SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


SELAMAT UNTUK SEGALANYA...

Sejak berhijrah ke Utara tanah air...
Telah beberapa kali beraya sendiri
Mula2 dulu...
Kekok sehhh!
Tak tau nak mula dari mana...
Nak masak nak berendang....
Jadi kalut dan serba tak kena...

Sejak anak2 dah besar2
Hati nak belajar beraya sendiri
Tapi...
Dek kerana kami jauh dari keluarga
Raya kami tetap sunyi
Nak kemana pun tak boleh!

Selamat Hari Raya Mak..
Orang yang pernah menunaikan haji pasti tahu kemeriahan menyambut Hari Raya Korban
Selamat Hari Raya Hajjah dan Haji...
Selamat Hari Raya Kawan2 yang juga pernah menunaikan Umrah walaupun tidak haji..
Selamat Hari Raya...

Pernah beraya sendiri
Lepas solat raya
Berdesuppp!gi Penang...
Pernah beraya di Penang..
Esoknya,pagi2 suami dan anak bujang solat raya di masjid berhampiran
Biasa je....
Tak nampak pelik cuma kami tetap sunyi..
Walaupun kelibat orang Arab merata tempat..
Orang Arab pun tak sambut raya!
Orang Arab pun buat dek je...
Kita..
Apatah lagi!

Pernah beraya sendiri
Lepas acara makan...
Terus tidur hingga ke petang!
Kerja Gila!
Orang raya segar bugar tapi..kami letih manjang...
Nak tahu kenapa?
Kami tak ada saudara mara
Kami jauh dari mereka
kami tak punya apa2 di sini..
Sahabat handai tak akan sama dengan saudara mara sendiri..
Walau sebaik mana pun
Persahabatan kita tetap ada batasan
Kita tak boleh buat sesuka hati
Kita tak boleh sesuka menganggu waktunya
Kita kena hormat kawan walaupun sebaik mana pun kita dengan nya...
Mereka juga ada keluarga
Mana mungkin mereka dapat meluangkan masa untuk kita
Bukan mereka tak sudi tapi....
Keluarga dan kita...
Pastilah kawan kita pilih orang2 yang tersayang...
Sama macam kita juga kan?

Yang pasti
Semakin jauh kita dari keluarga semakin cekal hati ini
Semakin jauh kita dari keluarga semakin kuat hati dan perasaan..
Untuk Mak..
Selamat Hari Raya
Entah bila kita akan bersama lagi..
Yang pasti...
Raya tak raya..
Kejauhan buat kita saling merindui...
Semuga kita akan dapat beraya bersama lagi..
Seperti dulu2..


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK