HANTARAN KAHWIN TERKINI!

RM400 RIBU?SEJUTA?ISH,ISH,ISH.....

Mazuin Hamzah....masa awal2 dulu mendapat hantaran paling tinggi!SEJUTA!
Kira oklah tu....kahwin pun dengan suku sakat Sultan Brunei.
Bahagia awalnya...namun jodoh tak panjang,berpisah dan Mazuin hanya bawa gelaran Hajjah Mazuin sahaja.
Erra Fazira,Siti Nurhaliza dan banyak lagi...antara wanita2 yang beruntung kerana dapat hantaran beratus ribu atau BERJUTA JUTA!

Jika dulu2,bawah RM5000 itu kira normal,atas RM5000 kira dah mahal sangat lah tu!
Mungkin masa tu,nilai duit tinggi lagi dan sesuai dengan keadaan pasaran.
Tapi...jahatnya keluarga lelaki...
Habis majlis..
Ahh!mana menantu 5 ribu tu...pergi basuh pinggan!bayar mahal2 tak kan dok je....
Jahat kan?kita yang mendengar rasa nak pitam!bayar 5 ribu je,tapi ..mengungkit!
Bab mengungkit bagi kat mereka!
Lagi satu...
Hantaran pun di ambil kira ikut taraf pendidikan...
Jika setakat darjah 6 pun tak lulus!RM1000 tu kira dah mahal!
Jika ada SRP(Sijil Rendah Pelajaran),up sikit!RM3000 kebawah!hehehe
Jika ada SPM(Sijil Pelajaran Malaysia) hehehe...up sikit lagi!
Punyalah buruk perangai orang dulu2...
Menilai calon bukan pada rupa,harta dan keturunan!tapi nilai kat taraf pendidikan..
ish,ish,ish...
macam le depa pandai sangat noo!

Dulu2...jika nak deal hantaran,kena bincang awal2..
Ada kes,masa minang minta sekian,masa menikah...tetiba pihak perempuan minta tambah!
Mengalabah pihak lelaki top up duit,jam2 tu juga!
Gila!cekik darah!..
Alasan....harga barang naik!
Bayangkan jika sekarang...naik minyak naik gula...hantaran pun harus di naikkan juga.
Sebab tu...jika buat janji,kita kena ada saksi.
Saksi ini yang akan pegang amanah tu...sampai masa bila pihak perempuan belot,saksi yang akan terangkan apa yang berlaku..
Hantaran berapa,ikat berapa lama dan lain2 lagi..

Baru2 ni,anak sedara kahwin hantaran 15 ribu!mahalnya..ish,ish,ish....
jenuh le anak bujang mengumpul duit hantaran...
Bertahun2 kawan,ketimur kebarat bersama....
Akhirnya...
Mereka di satukan di satu majlis gilang gemilang!
Selamat Pengantin Baru..
Sebagai pasangan baru,banyak onak duri bakal di harungi bersama...
Mohon sabar banyak2,jangan mudah naik angin..
Belanja kahwin puluh2 ribu!mana mungkin sekejap je dah nak gaduh!
Bertahan lah..selagi termampu,hutang bayar dikit2 lama jadi bukit!
Bergaduh bertumbuk pun tiada gunanya..
Bincang lah baik2,agar ada kata sepakat di ambil

Jika orang kaya,RM15 ribu tu,tak mahal langsung!bagi orang tak punya!nak dapat seribu pun terpaksa kerja 24jam!
Tapi...apa nak buat,tak mungkin anak kita di ber percuma!setidak2nya...RM15ribu boleh le buat modal daftar kat Tabung Haji.
Atau pun buat majlis kenduri..
Al maklum le...harga barang serba tinggi!
Bawa RM50 gi kedai,tak nampak apa yang kita beli...
Begitu kecil mata wang kita..sehingga kita rasa sangat terbeban.

Kesian anak2 bujang yang berkejaya sebagai buruh am.
Nak dapat isteri hanya dalam mimpi!
hehehe...

Teringat kisah kawan lama...
Nak kahwin duit tak ada...
Sengaja dok kat kawasan gelap,waallahua'alam buat apa...teman tak tahu le..hanya ALLAH yang mengetahuiya...
Masa pencegah maksiat datang,pasangan ini sangat gembira!
Haiik!kena tangkap basah pun suka?
Kenapa dok sini?tanya pegawai
Saja suka2 Tok...jawap kawan tu tadi
Boleh jawap suka2 ke?tanya pegawai lagi
Sebenarnya kami nak kahwin tapi duit tak ada.Bila kena tangkap!suka tak suka...keluarga kami kena terima apa yang kami termampu!Jawap kawan tu lagi...
Pulak!balas pegawai tu lagi...
Akhirnya mereka terpaksa di nikahkan hanya dengan emas kahwin RM22.50 sahaja.
Walaupun dapat bersama.....kawanku lupa,ceritanya akan jadi bualan hingga 7 keturunan!hehehe
Walaupun mereka dapat malu,tapi dalam waktu yang sama....mereka dapat berbulan madu di langit biru!selebihnya....lantaklah!apa orang nak kata!asalkan kami bahagia!
Nak di jadikan cerita....berpuluh tahun masih bersama dan dikurniakan 4 orang anak.
Boleh ke buat macam tu ustaz?
Pasti jawap ustaz....
Boleh....asalkan,sebelum pencegah maksiat datang mereka tak buat maksiat dulu!
Atau pun...
Ustaz hanya mampu senyum sebab ustaz sendiri pun blurrrr...(masih ada orang yang pendek akal macam gini..ish,ish,ish...)

Untuk kahwin,semua orang berhempas pulas bagi mencapai cita2 tersebut.
Kesian....kenapalah kita lebihkan hantaran daripada menghalalkan hubungan anak2?
apa kata....lepas ini,semua anak2 yang nak menikah!kita bantu.....permudahkan!jangan minta hantaran tinggi2,cukuplah sekadar yang termampu...

Ada cerita..
Anak lelakinya pergi meminang gadis pilihan..
Bila sampai di rumah gadis itu,keluarga lelaki rasa hiba...
kemiskinan mereka amat ternyata.
Masa wang hantaran di minta....
berbalas pantun,usik mengusik mula kedengaran..
akhirnya janji terpatcri..
Hantaran kami minta hanya RM10 ribu sahaja Tuan..
Keluarga lelaki mengangguk setuju...
Masa hari kahwin,dalam diam...pihak lelaki tambah lagi RM2 ribu dalam gulungan wang hantaran yang di gubah menarik.
Untuk apa?
Rasa belas ihsan ayah pengantin perempuan terhadap keluarga gadis sunti itu....
Tak di minta,tapi..di sebabkan akal si ayah yang sangat panjang!
RM10ribu menjadi RM12ribu!
Apa yang keluarga perempuan mampu buat...
menadah tangan tanda syukur berbesankan keluarga yang berakal dan beriman.
Ambil tauladan
Kepada pihak lelaki
kita jangan nak untung je..bila dapat hantaran murah!wah!sukanya..
Bila orang minta hantaran mahal sikit,mulalah mengata..
Kepada pihak perempuan..
Jangan le letak mahal sangat!kalau bakal suami hanya sekadar buruh am!kamu kena lah fikir sikit...macam manalah abang Mad nak dapat duit banyak!Gaji minumun,bayar duit kereta,sewa rumah,astro yang dah naik RM2,minyak yang dah naik naik naik tak turun2!gula pun dah naik...pendek kata berlebih kurang lah!

Berapa hantaran hang?tanya sahabat
RM3500 je.......balasku lemah!
RM3500 tapi banyak jasa!keluarkan anak 5 kepala!buat kerja merangkap semua!isteri ,pembantu rumah,driver bus sekolah,guru tuition,pakar motivasi...pendek kata....TEN IN ONE!
Tapi...
Syukur...suami ceq baik,hantaran murah tapi ceq tak pernah pun kena pukul,bukan nak cakap lawa lah!walaupun hantaran murah!lepas kahwin rezeki ceq pula yang murah!apa pun yang ceq hendak...suami ceq bakal sediakan,asalkan ceq tak minta bulan dan bintang!

Apa2 pun...kepada pasangan yang beranggan nak bersuami atau beristeri....
Berpijak di bumi yang nyata
Dan muafakatlah...
Apa yang  penting?
KERJASAMA!








Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK