RUMAH KU SYURGAKU

TETIBA.....PRANG!

Aku sedang masak.Sedang leka menumis sambal untuk di jadikan menu sajian tengahari.
Tetiba...
PRANG!
Bunyi yang amat kuat!Bunyi benda jatuh dan berderaiiiiiiii
Dalam hati,apa kebenda le tu...
Tercari2 juga,namun tak nampak!
Dalam hati...rumah siapa lah yang roboh ni...
Aku keluar...
Dari arah belakang aku meninjau keluar..
Tak nampak apa2 kelainan..
Tetiba...
Aunty!rumah aunty lah!sapa jiran belakang
Aku bergegas ke tepi...
Subhanallah!soyok tepi tingkap rebah ke bumi!


Habis atap genting jatuh berderai...
Habis pokok limau sambal aku patah!
Habis pokok lily terlerai dari pasu
Subhanallah...
Awat jadi lagu ni?
Subhanallah...
Aku mencari punca...
Sah!kayu reput,kayu tak tahan lasak,kayu murah,pemaju buat kerja asal boleh!
Harga rumah...
Mak datuuuuuuk!mahal gilllla!
Paling2 koman,rumah macam aku tu yang runtuh sebelum waktunya mencecah ratusan ribu!
Kalau tak ribu raban!jangan cakap lah!
Mahal...
Tak berpatutan..
Belum pun duduk 5thn dah ROBOH!
Belum lagi cerita...banggunan senget,masa buat rumah,pekerja Indon tak pakai timbang air,mereka mungkin guna timbang mata je...
Belum lagi cerita pintu bilik air,rumah kos sederhana aku kat Johor pun guna pintu kayu!
Rumah yang aku beli ni,bilik air guna pintu jenis lipat2 je..Jika ikut ruang,memang sesuai sebab pintu lipat boleh curi ruang.Tapi..carilah yang bermutu sikit,harga rumah mahal sungguh!pintu hanya sekitar RM50 sahaja.
Kita pula yang kena ganti pintu yang sesuai,itu pun jika berkemampuan,jika tidak....pakailah pintu lipat2 sampai pencen!atau suka tak suka kena piii tukar juga sebab dah terleraiiiii..

Kejadian begini,ada banyak penyebabnya..
Jika ikut dari agama..
Tuhan nak kita ingat,tak akan kekal sesuatu tu...
Tuhan nak kita sedar,hidup tak suka sentiasa.
Tuhan nak ambil sikit duit kita,mungkin duit tu bukan hak kita.
Tuhan nak kita faham pesanan ringkas yang dia turunkan,jangan hanya dongak ke langit ,sesekali pandang ke tanah.
Tapi..
Jika ikut akal....
Pemaju guna kayu murah
Pemaju guna kayu yang tak bermutu tinggi
pemaju hanya fikir untung
Pemaju nak kaya cepat!
Pemaju jenis tak bertanggungjawap
Pemaju tak fikir buruk baik bangunan yang guna barang tak berkualiti
Dan berbagai bagai lagi alasan

Apa pun alasan.
Banyak pengajaran yang aku boleh ambil..
Sabar
Terima dengan redha
Jangan mengeluh
Jangan salahkan orang lain apatah lagi nak salahkan ALLAH
Jangan suka fikir apa yang kita miliki akan kekal lama
Jangan fikir,apa yang kita ada akan menjadi milik kita selamanya...

Subhanallah....


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK