APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?

HUKUMNYA....(ARTIKEL JUMPA KAT DETIK ISLAM)
(TIADA KENA MENGENA DENGAN TEMAN YA...TEMAN KONGSI JE...HEHEHE)

SOALAN:
ASSALAMUALAIKUM,APAKAH HUKUM JIKA SAYA MENGGUNAKAN MINYAK PENGASIH KEPADA SUAMI?DENGAN NIAT INGIN MENJAGA KERUKUNAN RUMAHTANGGA?INGIN SELALU DI KASIHI,DAN UNTUK MENGELAKKAN DARI PERGADUHAN KERANA SUAMI SAYA SEORANG YANG CEPAT MARAH?BILA BERBUAL,TERSILAP KATA SAJA SUAMI AKAN JADI MARAH!UNTUK MENGELAK DARI PERKARA SEDEMIKIAN TERJADI,SAYA TELAH MENGUNAKAN MINYAK ANUGERAH SERI.ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN,DAN SEGALANYA KERANA ALLAH TAALA.NIAT SAYA HANYA UNTUK KERUKUNAN RUMAHTANGGA.HARAP USTAZ DAPAT MEMBANTU..

Baca betul2 ya jawapan ustaz...(copy je,tak ubah apa2 pun!)

Elakkan dari amalan pengasih kerana ia membawa kepada Syirik. Berubat dengan syirik umpama mengambil dadah yang mana ia menenangkan seketika, tetapi membawa derita selama-lamanya di kemudian hari.

Yakinlah kepada Allah, jangan berputus asa mengharap kepadaNya, jaga solat fardhu, banyakkan solat hajat dan beristighfar, manfaatkan ketika sujud untuk memohon hajat kepada Allah. Penyelesaian dengan minyak pengasih akan membawa kemusnahan di kemudian hari, bayangkan bagaimana jika suami mengetahui? Namun pengelesaian dari Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Yakinlah kepada Allah dan jangan berputus asa dari rahmah dan kurniaanNya.




Dah baca?
Puas hati?
Apa pun alasan....tak boleh buat cam tu!
Ustaz ustazah dah khabaq kan?cannot do like that!
dosa!
bukan dosa kecil tapi...dosa besar!
Garang macam mana pun hamba ALLAH tu...doa aje yang kita boleh buat.
Nak bagi nasi kangkang ke,nasi hangit ke,jampi mentera ke...semua tu hanya bertahan 40hari je...tapi...dosa seumur hidup!

Untuk buat macam2 kat suami,rasanya tak sampai hati...kesian...dia baik,dia jaga kita baik2 tapi kita bagi dia yang bukan2.
Selain takut dosa,kita cuba letak diri kat dia,nak makan ke makanan yang kotor2 tu?
jadi orang kita kena guna otak dan bukan lutut!
Kesian...
Perasaan kesian itulah yang buat aku masih bertahan tak buat apa2!
Tak pernah berusaha kerana aku tahu....
suami seorang yang baik dan budiman.

Ada seorang kawan lelaki kata isterinya beri dia nasi kangkang!
Aku tanya macam mana tau?
Dia kata...dia nampak isteri mencangkung di dapur di atas sepinggan nasi.Bila di tanya...isteri takut dan membisu seribu  bahasa!tapi dia tahu itu nasi yang dibakal di beri padanya.
Apa tindakan kamu?
Saya makan untuk puaskan hatinya...
hehehe....
Dia makan betul2,walaupun dia tahu...gila!
tapi..cerita ini tak pasti sebab rakan saya itu dah huru hara rumahtangganya.Mungkin dia reka cerita untuk menarik perhatian...wallahualam..

Ada juga yang simpul cadar..
prang,prung,prang,prung...maka tersimpul lah cadar bagai menyimpul hati si suami.
Ada yang letak batang keladi..
Bila layu batang keladi sama macam layunya dia...
Ada yang ludah air sambil berjampi serapah!
Ada yang kacau air ikut lawan jam guna jari hantu..
Ada yang bakar rambut,kuku suami di tumbuk dan di beri minum...
Pendek kata!
Macam2 ada!

Pucuk pangkal hati!
Seorang isteri bebas untuk melakukan sesuatu tanpa pengetahuan suami.Dalam diam...suami tunduk malu,dalam diam suami taat membabi buta!
kesian...

Pernah seorang menyatakan hasrat untuk kenakan suaminya gara2 suaminya kedekut tahi hidung masin!
Saya hanya mampu nasihat..
Kesian...dia baru nak menapak dalam bidang pekerjaan,jika dah di tundukkan....bayangkan?pasti kemurungan melandanya.Selain berdosa kamu akan menambah masalah kelak!pergilah berbincang baik2 insyaallah dia faham...
Tak sampai hati bila tahu rakan suami bakal jadi lelaki yang tak boleh jalan di depan isteri.Selalunya...lelaki yang kena tunduk,tidak akan memintas atau berada di depan isteri.Dia akan berada di belakang isteri dalam apa jua keadaan!
Mungkin ketentuan ilahi,setelah berbincang keadaan rumahtangga mereka semakin baik hingga sekarang.Syukur...

Ada kawan sanggup jumpa bukan bomoh islam tapi bomoh siam!
sanggup mandi depan tokong mereka...
Sanggup lakukan apa juga yang di suruh oleh sami Budha tu!
weh!kau tak boleh buat macam tulah!dosa!perbuatan tu syirik!kalau kau mati lepas tu...tak sempat bertaubat,mati kafir kau nanti!jerkahku pada seorang kawan perempuan.
Ya ke?aku tak tahu lah...jawapnya..
Dalam hati...mustahil lah tak tahu...benda simple macam ni pun tak kan lah tak tahu!ish,ish,ish....kacau,kacau..

Ada banyak contoh mengenai jampi serapah untuk tundukan suami.
Jangan lah amalkan...ingat dosa,ingat ALLAH kita pasti tak tergamak lakukan.
Oleh karana kita ada agama,kita ada tuhan....
jangan lah lakukan semua itu...
Syirik!
Berdosa besar dan menyekutukan ALLAH.
Kita kena yakin pada ALLAH.
Hanya ALLAH yang dapat menghindarkan keburukan dalam hidup kita.

Suami tu hanyalah perhiasan dunia,yang melekakan,yang buat kita banyak kerja!dalam sehari buat air 5 kali!belum lagi...buat benda lain!pendek kata...udah2 lah,jika dia nak buat nakal,ikat macam mana pun!dia akan terbang juga...
Setakat nak rebut hatinya,kasih sayangnya....tapi ALLAH murka pada kita!
Elok le...kita abaikan aje...
Bukan tak sayang tapi...tak berbaloi baloi!
Esok kat akhirat...
Dia berdendang dengan bidadari,kita terperosok dalam neraka!
Ish,ish,ish...
Jangan bazirkan masa anda dengan perbuatan syirik ini!







Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK