih ada dalam tong sampah!kataku

Sebaik sampai..
Terus selongkar tong sampah!mujur tak masak,makanya...tak ada le bahan buangan yang busuk berulat!
Selongkar punya selongkar,akhirnya...
Aku jumpa!
Aku jumpa sarang burung walid kesayangan kami...

Akak kata....
Ini sarang burung kita,akak beri sorang sikit untuk rasa2...selebihnya akak jual!kata kakak
Ok!terima kasih kak..
Nanti kamu bersihkan dengan mencabut bulu2 burung yang melekat,jangan rendam tau!sayang..Bersungguh2 akak memesan
Lepas besihkan...jadi sampai putih berseri,kamu letas dalam kukus...minum airnya,bagi kat suami dan anak2
Ok kak...jawapku

Pulang suami...
Aku cerita dari A hingga Z..
Aku tunjukan sarang burung hasil modal kami..
banyak tak banyak...ianya mula menjadi!
Semuga  ALLAH kurniakan kejayaan di setiap perancangan kami....
Aku ceritakan pula cara2 mencuci,merebus untuk jadikan minum...
Mula2 bersihkan....buang bulu2 burung yang ada...sampai putih bersih,kemudian...kukus selama 4 jam,kemudian minum lah seorang sedikit.
Opss!jangan lupa letak gula batu sebagai penampah perisa.
Opss!api jangan kuat!
Opss!jangan leka...kang lain jadinya..
4jam bukan lah jangka masa yang pendek,tapi lama bebenor...

Dahi suami berkerut!
Mata macam tak setuju dengan kerja cerewet tu..
Merepek lah!simpan je!
Betul ya....jangan nanti akak tanya kamu buat tak tahu pulak!kataku separuh mer'warning'.
Suami hanya angguk sahaja,lelaki depan saya ni seorang yang tak pernah makan ubat2 sampingan bagai ni...kecuali makan ubat deman,ubat batuk je...
Setakat ini lelaki depan saya ni belum pernah sakit walaupun resiko tinggi untuk darah tinggi,kencing manis dan jantung!
Kenapa tak gi pekse Doktor?tanya sahabat
DEGIL!jawap paling tepat!
Nak buat macam mana....pisau kat tangan dia,kalau kat tangan saya..boleh juga saya letak kat leher dia...hehehe..

Kesudahannya...
simpan untuk kenangan!
Bila dengar cadangan suami...
YES!I LIKE!




Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK