ISU TERKINI!

KERAJAAN BIARKAN 447 KESILAPAN DALAM IQRA' SEJAK 18 TAHUN LALU...
Awat lagu tu?18thn tu lama tau!dah sebati dalam diri..
Apa yang di maksudkan oleh pihak2 tertentu?Untuk meraih kemenangan apa?Apa yang cuba mereka lakukan...
Mustahil! selama itu tiada orang  bijak pandai memantau segalanya.
Dimana...
Ustaz Harun Din,Ustaz Ismail Kamus,Ustaz dan ustazah yang handal2!
Mustahil lah...selama ini anak2 di ajar cara pembacaan yang silap?
Mustahil lah....

Merepek lah diorang ni semua...
Dah sebati dengan mulut anak2...nak betulkan bukan sesuatu yang mudah!
Kita belajar tajwid lidah dah naik kaku!tak tahu nak conner tang mana...
Ish!
Kalut macam ni...


Hamba ALLAH dua orang ni pun satu hal!lambat buat koje!dah berzaman baru nak keluarkan kenyataan cam ni..
Ish,ish,ish...
kacau bilau kalau semua perkara nak di politikkan!
Huru hara jika semua manusia ada kepentingan diri sendiri...
Tak tahu nak komen tang mana..Jika isu terkini terbukti benar..
Sah lah!
Kita semua terbeban dek kealpaan pihak berkenaan.

Sebab itulah...
Pendidikan cara lama tu yang terbaik!
Muqqadam lama tulah yang buat aku pandai mengenal huruf...
Tak perlu cepat2,jika akhirnya huruf pun tak kenal..
Kita belajar dulu...dari bawah...
kenal huruf,kenal baris bawah atas bagai..
kenal bunyi...kenal panjang pendek bacaan..
Dan setelah melalui proses demi proses..barulah naik al qur an
Masa tu...
Sebaik naik Al Qur an,mak buat pulut kuning atau bubur putih bubur merah
Hadiahkan guru ngaji kain batik untuk ustazah dan kain pelikat untuk ustaz.
Masa tu...kita belajar mengaji selari je...bila baca tuk guru dengan dan dengan gaya spontan mengajar tajwid.
Ahh...bila jumpa Khaf bunyinya begini...
Ahh..bila jumpa wau bunyinya begini...
begitulah seterusnya...
kami tak di ajar secara terperinci,sekadar untuk ingatan yang kekal...
Bila membaca dan dtegur,masa itulah kita akan cuba ingatkan...
Ohhh...huruf ni jumpa huruf ini...jadi lagu ni...
Ohh...begitu rupanya..

Selalunya...
Tuk Guru bersila berlaga lutut dengan kita..
Dengan rotan panjang sedepa!
Tuk guru sengaja kuit2kan kat depan mata...
Takutnya...

Tapi..bila timbul isu begini...
Kesian anak2..
betul atau tak..
Ini satu isu yang besar sebenarnya.
Jangan pandang remeh!
Jangan pandang sepi!
kita sedang di timpa malapetaka jika benar2 447 kesilapan itu berlaku...

Mohon ALLAH ampunkan dosa kami
Kami hanya rakyat biasa,yang di arah! yang di kerah! untuk mengikut program yang di perkenal oleh pihak pemerintah.
Kami rakyat biasa yang umpama bintang ternakan sahaja...
Di bela,di beri makan,di beri tempat tinggal
Tapi..
Akhirnya...
Kami di sembelih oleh mereka.
HUH!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK