BILA AIR TAK ADA!

APA PUN TAK BOLEHHH

Dah solat?tanyaku pada anak dara
Lum..jawapnya hambar
Hai!dah pukul berapa ni?tak solat lagi?jerkahku bila lihat jam
Nak solat macam mana?air tak ada!katanya
Haii!tak kan le semua tempat tak ada air?tanyaku lagi..
Tak tahu!tapi...kat hostel kitaorang memang tak ada!ibu tau tak?dah hampir 2 minggu!nak buang air nak mandi nak apa pun susah!kitaorang tak mandi tau!katanya panjang lebar
Mandilah kat tempat lain...saranku
Ibu cakap senang,kat tempat lain pun tak ada....kalau ada pun penuh dengan orang!kalau ada pun ada aje masalah,macam tak sepakat je pengurusan U ni!katanya lagi
Tak bagitau pihak U?tanyaku lagi
Dah!hari2!dah nak menyampah nak cakap lagi..katanya lagi
Ooo...tapi...tetap kena solat!kataku lagi
Nak buat macam mana?nak buang air pun susah!Aina dah kurang minum sebab takut nak terkencing!katanya lagi...
Tak boleh juga...nanti air kurang dalam badan,sakit kepala pula..kataku lagi
Habis nak buat macam mana?malam2 pun tak minum,takut nak terkencing..sambung lagi
Dalam hati....merepek juga kalau terus begini..

Nanti bagi ibu nombor pihak berkenaan...pintaku sebagai usaha terakhir
Assalamualaikum....
Salam di beri sebagai pemula kata
Waalaikumusalam Pn..apa yang kami boleh bantu?sayup suaranya sesayup jauhnya jarak kami.
Anak saya ,kat hostelnya tak ada air...
Betul Pn,kami sedang baikpulih kan buat masa ni...katanya
masalahnya..berapa lama?anak2 tak solat tak mandi,nak buang air kecil besar pun susah!kataku lagi
Kami faham Pn...kami sedang berusaha mengatasinya...Balasnya
Saya tak kisah sangat bab mandi,tapi solat tu rasa2nya amat penting!kataku lagi
Ya Pn..kami akan atasi segera...
Kamu faham2 sahaja lah kan?anak2 ni dah besar panjang pun ibubapa kena kejar bab solat,jika terus terusan begini,saya takut anak2 terlupa baca fatihah!kataku lagi
Insyaallah Pn...mereka tak begitu...balasnya pula
Betul...itu simbolik dari kejadian,jika lambat tindakan pihak anda,banyak keburukannya...kataku lagi
Betul Pn...kami janji akan atasi,insyaallah...pukul 6 nanti,pengaliran air akan bertambah baik..katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Aku tak menyaran kerana....suaranya lembut membalas setiap soalan.
Aku tak berkeras kerana...pihak U janji akan atasi masalah secepat mungkin...
Tapi...
Bila telefon anak,pukul 9 malam!
Keadaan masih sama,anak2 semua masih tak mandi,tak terurus....
Dan yang paling terharu...
Masih tak solat kerana bekalan air tak ada!
Begitu teruk sekali...
Tiada usaha untuk mengatasi masalah air yang melanda selama hampir 2 minggu!
Tiada usaha untuk menghantar bekalan air bagi mangatasi masalah..
Yang pasti...
Semua amanah akan di pertanggungjawapkan di bahu pihak berwajib...
pandai2lah nak jawap nanti....


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK