PENYAMPAIAN SIJIL HUJUNG TAHUN..

TANDA BERAKHIRNYA ZAMAN  SANTAI  ANAK2!

Ibu!ini surat cikgu bagi!kata Aaliya sambil menghulur sehelai surat berkeler pink pekat
Ok hanya itu jawapan yang mampu sebab tengah memandu
Ibu!baca tau!surat cikgu bagi ni!katanya lagi
Ok hanya itu jawapan yang mampu di ucapkan...
Si anak tak berpuashati....
Ibu!dengar tak?ibu jangan lupa baca surat cikgu ni!katanya lagi bila aku endah tak endah sahaja
Dalam hati....kena sekel juga ni karang,orang tengah memandu di suruh nya baca surat!
Ok...awak baca lah!ibu kan tengah bawa kereta,karang masuk longkang!kataku
Oooo....sambil merangkak membaca surat rasmi yang di beri.
Walaupun terhegeh2 tapi...boleh lah!faham lah juga...
Tak sangka kan!anak yang dulu2 kita jaga,kita peluk,kita belai....
Dah besar! dah nak masuk darjah 1!
Yang paling penting!dah pandai baca surat!
hehehe

Surat itu membawa maksud aku,suami kena menghadirkan diri di hari penyampaian sijil pada ahad nanti.
Ibu pergi nak tengok apa?tanyaku
Tengok saya lah!jawapnya..
Ooooo...untuk apa?adik dapat sijil ke atau adik dapat hadiah besar!tanyaku lagi
Saya dapat beg,saya nyanyi nasyid,saya dapat sijil akhir tahun....jawapnya jujur
Nyanyi nasyid?solo ke ramai2?dalam hati...bab menyanyi bagi kat dia!
Solo lah!jawapnya dengan penuh kesombongan
Adik dapat sijil atas apa?adik kan dapat nombor 9 je?soalku lagi
Adalah!jawapnya cukup tulus mulus...
Malas lah nak pergi!sebab adik bukan dapat nombor 1!pancing ku bermula...
Apa?ibu nak pergi mana?tanyanya ganas!
Ibu nak pergi KL,nak jumpa kakak...jawapku
Saya tak mahu pergi!saya nak nyanyi nasyid........jawapnya lagi
Ibu tak mahu adik nyanyi nasyid je tapi ibu nak adik dapat sijil cemerlang!kataku lagi
Tapi dek tak faham maksud tersirat,Aaliya hanya muncungkan bibir...

Kesian Aaliya,dia tak tahu...2014 dia dah tak boleh mengada2 lagi dengan cikgu,jika di Tadika,mereka diajar ikut suka mereka.Jika mood dia baik,mengaji lah,jika mood tak ada...cikgu akan biarkan sahaja.Bukan tak tegas!tapi dalam usia 6thn,mereka masih belum faham bahasa!Masih tak matang!
Di marah,menangis dan esok pasti tak mahu ke sekolah.
2014,akan mengajar hakikat hidup sebenar!
Beg sekolah yang berat!
Kerjarumah yang banyak!
Pergaulan yang semakin meluas!
Perhubungannya bersama guru2 yang garang macam singa!
Kesian....
Anak kecilku yang lembut akan di sergah,di ketuk kepala,di piat telinga,di cubit,di marah2 tanpa belas!
Bukan menuduh tapi kenyataan!aku punya 4 anak yang melalui zaman persekolah darjah 1
Bila balik...
lengan ada kesan cubitan!bukan 1 tapi banyak!pusing keliling!..
Pipi merah kesan sepakan cikgu
telinga merah kesan piatan hebat guru..
Atau
Ibu...tadikan cikgu ketuk kepala dengan buku!
Atau..
Ibu tadi cikgu panggil kita bodoh!stupid!atau sebagainya..
bayangkan?
ganas tak ganas le cikgu2 zaman sekarang.

Tahun ini,Aaliya gi sekolah santai je...cikgu2nya yang masih belum berkahwin lembut2 belaka.Sebaik sampai...mereka ada masa menyentuh pipi anak2,masih ada masa menyantuni anak2 dengan penuh kasih sayang!
Di sebabkan mereka masih kecil2,kedatangan mereka buat hati cikgu2 gembira kot?
Bila tak buat kerja sekolah,masih boleh di maafkan..
Cikgu beri masa untuk menghabiskan kerja2 itu..
Kesannya...
Anak gadis aku rasa gi sekolah hanya untuk gembira!
Main kejar2 dengan kawan2 dan makan2 je..
Namun begitu...
Anak2 ni berjaya juga mengenal huruf,daripada tak tahu apa2..
Sekarang dah pandai membaca dan mengira!
Syukur...
Setidak2nya kita tak kembang rambut untuk mengajar mereka abjad dan angka.
Syukur...

2014 pastinya tahun gelap buatnya
2014 sesi persekolahan sebenar buatnya..
2014 akan menjadikan anak gadis aku keras!
2014 akan mendidik anak gadis aku erti perjuangan sebenar untuk meraih kejayaan!

Selama ini,bawa buku sekeping dua je...beg ringan bagai bawa kapas!
Tahun 2014....beg yang di sandang umpama membawa batu berkilo!
Banyak sungguh!
Berat sungguh!
Bahasa Malaysia je ada 6 buku,2 buku teks dan selebihnya aktiviti.Belum lagi Bahasa English,Matematik dan lain2.
Sepatutnya,cikgu dah mula rangka buku atau jadual agar beg tu tak jadi berat lagu tu!Kesian anak2 kecil,bawa beg lebih besar dari badan.
Kesian...lihat anak2 kecil bawa beg tapi nampak tak tegak ke depan tapi condong ke belakang.
Kesian...walaupun cikgu2 dah biasa lihat pemandangan begini,tapi sebagai ibubapa,kita rasa cikgu2 tak cukup persediaan.Lambat bertindak!
Jadual waktu di utamakan,susun atur agar anak2 kecil ni tak terkejut dan terbeban dengan persekitaran yang mencengkam!
Jika dulu2,seminggu kita masih bergembira sebab cikgu baru nak buar jadual.Tapi sekarang....hari pertama je!pelajaran dah bermula...
Oleh sebab jadual tak khusus lagi...maka anak2 kena angkut semua buku!
Kesian....berat betul!

2014 juga akan buat aku sibuk,setiap petang tepat pukul 3.5 minit,aku akan berada di kantin menunggu sikecil..
Dulu2 masa anak2 yang lain,serah kat ALLAH jaga..Tak dapat sama2 mengecapi zaman persekolahan dek tuntutan kerja.
Syukur...
Dulu2 naik kan van,tau tau petang balik!
Kesian...tapi apa nak buat,kerja untuk tampung hidup kita kan?

Dulu2 masa kecil,ada kawan2 yang makan bersama ibu mereka..Dalam hati,untungnya dia,manjanya dia,makan ada orang hantar.
Tapi kita?
Makan sendiri..
Cemburu juga masa tu,tapi ibu kita mungkin tak berpeluang buat begitu walaupun  mereka juga berkeinginan untuk layan kita sebaik mungkin.
Tapi..desakan hidup dan suasana keluarga buat kita berbeza.
Kita kena berdikari!
Kita kena belajar hidup sendiri.
Dulu2...
Bila lihat kawan2 bawa bekal,hati juga rasa cemburu,untungnya dia...dapat bawa bekal dan minum air milo.
Kita?
Makan lah apa yang ada di kantin dengan air sirap.Hati cemburu juga....
Untungnya...dapat bawa bekal..
Pendek kata....dari kecil juga kita pernah memendam rasa,bila ibubapa terlalu sibuk!
Kesian anak2 yang lain,tak dapat rasa layanan sebegitu.
Maaf ya...ibu bukan sengaja,tapi ibu sibuk bekerja...
Jangan cemburu dengan adik2 kerana di kala ini,ibu punya ruang waktu untuk bersama2 mereka.

Pengalaman bersama anak2 yang baru mengenal sesi persekolahan amat bermakna.Masa tu,mereka takut,mereka tak biasa dengan  suasana hiruk pikuk dan kebingitan suara anak2 yang lain.Kemahiran hidup juga penting,tapi..malangnya,anak2 aku kurang semua tu,tak berkesempatan beli jajan di kedai runcit.Bila beli apa pun.tak pandai minta baki...
Bila tanya makan apa hari ini?
Milo je...
Milo berapa?
Tak tahu....
Esok...terpaksa gi tanya mak cik kantin,harga milo berapa?
Milo cawan kecil 50sen...
wah!sudah rugi 50 sen...bila baki tak di minta.
Mak cik kantin pun satu hal!bukan nak tengok berapa anak2 tu bagi!main campak kat dalam tong je...
ish,ish,ish...
Makan duit haram tau mak cik wehh!
Sepanjang 3 bulan awal,aku penunggu setia Alif,sehingga lah dia pandai bergaul dan meminta aku tak hadirkan diri kerana malu dengan kawan2 yang mengejeknya sebagai anak emak!
Sepanjang 3 bulan awal tu,aku juga penganti ibubapa kepada anak2 yang keseorangan,nak beli makanan pun takut,sebagai seorang dewasa,akulah penganti secara tak rasmi ibu angkat untuk anak2 itu.
Belikan apa yang dia mahu...baru pulang ke rumah.
kesian..

Aaliya juga akan mempunyai pengalaman yang sama!
Masuk darjah 1 di sekolah yang penuh manusia..
Semuga Aaliya akan matang cepat!dan dapat menyaingi rakan2 yang lain...
Bila anak tak pandai berdikari
Salah siapa?
Pastinya....
Aku dan ayahnya lah!
Manjakan anak tak bertempat!
patutnya...
campak je...pandai le dia nak hidup!
Hehehe






Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF