JOHOR ISYTIHAR JUMAAT CUTI

HEHEHE...LAGI HURU HARA!

Bila Sultan Johor isytihar JUMAAT SEBAGAI CUTI UMUM BERMULA JANUARY 2014.Semua orang kelam kabut!masalah baru mula timbul.Banyak pihak terlibat sama!walaupun Najib kata....
Cuti pada hari Jumaat dan Sabtu yang di umumkan di Johor tidak akan menjejaskan pelabur sektor swasta negeri berkenaan.Semuanya akan seperti biasa.Maknanya...cuti hari apa2 pun!tak akan menganggu kehidupan harian kita.Itu cakap orang besar2,orang kecil2 macam kita....besar punya masalah!

Bila cuti dah jatuh hari Jumaat,ianya bukan satu perkara yang mudah!anak2 cuti sekolah hari apa pun!kita tak kisah....
Tapi...
Bila membabitkan perniagaan TASKA.Ianya sesuatu yang sangat memeningkan kepala.
Ada ibubapa yang bekerja swasta dan ada juga yang berkerja di jabatan kerajaan.Ini bermakna kami kena mangadap dua ketegori tenaga mahir di Malaysia.Satu swasta dan 1 lagi kerajaan.
Telefon Jabatan Buruh,
Tak tahu lah...kami sendiri pun tak tahu lagi,cuti hari apa!slow gila suara pegawai bertugas!hehehe..rasa nak jerkah je.
Bila tanya Jabatan setiausaha Negeri Johor...
Sudah baca paper?
Sudah baca sampai habis tak artikel itu?
Ahh!itulah jawapan pada soalan anda,terima kasih....
Itulah jawapan mereka.Bongkak gila kan?Aku nak tanya lebih2 pun tak sempat.
tau tau...
Tut,tut,tut...
Geram betul!rasa nak terbang gi Jabatan tersebut.

Nak buat macam mana?kalau ikut hari Jumaat,perkerja kerajaan tak bermasalah.Tapi...pekerja swasta mula mengelabah!mana mungkin mereka akan ambil cuti setiap kali Jumaat datang?Jika pihak Taska jadikan ahad sebagai cuti hujung minggu?Bagaimana pula dengan guru2,anggota keselamatan atau sebagainya?
Aduhai...sebu otak!tak tahu nak buat macam mana..
Jika tak di ambil tindakan,tokey Taska pula yang tak berehat!
ish,ish,ish....kalut macam ni!

Apa susah!ikut giliran lah!cadangku
Susah le...orang tak cukup!berapa ramai nak kita ambil berkerja?Anak2 cikgu tak le berapa ramai!kata kakak lagi
Apa2 pun kena buat sesuatu...kalau tak susah juga!ada kemungkinan ibubapa akan hantar seminggu terus!jumaat hantar ahad pun hantar!ibubapa ni cerdik sikit,malas jaga anak...tumpang kejap,sampai petang baru nampak batang hidung...kalut,kalut...balasku pula
Tau tak pe......sakit kepalalah!luah kakak lagi.
Kalau aku tutup jumaat,maknanya aku kena kerja 7 hari penuh!katanya lagi.Selama Taska beroperasi,dah jadi kelaziman...cuti kami amat bermakna bila di Taska tiada operasi.Jika ada aktiviti manusia,itu bukan cuti dan kami tak akan melepaskan tanggungjawap pada pada pekerja begitu sahaja.Kami ada di kawasan sekitar dan akan segera datang jika berlaku sesuatu yang tak di ingini berlaku.Walaupun kematian melanda antara kami,Taska tetap di buka seperti biasa.

Setiap hari,ada sahaja pertanyaan mengenainya...
kak!apa cerita?akak ambil cuti hari apa?tanya Rizal
Tak tahu lagi lah Rizal..idea siapa lah ni...elok2 dulu dah cuti hati jumaat,tukar hari ahad!dengan alasan....Johor akan lebih maju!apa yang ada sekarang?habuk pun tak ada!Melayu makin miskin adalah!keluh kakak
Saya kerja swasta kak,dah termaktub hari ahad...akak fikir lah elok2...kata Rizal sebelum berlalu...
Bagus betul penasihat sultan,banyak2 perkara...isu ini yang sebuk di ketengahkan,kes Batu Putih,kes kemiskinan tegar!tak pula sibuk2 nak usul....ish,ish,ish...

Ginilah...aku rasa,baik kita isytihar hari ahad sebagai cuti pilihan,ibu2 yang berkerja dijabatan kerajaan tak ramai kan?kita kena buat pilihan,jika tak.....kita akan bekerja 360 hari setahun!Ataupun....TUTUP JE!hahahaha
Senang le cakap!balasnya
Habis tu!nak buat apa lagi...kita kena berkorban,kita pasti akan kehilangan pelanggan sebab kita tak ikut kehendak mereka!jawapku
(cakap memang mudah,tapi tuan badan yang nak mengadap ibubapa tu yang payah!)

Walau apa yang terjadi,kami kena memilih Jumaat atau Ahad!
Walau apa pun yang terpaksa di hadapi....Kami terpaksa memilihnya walaupun berat rasa hati...
Tarik lidi je!kataku..
Kakak hanya sekadar menjeling,mesti dalam hatinya...orang tengah buntu dia tak habis2 nak gurau!citt!

Ahad,Jumaat,Ahad Jumaat.....

hari pun malam....


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?