BILA CUTI SEKOLAH BERMULA..

CATATAN KE 362
SUKA CAMPUR DUKA!

Bila cuti sekolah bermula..
Ada perasaan suka dan perasaan duka..
Dua perasaan ni kalau bercampur terus jadi duka nestapa!

Kenapa suka campur duka?
Sebab tak payah keluar rumah hantar mereka ke sekolah!
Tak perlu cilok kiri kanan
Tak perlu curi Q
Tak perlu lawan jelingan mak2 yang lain bila anak terhegeh hegeh turun kereta

tak perlu cepat2 bersiap,tak perlu kecuh kejut mereka dari tidur yang lena
Mengejut mereka perlu kesabaran yang cukup tinggi!
Kalau ikut hati....semua dah kena campak keluar rumah!
weh!bangun!bangun! hari dah siang!
semua masih beku,kaku....
tarik selimut tutup muka...
orang yang tak solat ,Selimut tu umpama kulit khinzir tau!
Memang le syok badan tutup dengan kulit khinzir!sejuk je....eeeeee...gelinya...

Reaksi mereka...
makin tarik,makin kepit selimut rapat2!
Dalam hati..
Geramnya tengok gegagat bebudak ni...
Weh!bangun!cepat!...
masih mengerikut macam udang kena bakar!
Tak pe...ini je ubatnya...Ambil rotan dan pukul2 ke dinding..
Zup!selimut tercampak ke tepi!masing2 berdiri tercacak!
Dalam hati.....
baru tau!takut pun...
Nak ikut cara pakar motivasi terkenal tarik ibu jari kaki!
Hahaha...
Apa pun tak boleh!lagi diaorang tarik kaki sampai ke dada..
Orang kampung macam aku ni....tak ada peluk2...tak ada pujuk rayu...
ikut cara Jepun je...degil je,cucuk dengan benet tajam!

Bila cuti sekolah
suasana hiruk pikuk di pagi hari tak akan ada...
hanya suami yang keluar bekerja..
suami pun santai je...tak perlu rebut2 bangun pagi..
anak2 lepas subuh,digalakkan tidur...
Tak payah bangun anak2 oiii...
tidur,tidur...

Aku tak perlu terkocoh kocoh siapkan mereka..
Yang pasti...
pagiku pasti tenang setenang air dikuala..
Ah Siong pasti tak terkejut kejut dek suara hali lintar aku ni ahh!
Pasti pagi kami aman damai..
Pasti Ah Siong tidur hingga ke tengahari...
Hehehe...
Pasti Ah Siong dan isteri kelewatan sebab suasana pagi yang sunyi...

Cuma yang tak syok...
dapur tak kering...
dapur 24jam berasap!
pintu peti ais pasti tap tup tap tup!
selagi ada makanan,selagi itulah!peti ais tak dapat berehat...
bukan mak mereka je yang penat!TV,peti sejuk,xbox...semua akan penat sama...
Tu belum lagi bergusti!belum lagi menangis tak sudah!
stresss bermula selepas 16hb ini...
takutnya...nak mengadap suasana ini...
kepala akan sakit,mata akan sakit dan paling terkesan!
hati turut sama sakit!
Kerja banyak tak mengapa...
Asalkan hati gembira...
tapi..
dengan mereka...
hati.jiwa dan organ dalaman semuanya sakit sakit!
letihnyaa..

Bila dah berkumpul ramai2 di rumah...
Rumah yang sebelum ini kemas tersusun!pasti akan jadi sebaliknya...
Rumah yang sebelum ini bak geleri pameran perabut
Pasti akan.....
bersepah sana sini!
Letihnya...
Wahahahaha!

Lepas masak!
Selalunya warning anak2..
ibu nak naik atas!kalau bersepah....SIAP!
Kedengaran bunyi tapak kaki berlari kesana kemari..
mengemas apa yang patut!
yang pasti...
Mereka cuba pastikan..
Ruang atas tak bersepah,tak akan buat ibu naik darah!
hakikatnya...
Mereka tidak akan berhasil buat sang ibu gembira..
yang pasti..
Wahahahaha!!!
Kemas mainan ni!kemas bantal tu!kemas cadar tu!semua kemas! CEPAT!
Tutup TV!telinga ibu tekak ibu dah nak muntah dengar suara kartun spongebob tu!
TUTUP!
10 minit kemudian...line clear...mereka pun turut sama hilang dari bilik.

5 minit kemudian...Si gadis akan muncul dulu..
test market!
Ibu tak berbunyi...
maknanya...
boleh lepak lagi di bilik ibu merangkap bilik mereka berdua.
Akhirnya....
Mereka berpesta semula seperti sediakala...


Itulah sebabnya...
cuti sekolah bermula perasaan bercampur baur!
suka,duka saling berganti...
alangkah baiknya...
kalau ada sekolah yang tak cuti2!
HUH!






Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN