GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

SIAPA KAH GERANGAN AHMAD AMMAR AHMAD AZAM?



Riuh orang memperkatakan mengenainya
Dalam wall pun ada orang share, orang tag artikel Ahmad Ammar untuk aku
tapi...aku lebih banyak mendiamkan diri..dalam hati...siapa lah budak ni,apa lah yang hebat sangat mengenainya?
Anak  sahabatku pun ada cerita mengenainya semasa melawat Turky,Ammar antara yang di temui.kecil molek orangnya dan berkaca mata.
Aunty!budak ni lah yang saya jumpa masa kat Turki!
Namun aku tetap mendengar sekadar halwa telinga di pagi hari,almaklum,pemergian manusia kepada yang esa acap kali berlaku.Pendek kata...setiap hari pasti ada kematian.
Sejak terbit matahari,kita akan dengar sana sini,orang mati.sesuatu yang tak pelik lagi.

Sehinggalah pada satu hari...
Aku sendiri terbuka hati untuk mengenalinya...
Aku buka youtube di atas,hati terus jatuh cinta padanya.
Ooooo ini rupanya Ahmad Ammar...
Dalam usia semuda ini,dia  bijak mengatur perjalanan hidup sendiri.
Sangat menarik hati..

Bila cerita dengan anak2,mereka akan kata...
Emak dia beri kebebasan dia buat apa sahaja!
Ibu?
Baru nak main futsal dah bising macam murai cabut ekor!
Ada aje jawapannya..dalam hati,sekali aku lesing!baru tau!

Untuk rujukan bersama...
AHMAD AMMAR IALAH...
Seorang anak muda yang telah di lahirkan 20thn lalu,sama usia dengan anak sulungku.
Beliau merupakan anak ke empat dan satu2nya anak lelaki Tuan haji Ahmad Azam Abd Rahman dan Pn Azlina Aziz.Ayahnya bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC,namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki,untuk menjadikan dirinya bakal pemimpin negara  yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah,beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Turki .
Biasanya orang mengalun suara mengaji al qur an sekadar menjadi halwa telinga,namun tidak anak muda ini...beliau akan mengaji dalam jangka waktu yang panjang sebelum keluar rumah.Sept lalu,beliau telah menyertai misi kemanusian ke Syria,letupan kiri dan kanan tidak di hiraukan.Ammar begitu cekal untuk menyertai misi itu hinggalah dia selamat pulang ke Turki.Sejak beliau pulang dari misi itulah,rakan2nya mengelarnya 'syahid yang tertangguh'.

Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan pergi meninggalkan kita pada 2 November 2013 yang lalu,
Istimewanya anak muda ini,dapat dilihat selepas dia pergi meninggalkan kita,apabila beliau telah di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi,auliya',panglima uthmaniyyah dan orang2 kenamaan di sana.
Ini bermakna,beliau adalah satu2nya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.
Beliau seorang anak muda yang aktif,dan bercita2 untuk mati syahid.
Dari pengamatan kita,beliau hanyalah seorang anak teruna yang normal,macam anak2 muda yang lain juga,cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang di adakan.Beberapa kali menyertai misi kemanusian
Beliau bercita2 tinggi dan sering cuba menjadi anak muda yang cemerlang!
Beliau juga bercita2 untuk mati syahid,antara cita2 yang tak terfikir di benak fikiran..pada kita mati shayid itu selalu berlaku di kawasan perang je..kalau kat Malaysia mungkin sukar kita mendapatnya kecuali mati syahid yang di ketegorikan paling ringan iaitu mati lemas,mati terbakar atau pun mati bersalin.

Bila baca artikel arwah,sebenarnya susah nak didik anak jika kita sendiri masih tak tetap iman.Bukan mudah nak dapat anak2 macam arwah,jika kita pun masih leka menonton punggung Mat saleh,masih suka berhibur dan masih sempat undi kilauan emas.
Sedih rasanya,jika cara pendidikan kita jauh dari apa yang keluarga arwah lakukan.Untuk dapat anak macam arwah,kita kena lebih kan akhirat dan tinggalkan dunia yang sementara.Kita kena mulakan dari sekarang!anak2 bila dah jadi air batu ketul,kita yang akan dapat susah.Teringat pesan ustaz,ibubapa yang sayangkan anak,sila pastikan anak2 masuk syurga,bukan masuk neraka.Ibubapa yang sayangkan anak2,sila pastikan anak2 membesar dalam sinar islam di hati.Bukan duniawi semata2.Ibubapa yang bijak akan pilih akhirat daripada dunia yang sementara ini.

Apa pun...Ammar dah pergi,semuga Ammar di tempatkan di kalangan insan2 yang beriman.
Al fatihah....




*Semuga kisah Ammar akan menjadi contoh buat anak bujangku Muhammad Akif Farhan dan Muhammad Allif Farhan.
Berusahalah untuk menjadi yang terbaik!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK