PENDAPAT MAK MENGENAI..

SYIAH!

Hello!mak menyambut talian..
Mana boleh sebut hello...
hello tu maknanya kemenangan untuk yahudi!kataku mengingatkan mak
Oooo mak lupa...
Assalamualaikum!mak membetulkan keadaan
Waalaikumussalam....jawapku
Nanti ingatkan adik suruh telefon mak!perintah mak untuk aku
kenapa?tanyaku pelik
Mak nak cakap sikit dengan dia...katanya lagi
ok!nanti kita tolong cakapkan...balasku pula
ada apa hal?pancingku lagi
Tak ada apa...mak cuma nak cakap sikit pasal Nani...kata mak lagi
Apa hal?pancing ku lagi
Tadi...anak kakak bagitahu mak,Si Nani ada kata...sekolah dia banyak budak fahaman syiah!kata mak lagi
Oooo..mana tau?pancing ku lagi
Dia cerita......jawap mak
Ok..nanti kita suruh adik telefon mak....janjiku pada mak sebelum talian di putuskan.

Kreng,kreng...
Assalamualaikum....suara adik yang agak kelam kabut
waalaikumussalam...mak suruh call pesanan mak dah di sampaikan..
Mak kata...dia nak ingatkan pasal Nani...pesanan mak telah di sampaikan...Tepat dan cepat!
Pasal apa?adik mula tertanya tanya
Dia nak tanya pasal syiah kat sekolah dak Nani...kataku lanjut
Oooo...memang ada,dia selalu cerita,tapi...kita kata...
kalau dah tahu benda tu salah!jauhkan diri daripada mereka.
Kalau dah tahu solat tu 5 kali sehari semalam!buat je...dari dulu,kita belajar itulah jumlahnya.5 kali sehari semalam!
kalau ada orang ajar 3 kali sehari semalam..maknanya ada kesalahan yang sangat jelas di situ!abaikan atau tinggalkan kawan2 yang ada pendapat begitu...terang adik panjang lebar
Betul lah tu!balasku
Tulah kak,dah ramai dah orang yang menganut syiah!kita rasa macam terkawal...tapi..hakikatnya...dah mula merebak pantas!Siapa tak mahu ikut...serba ringkas!kata adik lagi
Oooo...gitu ke?kacau juga kan?takut anak2 terpengaruh!kataku lagi

Semalam kita belajar kat rumah kawan,dia jemput ustazah ...kita memang tak minat,tapi di paksa2 datang...kita datang lah untuk jaga hati dia,Nak tau tak?ustazah tu kata...kalau kita ada hutang solat,tak perlu kadaq kan,cukup dengan membayar secupak beras pada setiap solat yang kita tinggalkan tu...pernah dengar tak?kata adik lagi
Tak ada....setahu akak,kalau hutang solat kena bayar dengan solat atau kalau tak mampu,banyakkan solat sunat...kataku lagi
Tulah pasal!setahu kita,ganti beras untuk puasa je..tu pun tetap kena puasa,beras untuk menghalang dari hari2 yang kita tinggalkan tu berganda je..kata adik lagi
Betul lah tu!jawapku memyokong
lepas majlis kita jumpa tuan rumah dan berterus terang mengatakan kita tak minat nak ikut kelas agamanya itu.Kita cakap...daripada berkumpul di rumah,ada baiknya kita pergi masjid sama2,dapat juga pahala ke taman syurga...kata adik lagi

Kita tak di galakan belajar agama dari perseorangan,kita kena pergi ke majlis ilmu yang tak meragukan..jika kita belajar dari seorang guru,kita hanya akan mendengar satu pendapat je.Lagi satu,kita tak boleh mendewakan manusia kerana akan menjadikan dia takbur!kerana terlalu di puja...kataku
Betul!kita jadi takut dengar ceramah dia semalam...katanya lagi
Mujur kamu sedar,kalau ikut je...jahanam purba!balasku lagi
Betul2...oklah!kita nak call mak...perbualan kami terhenti di situ.

Mak seorang wanita tua yang sangat peka bab2 begini..
Selalu ingatkan kami tentang agama
Selalu ingatkan kami supaya sayang pada agama
Selalu ingatkan kami solat,solat,solat...
Ituah mak..
tak putus2 doa agar kami sentiasa berada di jalan yang benar

Melihat situasi sekarang..
Pembunuhan Ketua penguatkuasa Jabatan Agama islam Pahang (JAIP) Mohd Raffi Abdul Malek..
hati jadi cemas!
wah!dah berani bunuh kerana pegangan masing2..
Arwah di percayai sedang mengendalikan tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun,gerakan syiah dan operasi kelab malam.

Tidak kiralah apa pun sebabnya...yang pasti,keadaan semakin kalut!
Umat islam sedang terancam!
Dengan ajaran2 yang jelas menyesatkan.
Ya ALLAH...
Lindungi kami..
Lindungilah seluruh zuriat2 kami
Agar zuriat2 kami tetap di landasan yang benar..
Amiin..



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK