CELOTEH ANAK2

HARI@ ADA SAHAJA MAUnya...

Ibu!surat!Alif hulur sehelai kertas berwarna biru muda..
Ada apa?tanyaku
Ibu baca le...jawapnya selamber sambil berlalu..
Sebaik habis baca!
Oooo...patut le muka masam mencuka!
Orang cuti sekolah,dia kena gi ngaji 2 minggu..

Ibu!cari le sekolah lain....katanya satu pagi
Sekolah kat mana?jawapku acuh tak acuh
Sekolah kat Taman Emas tu!katanya
Mana ada sekolah agama kat situ?tanyaku pula
Ada!ibu bayar RM10 je...jawapnya
Ya ke?murahnya!balasku
Yalah!kawan2 Alif ramai sekolah situ!katanya lagi...
Tapi,sekolah yang ini,TERBAIK!kataku pula
Tapi...mahal!ibu kena bayar RM150!mahal!Taman Emas RM10 je sebulan..katanya lagi
Mana tau ni?tanyaku pula
Azmi bagitau!katanya lagi...
Pandai je....sambil menjeling,aku berlalu pergi...
MALAS NAK LAYAN!

Ibu!kenapa sekolah Balqis ni rajin sangat?tanyanya satu pagi
Ustazah As kata,dia dah ambil duit sebulan!rasa tak sedap makan duit orang tapi...tak cukup bulannya...kataku
Kenapa nak rasa macam tu?ambil je le.....katanya lagi
Yalah!Ustazah tu orang ada ilmu,dia rasa bersalah ambil duit ibubapa tapi tak mengajar apa2 pun!kataku lagi
Ambil je le!malu2 pula!balasnya
Mestilah dia malu...sebagai orang islam kita tak boleh ambil kesempatan pada orang lain!kalau ibubapa tak halal,Ustazah akan berurusan dengan kita di padang masyhar kelak.
Oleh sebab tu....apa pun hutang orang dengan kita,baik le di halalkan sahaja.Di sana proses untuk menebus kesilapan dengan manusia lain sangat lambat!kita kena tunggu lama!tu pun jika urusan sipolan pun selasai cepat!jika tak....kita tunggu sama tunggu je le....
Apa pula kena mengena dengan Alif?soalan nya tak pernah surut dek kena mengaji di saat orang lain dah MERDEKA!
Ibu bayar yuran kan untuk Alif dan adik...dapat ilmu....jawapku
Muncung masih sedepa!
Tak puas hati walaupun dah berulangkali di terangkan....
Masalah besar sedia menanti di hadapan!

Ginilah..ibu cakap baik2 tak faham2 kan?ibu pujuk2 pun tak faham2 kan?ibu rasa lah kan....ibu kena gunakan kuasa VETO!TURUN SEKARANG DAN MASUK MENGAJI!
Dengan muka masam mencuka,dengan gaya ala2 hindustan menyanyi kat taman bunga,Alif melangkah longlai...
Si adik dah berlalu laju....
Alif masih melangkah dengan lemah lembutnya.

Dalam hati...payah juga nak bentuk anak2 zaman sekarang.Lebih sayang hiburan dari menimba ilmu.Kat TV terlalu banyak rancangan yang menarik hatinya.Di sekat bagaimana pun!pasti curi2 dia menekan juga remote itu.Marah bagaimana pun!dia pasti akan lakukan apa jua yang dia sukai..

Aduhai....penatnya jadi ibu,penatnya jadi ayah....
Untuk jadikan anak2 cemerlang!bukan mudah!ianya memerlukan ketabahan,kesabaran dan keimanan yang cukup tinggi!
Hanya yang mampu....
Ya ALLAH,jadikan anak2ku insan yang bertaqwa dan sentiasa berada dalam perlindungan mu..amiin..

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK