KENDURI KAHWIN SEMAKIN MAHAL!

MAMPU KAH ANAK2 KU NANTI?

Kenduri kahwin Effa RM26 RIBU!kata kak Ngah petang tadi
Apa?RM26 RIBU!mahalnya....terkejut beruk aku mendengarnya
Pakej,semua ada....makan,pelamin dan mak andam....kata Kak Ngah lagi
Sayangnya duit....keluhku lagi,di akal fikiranku....baik lah buat bayar muka rumah ke,kereta ke...apatah lagi kereta 12thn dah tak di benarkan berada di jalan raya.
Dia buat kat mana?tanyaku lagi
Kat bawah flat tu je....jawap Kak Ngah lagi...
Oooo..ingat buat kat Dewan ..balasku,dalam hati tetap berkata ....MEMBAZIR!kalau orang kaya ok le juga,setakat makan gaji kat hospital kerajaan sebagai pegawai am,berapa lah sangat gaji yang di bawa balik.Sayangnya duitttt...
Tak membazir ke Kak Ngah?tanyaku memancing pendapat Kakakku itu.
Tak tahu...terpulang kat dia kot?balas Kak Ngah.
Suka hati lah!duit dia....esok jangan dah ada anak 2 hutang kahwin tak habis2 lagi...kataku lagi..

Mahalnya belanja kahwin zaman sekarang,kesian anak2..kalau perempuan tak membebankan sebab dapat duit!tapi...anak lelaki yang menangis hiba mengumpul duit dengan bekerja pagi dan petang!
Setakat gaji minimum RM900 yang kerajaan luluskan tu....
Berapalah sangat!
Tolak duit kereta,duit pinjaman PTPTN,duit sara hidup,duit itu dan ini...
Agak2 terkumpul ke jika hantaran perempuan RM15 RIBU?belanja kenduri campur hantaran kahwin campur cincin campur gelang rantai!Paling sikit 30 RIBU!belum lagi....belanja remeh temeh yang tak terduga.
Boleh jadi bujang terlajak le anak2 bujang kita.

Jika dulu2,sekitar tahun 90-an hantaran kahwin paling mahal bawah RM10 RIBU!sejak artis Malaysia dah naik taraf sampai beratus ratus ribu,masyarakat kebanyakkan pun dah pandai demand sama...
Paling haru....jika pihak perempuan campur tarik lahir untuk tahu jumlah hantaran yang layak!
Mahu pengsan mak bapak!

Dulu2..perbincangan di adakan oleh pasangan,setelah berbincang dengan penuh kasih sayang...hantaran ala kadar je...RM3000 dah boleh masuk minang.Sebagai bakal isteri,kita pun tak mahu le bakal suami kita di himpit masalah.Setakat letak hantaran untuk tunjuk diri kita mahal!tapi...kita yang kena 'cover',baik le tak payah!buatlah sekadarnya sahaja.
Ada seorang kawan,hantaran,majlis kahwin,glamour subhanallah....6 bulan kemudian,perang dingin mula berlaku...
Dia salah kan suami,dan suami salahkan isteri.Semua orang dapat tahu...bila masuk office mata bengkak!tanpa di tanya....maki hamun terhambur keluar....
Laki tak guna!laki bodoh!sambil baling apa aje yang ada kat atas meja....
Kami hanya mampu memandang.....
Masa bercinta,masa bertunang......ulat gonggok tu pun tau berenggang,tapi..kawan kami...24jam!berkepit!mengalahkan kembar siam!
Bila keadaan tenang...kami mula merisik,kawan yang sedang sebak dada bercerita dengan panjang lebar...
duit tak cukup nak bayar hutang perabut,hutang majlis pun belum di langsaikan...Suami marah sebab semua tu dia kena tanggung!walhal...hantaran dah di beri masa hari bahagia dulu...
Kesian...lelaki....
Mangsa keadaan dulu kini dan selamanya.

Apa nak buat,demi cinta....ku harungi sama...hehehe
Bila tau,belanja kahwin Effa sebegitu banyak,dalam hati....dia belum tau susahnya hidup,belum ada anak...oklah,esok dah ada anak...menangis tak berlagu!
Susu anak2 mahal,penjaga anak2 pun dah pandai letak harga...harga penjagaan bayi hampir RM300!Itu baru seorang,jika setahun satu!harussss!makan bubur + kicap cap udang je le..
Belum lagi...diaper,belum lagi belanja dapur,minyak yang semakin mahal,barangan yang semakin melampau2 mahalnya.
Dalam rumahtangga,duit segalanya...walaupun tak semestinya begitu,hakikatnya...itulah puncanya kerukunan rumahtangga,melainkan...jika kita pasangan yang 'zuhud'.Tak perlu dunia lagi,jalan kaki,makan apa sahaja,pakai asal boleh...dan tiada fikir dunia lagi.Itu bab lain.

Jika kita masih bernafsu nak itu ini....
Cinta yang di pupuk sekian lama,bakal terlerai....jika perut lapar,rumah kelam kabut!anak2 terbiar...
Cinta yang kita semai akan layu,jika hari2 bergaduh sakan!
Cinta yang kita bajai semakin rapuh,jika hari2 kita asyik merenung nasib.

Bagi pasangan yang hidup ala kadar,berfikir sebelum melakukan sebarang pembaziran.Kahwin itu sekali dalam hidup,kita masih boleh meraikannya dengan satu majlis yang simple tapi meriah!tak perlu ramai2 jemputan,lagi ramai lagi banyak masalah!
Manusia tak mungkin puas!ada sahaja cacat cela majlis yang dah habis berpuluh ribu tu.
Rumah siap pahat berbunyi pasti akan di dengari...walaupun kita dah beranak pinak.Manusia akan terus menjadikan contoh jika majlis kita itu rosak!
Rancang majlis tu betul2,jangan jadi macam majlis rumah Mak Cik Leha tu...huru hara!

Jangan di ikut pepatah biar papa asal bergaya!mati berdiri anak2 kita nanti.Ikutlah kemampuan mereka,jangan di asak dek nafsu kita.Jika anak2 menantu kita tu kaya raya!terpulang lah...jika nyawa2 ikan...biarlah mereka yang merancang,jangan di ganggu kerana itulah kemampuan yang mereka ada.

Ingatlah ibu2..jika kita permudahkan urusan orang lain,ALLAH akan permudahkan urusan kita juga.Lagipun,mereka2 itu anak2 yang bakal hidup bersama.Jangan di bebankan kehidupan mendatang mereka.Kita dah lalui kesukaran hidup berumahtangga....apa yang kita hadapi,biarlah meraka tak merasainya.Biarlah kepayahan kita menjadi contoh untuk permulaan hidup mereka.
Apa yang penting?
KERJASAMA!

Kamu semua kalau kahwin tak payah besar2 sangat!simpan duit tu....
Buat duit muka rumah,akan datang harga rumah naik lagi 10%!
Kalau banyak sangat duit,baik pergi umrah!ambil keberkatan di sana
Tak perlu bazir duit,ALLAH murka...
Lagi pun..jangan beratkan kahwin tu,cukup sekadar selawat sebagai emas kahwin pun dah seribu keberkatan.
Jangan ikut orang,biarlah orang nak kata apa pun!yang penting....kita gembira dan bahagia.

Pesanan untuk diri sendiri...
Buatlah majlis yang tak membebankan anak2 kita ya Cik Kak,biar sederhana asalkan mendapat keberkatan.AMIIN...



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK