TAMAN MINI KU


PENUH DENGAN BUNGA!

Ke mana sahaja aku tinggal,pokok bunga pasti ada..
Dari dulu...
Walau sepenat mana sekali pun!
Tiap2 malam siram pokok sebelum tidur..
Tiap2 malam!tanpa jemu..


Masa aku tinggal di Selatan tanah air
Selamat yang menjadi tukang kebun ku...
Tiap2 bulan...Selamat pasti ada untuk membersihkan Taman miniku...
Tiap2 bulan..Selamat akan letak baja,sembur racun serangga supaya pokok2 tumbuh segar

Semasa pindah ke utara..
Pokok2 juga yang menjadi agenda wajib!
Bermodal membeli pokok2 bunga supaya kehijauan menghiasi ruang.
Walaupun rumah sewa..
Tiap2 bulan ada tukang sabit rumput yang datang...

Bila beli rumah sendiri,pokok juga masih di utamakan
Tapi kali ini.....aku kena buat sendiri semuanya
Selamat tiada untuk membantu.
Bab rumput,Kumar jadi penganti..Dah hampir 4thn Kumar setia membantu..
Bila lihat pokok subur
Hati jadi gembira...
Hilang duka nestapa!





Samada beli atau menyewa rumah,perkara yang paling penting ialah...TAMAN MINI MESTI ADA!tak kira kecil atau besar...WAJIB!
Mesti ada seperti yang di anggankan
Walaupun air pancut ku macam main pondok2 je..
Tapi cukup mendamaikan...
Bunyi air buat jiwa tenang..hehehe
TAMAN MINI aku adalah hasil tangan sendiri
Tak larat sebenarnya
Tapi...demi minat,aku gagahi juga menjaganya.
Pokok2 ni,masa kecil nampak kemas tapi...bila besar!aduhai...rimas lah pulak!



Ikut kan kudrat,dah tinggal senafas je..
Nak tarik akar kecil pun dah tak larat
Nak tarik daun kering kat pokok pinang merah pun dah macam tak makan 10 hari!
Tangan dah tak boleh buat kerja banyak2
Tangan dah manja....
Sepatah kata Doktor Lee..
Urat halus,tak banyak buat exercise...
Buat lah Doktor,mop lantai tu pun exercise juga!

Ada benarnya...
Dulu2,setakat mencangkul buat batas!celah gigi je...cangkul pegang sebelah tangan je...
Tapi kini...
Aduhai...macam nak patah je tangan ni...
Nak kata kalsium kurang,hari2 minum susu
Nak kata tua sangat,tak juga....selagi bernafsu pakai gincu kaler merah!
Maknanya...oklah tu...
Tapi...semakin hari semakin tak larat nak uruskan pokok2 tu...apatah lagi,bila kirai tanah kat pasu,terpacul muka ulat atau cacing atau segala macam binatang yang tinggal kat tanah.Opocot!terkejut aku di buatnya.Tang ni yang lomah!
Tapi..bila sehari tak siram pokok,alahai...kesian..kering kontang!
Dalam malas2...buat juga,kesian pokok2 tu....
Suburnya kita bangga,bila layu....terus kecewa..walhal...siram pun tak,macam mana nak subur menghijau?
Petua untuk dapat Taman Mini yang cantik!
Rajin
Tekun
Minat yang mendalam kalau ikut2,baik tak payah lah!buat aniaya pokok je...


Walau bagaimana sukar sekalipun!
Pokok2 adalah teman di kala sunyi,menenangkan hati dan perasaan...
Apatah lagi...bila di temani oleh burung2 yang sudi hadir dan bertelur di Pokok Pan di pasu...
APA?
Bertelur di atas pokok?
Asal boleh je burung2 ni.....
Atau...
Melihat burung2 mencipta sarang antara daun daunan....
Melihat kehebatan burung menyembat daun2 itu sehingga boleh menampung dirinya ketika bertelur...
Uniknya...
Mendengar kicauan burung2 di jendela
Burung Merbuk,burung walid,burung pipit dan berbagai2 jenis lagi...
Melihat burung2 berpesta mandi manda di salur air  Si Siong..
Asyiknya....



 

Pemandangan begini tak mungkin kita dapat jikalau kita tak minat alam flora dan fiona
Pemandangan begini tak mungkin kita dapat jikalau kita tak minat pokok2!
Pemandangan begini tak mungkin singgah dalam benak jika kita tak pandai menghargai alam ciptaan Tuhan!

Terima kasih buat suami yang tak lokek duit walaupun malas nak bantu..
Terima kasih buat anak2 yang tak gatal tangan memetik sebarangan pokok2 yang ada
Terima kasih ALLAH kerana mencipta hidupan untuk kita berkongsi rasa...

Terima kasih buat semua.....

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK