ZAMAN DULU DAN ZAMAN SEKARANG

BEZANYA BAGAI LANGIT DAN BUMI!

Setiap anak adalah amanah ALLAH untuk kita jaga,kita didik agar menjadi insan berjaya dan berjasa pada agama,bangsa dan negara.
Setiap anak adalah cabaran!
Setiap anak adalah gambaran sebenar diri kita atau pasangan kita.Walaupun tak semuanya sama,tapi...sedikit pasti ada!
Jikalau dulu2,kita nakal auzubillah!
Anak2 yang bakal lahir pasti ada satu antara 5!sama perangai macam kita.
Hukum karma...

Setiap perlakuan yang mereka buat akan buat kita ingat...
MACAM AKU JE!
Setiap perlakuan yang mereka terjemahkan pada kita akan buat kita menyesal tak sudah!
kesian mak....agaknya macam ginilah mak terpaksa layan aku...
Huhuhu....

Minta ampun mak abah....
Kita tak tau...inilah akibat dari kedegilan yang lalu...
Minta maaf banyak2,kalau boleh pusing jam,kita pasti akan selalu dengar kata mak abah.
Ampun...

Tapi nakal kanak2 dulu masih ada batas batasnya
jika di banding dengan kanak2 sekarang...
Bezanya bak langit dengan bumi!
Dulu2.
Permainan kita sesuai dengan persekitaran dan usia,belon acah,kejar2,sembunyi2 dan lain2.
tapi sekarang...permainan mereka lebih maju!
Hehehe....
macam orang tua2 je...

Zaman aku,kanak2 tak senakal sekarang!
Dulu....
Tak ada internet bagai..
player untuk video pun kena sewa baru boleh menonton ramai2
kalau dah ramai2 tu...mana mungkin le tgk blue filem!
Yang kami nonton pastinya cerita2 yang  selamat walaupun tanpa ibubapa
dulu2...majalah2 lucah pun terkawal,mana boleh dapat dengan mudah seperti sekarang!
zaman sekarang..ENTER!terus keluar apa jua yang di hajati...
Lucah,lucut semua ada...
Itu lah sebabnya budak2 bawah umur pun dah pandai buat pesta sex!
kacau,kacau...dunia makin kacau di buatnya.
Mohon pada ALLAH agar lindungi anak2 dari semua tu.
Mohon pada ALLAH agar jauhkan anak2 dari kancah maksiat!

Kalau dulu2...
Mana ada CC bagai...
Kalau ada pun...setakat kedai mamak,hingga dating pun layak kat kedai mamak je...
Sekarang...
Anak2 makin berani!
Buat kelakuan tak senonoh tanpa malu...
Kalau setakat tgk kemaluan manusia dah tak kira tempat!
walhal...ibubapa mana yang akan ajar anak2?
Semua ibubapa akan seboleh2 menghalang anak2 dari jadi tua sebelum waktunya.
Tapi..
Tulah!anak2 sendiri buat pilihan..
Samada nak jadi dewasa ketika umur 14thn atau nak jadi dewasa mengikut peredaran usia.

Dulu2...
Mana ada kes2 melampau akal manusia.
Yang ada hanya cerita2 seram antara lelaki dan perempuan.Itupun sekadar romen2 je...
Kalau ada pun yang lagi teruk!masih boleh di kira dengan jari!
perogol dulu...
Kalau nak merogol mereka tau beza budak dan orang dewasa.
Yang matang atau setahun jagung!
Budak2 kira selamat masa tu...
Budak2 kira tak boleh di rogol sebab masih kecil,saiz alat sulit tak sepadan dan mungkin akan menyukarkan aktiviti merogol!
tapi sekarang..lagi muda lagi perogol suka!
Tapi..
Ada juga perogol yang berminat dengan nenek tua!
Pernah baca?Salah satu kes terkini...

BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya. Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan. "Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol.



                                               Gambar hiasan tiada kena mengena dengan cerita di atas

Dulu2....
Belum ada orang bunuh anak sendiri!
Belum ada orang rogol anak2 semuda 5 bulan!
Belum banyak kes sumbang mahram!
Belum banyak kes orang bunuh orang!kalau ada pun manusia itu pasti sejahat2 manusia!hati mereka telah hitam legam!
Belum ada anak2 kecil kena bakar macam kes Dirang,belum ada kes bunuh macam Nurin...
Pendek kata....
Jahat orang dulu2,masih ada iman...

Sekarang?
subhanallah...
Hari2 ada saja berita2 yang membuat jantung macam nak putus!
Ibubapa kena buang tepi jalan pun ada,bukan ibubapa je....anak2 kecil di tinggalkan sesuka hati pun ada!
Subhanallah...dah macam zaman batu!

Dunia makin hangat!
Tahun 2013,dah ada macam2 cerita.
Bayangkan?10thn lagi?...20thn lagi?
ish,ish,ish..
Kesian anak cucu,cabaran lebih tinggi dizaman mereka.
Mohon kita dapat menghindarkan diri dari hasutan syaitan yang di rejam.Mohon agar anak cucu dan keturunan kita terhindar dari hasutan DAJJAL.

Kepada anak2ku
Sering ibu ingatkan,jangan tinggal solat.Solat itu merupakan tiang agama.Hanya dengan solat kamu akan terlindung dari segala godaan syaitan.Jangan lebihkan dunia,lebihkanlah akhirat....
Bila kita lebihkan akhirat...dunia pasti kejar kita.Jangan gusar mengenainya.
Apa pun cabaran yang mendatang...
Jangan risau...
Teruskan berjalan tapi pastikan ada iman di dada...
Teruskanlah mendidik anak cucu dengan islam
Hanya islam yang dapat membantu kita menuju ke jalan yang di redhai ALLAH.
Insyallah..






Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH