SUBUH...


KEHIDUPAN BERMULA DI SINI....
KU MOHON SEMUGA PERJALANAN HIDUP HARI INI DAN SETERUSNYA AKAN MEMBERI MANAFAAT UNTUK KU DAN KELUARGA....


Subuh menandakan hari baru
Sebelum subuh,kita di galakan untuk bangun solat sunat tahajjud,taubat dll,mengaji dan berzikir...
Sebaik azan berkemundang...
Kita dengan tenang boleh mula solat subuh...
dengan tenang juga....
kita boleh muhasabah diri
dengan tenang juga...
kita boleh bercakap dengan ALLAH di keheningan pagi...tanpa gangguan,tanpa hiruk pikuk suara cahayamata yang sihat dan gembira 24jam!
Bila  mereka dah bangkit!alamat.....doa entah kemana,yang ada hanyalah......suara2 mengekek mereka sahaja.

Teringat subuh di Madinah dan Mekah,hati sayu kerana masjid sentiasa hidup!sana sini manusia bertakafur,berzikir tanpa mengira masa dan tempat.
Teringat subuh di Madinah dan Mekah,sebaik keluar pintu.......lautan manusia membanjiri luar masjid,masa aku datang tadi....tak le seramai ini.Bila aku keluar...subhanallah....ramainya manusia yang sama agama denganku di mana mana...
Syukur.....walaupun ramai menolak,semakin ramai pula yang mengakuinya dan menjadikan ISLAM sebagai pegangan hidup.

Sebaik pulang ketanah air....
hati pilu...
masjid sunyi tanpa ribuan manusia....saf perempuan adakalanya hanya 5 atau 6 orang je setiap pagi,lelaki pula ada le se saf je...... saf perempuan boleh di bilang dengan 2 tangan je,itupun isteri bilal,isteri iman,isteri tok siak,dan jemaah luar termasuk aku!aku datang pun sekali sekala....bila anak2 besar pulang bercuti,dapatlah menghadirikan diri,itupun kalau cuaca elok...kalau hujan,alamat solat kat rumah le jawapnya.Ada masa tertentu......mungkin isteri tok siak,isteri bilal atau isteri imam 'uzur'tinggalah 2 orang di tengah2 ruang solat yang besar dan luas!
Aduhai............nampak sangat kita dah di hujung zaman.....
Subuh kita semakin sunyi sepi...
tak meriah seperti yang di harapkan...ramai lebih berminat solat sendiri daripada solat ramai2!
walhal...solat subuh itulah ukuran pada pegangan agama masyarakat setempat.Jika kosong je....maknanya kita dah tak peduli dan tak mahu ambil pahala banyak2 di pagi hari.Dah termaktub bagi lelaki lebih baik berjemaah di masjid daripada solat sorang2 di rumah.Untuk perempuan hanya sunat sahaja.Tak kisah di manapun kami nak solat.Di rumah lebih baik daripada di masjid untuk mengelak fitnah.


Banyak artikel2 yang menyebut betapa penting solat subuh!apalagi setiap  subuh jumaat.Istimewanya solat subuh pada hari jumaat ialah...ada sujud sajjadah!
Bacaan panjang sikit dan kita hanya ikut je imam,di pertengahan ayat imam akan terus sujud dan akan bangun terus dan menyambung bacaan tadi.Sebagai makmum.....ikut sahaja lah labuuuu...
Kiamat juga akan berlaku pada subuh jumaat.Hanya masa dan bila hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Itu bermakna......setiap subuh jumaat adalah hari kiamat yang di perkatakan...cuma kita tak tahu bila?esok,lusa,tulat atau.......beberapa tahun kehadapan.Entahlah.....

Bangun!subuh!cepat!...dah lambat ni...bangun!...itulah ayat2 yang akan di dengari setiap waktu subuh.Mengejut anak2 perlu kesabaran...
Jika kita ikut petua Dato Fadhilah Kamsan....tarik ibu jari lahan2....
Jika kita ikut petua ibu2 sekarang....peluk2,gomol2 dulu....
Kalau kita ikut ibu2 moden....biarlah...mereka kecil lagi....
Kalau aku lah yang kena ikut petua itu semua,alamat ibu dan anak2 sama2 tak solat subuh!
Mana kan tidak....anak ramai...
kejut seorang makan 15 minit,kalau dah 5 orang!
ce kira.....
PENGSAN!
lebih senang ikut cara nenek,ambil air dan....
SIMBAH KAT MUKA!(jangan le banyak sangat,kang lemas lak!sikit je...setapak tangan je....)
Pastinya,anak2 akan bangun dek kesegaran!




Kata ustaz...
jika kita tak solat subuh...ALLAH akan CAMPAK!kita ke dalam api neraka selama 60thn!itu hanya untuk sekali subuh,kalau dah beribu2 kali.......
Cer kira....agak2 kita dah tinggal berapa kali?
Lepas tu conggak pula dengan 60thn....nanti tahu lah berapa lama kita akan dok dalam tu..Itu belum solat fardhu yang lain!
Ustaz kata....
Kalau zuhur pula,dosanya seperti kita membunuh seribu orang islam!
Kalau asar,dosanya sama seperti kita meruntuhkan kaabah!
Kalau maghrib pula,dosanya sama seperti kita berzina dengan ibu atau ayah sendiri.
Dan
Isyak pula...ALLAH menyeru,hai orang2 yang meninggalkan solat isyak!bahawa aku tidak redha engkau tinggal di bumiku dan mengunakan nikmat2ku.

Maknanya ALLAH amat murka akan kecuaian yang kita lakukan iaitu tak menjaga solat.
Bayangkan anak2 ibu semua,ini gambaran ringkas,belum terperinci.Masih banyak lagi keburukan meninggalkan solat subuh dan solat2 yang lain.Jika boleh...jangan lah tinggal walau sekali pun!elakkan lah dari mengabaikan solat.Sibuk bagaimana pun!solat lah!

Subuh yang indah akan lebih indah jika kita mulai dengan memuji ALLAH.
Subuh yang indah akan lebih indah jika kita tahu ....
bersyukur pada ALLAH yang memberi nyawa untuk sehari lagi...


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK