GAYA TUDUNG...

MACAM 2 ADA!

Dulu2...masa mula2 pakai tudung...
Ada beberapa je peten tudung...
1-Mini telekung
Tudung jenis ni biasanya labuh melepasi punggung atau menutup dada dan paling sempurna.Biasanya yang memakainya pun wanita yang penuh ilmu di dada.

2-Skarf

Tudung jenis pula..biasa aku pakai ,masa awal2 dulu..kejap senget kanan kejap senget kiri.Bosan kiri kanan,ikat belakang je..hehehe..tambah bunga sekuntum!dah macam nak kahwin!

3-Selendang..


Tudung jenis ni..biasa di pakai dari dulu hingga sekarang!setakat ni...aku tak pernah cuba!tak selesa...Gambar contoh kat atas tu..cara paling biasa,Selendang gaya gini biasa di pakai dengan baju2 tradisional kebaya atau baju kurung.

Tak lama kemudian,keluar pulak tudung bawal...


Berbagai2 jenis tudung bawal di pasaran,Harga pun ikut jenis kain dan jenis sulam.Jika baik mutu kain dan sulamnya,boleh jejak ratusan ringgit!tudung ni serba ringkas hanya perlu pin atau brooch utk menaikan seri si pemakai.Sila pastikan kainnya lembut dan selesa,jika tidak...macam robot!


Lama juga tudung ini di pasaran.Sebelum di perkenalkan dengan tudung yang ada awning tu..Dulu2,Permaisuri Trengganu yang mulai dulu...cantik terletak.


Jenis tudung ini lebih meriah!bila sebuah gedung terkemuka memperkenalkannya di pasaran.Mula2 dulu,aku tak mengikuti fesyen ini,lama kemudian...kenapa aku tak mencuba?
Bila dah mula...akhirnya...inilah tudung paling mudah dan paling  bergaya tanpa brooch bagai!
Harganya?subhanallah..tokey tudung kalau tak kaya boleh jadi kayap!mahal gilla!
Yang kosong tanpa labuci dan jejak RM150.Yang berlabuci bagai...boleh sampai beribu ribu!
Tak tahu lah betapa banyaknya untung tokey tudung tersebut.Rasa2nya..kain dan semua tu tak le semahal itu,dek mengambil kesempatan,semua harga  jadi pelik!


Sedang aku sibuk dengan tudung yang ada awning,gadis jelita sibuk mengenakan selendang dengan berbagai2 seni ikatan,simpulan,gumpalan...Cantik2 belaka!Namun begitu mestilah kemas cara simpulan,jika tak...dah macam sarang tebuan kat kepala!



Perlu di ingat juga,cara pemakaian tudung hendaklah mengikut apa yang di ajar oleh Islam.Menutupi dada,labuh,tak jarang dan menepati citarasa bangsa kita Islam.Jika pakai tudung tapi masih macam tak pakai!itu sengaja langgar hukum Tuhan!Berdosa besar!Kata ustaz lagi.
Kita juga tak boleh memakai tudung tapi menyerupai bangsa lain .
Sebagai contoh:


Kita juga tak boleh meninggikan sanggul serupa bonggol unta.


Kita tak di benarkan untuk memakai tudung tapi menampakkan dada yang mekar!


Kita tak di benarkan memakai tudung tapi..jarang!sehingga menampakkan leher atau warna kulit atau warna rambut.



Kita tak di benarkan memakai tudung tapi seksi!Subhanallah...


Kita tak perlulah mengikut terlalu fesyen terkini...adakalanya ini semua akan buat kita nampak sangat janggal!


Islam memelihara kaum wanita dan menaikkan darjat wanita setinggi tingginya.Usahlah jadi hamba fesyen.Bersederhana itu lebih baik daripada melebih lebih!Dunia hanyalah pinjaman.Kita hanyalah pelakon yang di beri peluang untuk menikmati keindahan alam ini.

Paling menyedihkan jika si pemakai itu mengenakan tudung tapi...masih telanjang!


Malu pada bangsa lain,Islam kita sangat indah tapi di cemari oleh mereka2 yang kurang ilmu.Pakailah tudung dengan sempurna,jika masih belum sedia,elok di lupakan sahaja niat bertudung daripada anda memburukkan lagi keadaan.
Pemakaian tudung itu wajib!sehelai rambut jika di lihat lelaki bukan mahram hukumannya....masuk neraka!
Sehelai rambut boleh buat kita terperuk dalam neraka dalam waktu yang lama....
Bayangkan berapa helai rambut kita yang ada kat kepala tu?kalau sehelai...syukur....70thn je,kalau ada 700 helai?kalilah sendiri dan anda akan dapat jawapanya.

Kepada anak2 ibu,pakailah tudung sesempurna yang boleh,kekalkannya hingga akhir hayat di kandung badan.Jangan ikut orang lain...jadilah diri sendiri.Biarlah orang lain dengan dunia mereka kerana kubur kita tak sama.Kita akan bertanggungjawap pada setiap kesilapan kita,begitulah sebaliknya.
Apa yang patut kita buat!
Jaga diri sendiri...
Jangan jaga tepi kain orang lain dalam bab berfesyen tudung terkini.

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK