KULIAH RABU..

YANG MENYENTAK JANTUNG!

Ustaz baca surah An-Naba'
Walaupun tak sempat habis!sedikit sebanyak masuk juga di benak akalku.
Bermula dari ayat pertama ayat ke dua....dan hingga ke ayat 17!
Semuanya mengenai alam yang cantik dengan tumbuhan2 dan gunung ganang....
Tapi..
Bakal binasa!dengan sekali tiupan sangkakala!
Kiamat itu pasti!
Hanya kita tak tahu bila!
Itu rahsia ALLAH...
Ustaz kata..
Kiamat kita ada 2 kali je,satu bila nyawa keluar dari badan dan bila dunia musnah!

Ustaz kata lagi...had umur kita semakin kurang,umat Nabi Muhammad hanya bertahan antara 60thn hingga 70thn je...jika umur kita masuk 50thn,bakinya hanya tinggal 10 atau 20thn je...sempat ke nak kumpul pahala?sempat ke nak bertaubat?sempat ke nak menyambung silaturahim yang terputus?sempat ke?..
HUH!
Payah nak kata ustaz,sempat tak sempat..insyaallah,kami akan cuba yang terbaik!

Lepas dunia hancur!musnah!
Kita semua akan mati!semua makhluk tuhan akan mati!
Proses kiamat umpama sekali ALLAH jentik bola je..
Bam!hancur tidak bersisa...
Gunung sebagai pasak bumi mula goyang dek kerakusan manusia...
Gunung ganang itu umpama paku,menguatkan kedudukan muka bumi agar kukuh dan tak terlerai...jika dah di musnahkan satu demi satu!apa lagi yang boleh menguatkan kedudukanya?
Jangan tak percaya....satu hari bumi akan berkecai!umpama debu...
Malaikat?
Kita?
Binatang?
tumbuh tumbuhan?
Semuanya akan hancur binasa.....
Bila tiba masa itu,apa pun tak boleh!yang ada hanya amalan kita...
Dalam hati...
takutnya..

Ustaz kata lagi,bila kita di hidupkan semula,kita mengikut Nabi masing2,ada 25 kumpulan yang akan bangkit sama.Semua orang tak berbaju tak berseluar..
Aisyah bertanya pada Nabi...tidak kah aku akan berasa malu?
Jawap Nabi..
Masa tu,tiada siapa akan bersuara apatah lagi untuk bersendaloka..
Semua orang akan membisu seribu bahasa....
Semua orang tak akan mempedulikan orang lain
Semua orang tak akan melihat orang lain,yang mereka fikir hanyalah nasib mereka sendiri.
Ibubapa?
Ibubapa tak akan mempedulikan anak2 kerana masa tu kita hanya akan memikirkan nasib sendiri...
Yang boleh bercakap hanyalah para Nabi yang mengetuai kita..
Sebab tu...kena sayang Nabi,kena ingat Nabi selalu...hanya Nabi yang dapat bantu kita...
Sebab tu...kena selawat sekerap mungkin,kalau boleh beribu kali dalam sehari!

Ustaz kata lagi...siapa yang masuk neraka,tubuhnya akan merah bak kayu arang yang kita buat BBQ tu..merah menyala!
Semua orang akan cuba mendaki dinding neraka untuk keluar!
tapi..sebaik  hampir sampai,para melaikat yang menjaga setiap penjuru neraka akan campak balik kita ke kawah neraka.Begitulah seterusnya.
takutnya....
Tapi..apakah aku hanya takut masa dalam kelas?
Mungkinlah.....sebab tu kita kena selalu dengar atau belajar mengenainya.
Iman manusia umpama yoyo,sekejap naik sekejap turun..
Jika tak di isi dengan ilmu,iman akan turun tak naik2!
takutnya......
Banyaknya kesilapan lalu....
Banyaknya dosa lalu....
Sebab tu,diam lebih baik daripada bercakap!
lagi banyak cakap!lagi banyak kesalahan yang kita buat.

Ustaz kata lagi...
Banyakkanlah sedekah!banyakkanlah amal...
Esok di sana....kita mungkin tak punya apa2...
Jika kita ada buat salah dengan orang lain...ALLAH akan beri pahala atau amalan kita mengikut sukatan kesalahan kita kepada mereka.
Apa yang tinggal?
Haruslah hanya tinggal gigi dan lidah je...
Siapa yang boleh ban tu kita?
Hanya Nabi sahaja....
Oleh itu....
Ubahlah!
Tiada masa lagi untuk kita bersantai...
Tiada masa lagi untuk kita happy happy!

Ustaz kata lagi....
Bacalah terjemahan A Qur an,jangan asyik betulkan tajwid tapi..tak tahu apa yang terkandung dalam Al qur an.Jika boleh bacalah makna dalam Al qur an sekali dalam hidup!
Al Qur an hanya mengandungi 604 muka surat,114 surah dan 6236 ayat sahaja.Di dalamnya terkandung semua maklumat dunia!tapi....kita tak pernah ambil tahu....
Kita umpama manusia yang tak pandai berterima kasih!
Hidup macam binatang ternakan,makan,tidur,makan, tidur....
selebihnya....tidur....Zzzz
Aku lah itu!

Hai perempuan....
bila nak berubah?
nak tunggu bila?
jangan tongkat langit sebab kita tak mampu!
Jangan ingat harta dunia sebab itu semua tak bernilai dan tak membantu!
Ingatlah ALLAH wahai perenpuan....
Ingatlah ALLAH!
Nescaya kau akan selamat...
Insyaallah...




Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK