BAJET 2014

AKHIRNYA SEMUA BARANG NAIK ...

Tak sangka gula naik!Tak sangka itu dan ini naik mandadak!
sumpah mati!
Ingat kerajaan tak naik kan apa2,al maklum..baru je naikkan minyak 20sen!
ish,ish,ish...
Kalut dah kerajaan ni...
Rakyat semakin tertekan!
Duit tak ada nak makan,nak minum!apalagi nak beli hartanah!tak mampu...
Nampak gaya,kena menyewa hingga akhir hayat le teman..
HUH!

Sebelum ini minyak naik!
walaupun hanya 20sen,ia bakal buat kita terduduk!
Orang VVIP...
Alahhh...20sen je!kata seorang seorang Datin.Orang kampung tak kisah pun!Sambung Datin yang bergaya ala2 anak dara ni..
Almaklum...duit banyak!
Nak beli gelang paras lengan!no hal...
Nak beli rantai besor tali kapal!no hal....
Nak beli beg tangan jenama hebat!no hal...
Pendek kata....
Petik jari je!

Datin cakap senang lah!Datin banyak duit!orang macam kami ni,makan pagi kais pagi,makan petang kais petang..
Dengan gaji minimun RM900.Apalah sangat yang kami boleh buat?Bayar duit kereta,bayar duit sewa rumah...berapa kerat aje yang tinggal?Belum lagi bayar bil api air,belum lagi sakit pening...alahai...boleh mati berdiri tau Datin wehh!

Lepas bajet di bentang,di baca oleh PM kesayangan ramai tu...
Ternyata!banyak yang naik!
Itu naik ini naik....
Mati lah....
Orang kaya senyum sumbing je.orang miskin menangis dalam hati..
Merintih pedih!
Mati lah....
Anak2 sekolah,anak2 yang belajar di Universiti,semua nak duit!
Selangkah duit,selangkah duit!
Bila minyak naik,rakyat panik!
Minyak punca untuk semua...
Sebagai bahan api untuk pengangkutan,untuk pengilangan,untuk industri berat ringan...Semua punca dari minyak
Bila naik gula!

Bertambahlah lagi senak perut...
Semua berpunca dari gula...kita guna berapa lah sangat...Sesudu dua..
Tapi..industri makanan mengunakan gula sebagai bahan utama..
Buat roti pun letak gula...
Masak pun letak gula...
Itu sebab bila gula naik,minyak naik..
Ko orang jangan suka sangat lah...
Semua bakal naik sama!




  • Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis
  • Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013

  • Bila naik barang,semua orang bising...
    Pot pet pot pet..
    tapi..harga tetap naik juga!melambung2!
    Orang berniaga suka le..
    Orang macam kita ni,senyum kelat je le..
    PM kata...naik gula untuk bantu rakyat hidup sihat,bila gula naik,rakyat akan catu gula....
    Maka kencing manis tak melanda..
    Hehehe..
    Alasan tak menasabah!
    PM kata lagi...kurang pengunaan gula juga akan membantu aktiviti sex berjalan lebih kencang!
    Hehehe...
    Katanya lagi...kurangkan gula dalam makanan,tambahkan manis dalam senyuman!
    Alasan asal boleh!
    PM tahu...rakyat Malaysia sangat baik,sopan santun..
    Marah tapi..tak buat apa2 pun..
    Kalau kat Indonesia,naik je minyak!dua tiga stesen minyak pasti jahanam purba!
    Rakyat Malaysia tak gitu,sebab kita masih kenyang!cuba kita lapar?
    Pasti bukan stesen minyak jahanam purba!banggunan kerajaan tu yang akan hancur berkecai!
    PM umpan lagi dengan BRIM..
    Semua dapat bantuan,kanak2,remaja,orang2 yang berpendapatan rendah dan beberapa golongan lagi..
    Kita?
    Gigit jari je le...
    Hehehe...HAUS!


    BRIM tak habis2!cuba le duit2 tu di manafaatkan untuk semua.Banyak tu...dari sebelum PRU BRIM sana BRIM sini!
    Daripada BRIM sana sini...hanya setengah golongan je yang dapat,baik lah di beri samarata,
    Minyak jangan naik!semua orang dapat faedahnya.
    Gula jangan naik!barulah rakyat di dahulukan...
    Ustaz kata....bila rakyat tertindas itu juga antara petanda kiamat2 kecil telah keluar..
    Ustaz kata lagi...kita tak payah fikir2,kita tak payah marah2!barangan tetap naik juga..
    tambahan lagi seorang ustaz muda ada keluarkan kenyataan...
    kenaikan minyak atau gula atau apa aje lah!
    Datangnya dari ALLAH..
    Semua ini berlaku dari ketentuan ilahi..terima je le...jangan bising2!
    Ustaz kata lagi...
    pemimpin yang zalim akan di masukan kedalam api neraka bersama Fir'aun
    Penasihat yang zalim akan di masukan ke dalam api neraka bersama Amman iaitu penasihat Fir aun
    Bayangkan?di dunia para pemimpin hebat!
    Di pandang mulia..
    Di pandang penuh dengan kekayaan!
    Tapi..kat sana nanti,anda miskin papa kedana!
    Di dunia anda bebas buat apa sahaja dengan kesempatan dan amanah yang di beri..
    tapi..kat sana nanti...anda merintih sepi!
    Kami rakyat..
    jaga solat,jaga puasa buat apa yang di suruh,tinggalkan apa yang di larang...
    Cantik!terkedek2 masuk syurga..
    Anda?
    kena dakwa banyak tajuk!
    Imam Syafie pernah menyebut...
    Amanah adalah benda paling berat yang akan di pikul oleh manusia.

    Tapi...ustaz..
    saya tengok diaorang selamber je..
    Biarlah..mereka tak ada ilmu akhirat!bukan tak ada tapi..kurang...
    Tapi..ustaz..
    Diaorang tak rasa bersalah pun!
    Biarlah..mereka belum di beri hidayah...
    Ooo...kesian juga orang2 yang pegang amanah rakyat,bukan mudah rupanya...
    Banyak risiko rupanya...
    hehehe...

    Elok le teman bersikap berkecuali!tak payah susah2 daftar nak jadi wakil wanita,ketua wanita
    kalau dah nampak duit melambak!
    Mahu teman pun sama macam depa semua...
    Elok le teman dok diam2..
    Elok le teman jadi isteri,ibu dan anak yang baik..agar hidup teman aman damai..
    Kalau teman aktif,silap haribulan teman pun kena macam ni..
    Sebab mulut teman ni pun berbisa juga!
    Hehehe..


    Tak berbaloi teman rasalah!hanya kerana mempertahankan fahaman politik!
    Muka teman kena tumbuk!
    Wakil rakyat menang bergaya!Teman apa dapat?
    Tetap kena hadap kenaikan minyak,gula bagai..
    Lagi pun,kalau teman salah pilih pemimpin,kelak teman kena soal di akhirat juga..
    Lebih baik teman fikir kubur teman dan keluarga sendiri..

    Hangpa?
    SUKA HATI!
    Teman ...
    tetap sokong perjuangan islam.
    Muahahahaha!







    Popular posts from this blog

    JERAGAT

    MINYAK TURUN NAIK

    PERSIAPAN SEKOLAH