RINDUNYA..


NAK TATAP KAABAH,NAK ZIARAH MAKAN NABI,NAK NIKMATI KEHIDUPAN DI BUMI AMBIYA...

Bila lah agaknya dapat pergi lagi..
Bila baca komen kawan2 yang dapat pergi menunaikan haji tahun ini...
hati rasa cemburu
hati rasa sayu...
bilalah aku dapat pergi lagi..


Teringat solat di tengah panas terik!
Bercampur dengan berbilang bangsa..
hati jadi sayu...
pengalaman itu sangat MAHAL!
Bukan mudah untuk kita perolehi..
Kenapa solat kat dataran?tanya sahabat
Bukan sengaja,aku ada 2 anak yang perlu di uruskan sebelum meninggalkan kepada Aina(uzur)
Waktu Zohor sangat cepat masuknya...
Ke timur ke barat...azan dah berkemundang
20 minit kemudian...
Solat bermula...
Rasa tak cukup tanah aku lari masa ni...
hehehe..
Tapi..
Dek ramainya umat manusia..
Solat di mana sahaja kita berkesempatan
Mula2 memilih juga..
Tak mahu solat di situ...
Bila pandang keliling...
Bertanya dalam hati..
Siapa aku?
Hebat sangat kah aku?
Istimewa sangat kah aku?
Pandang keliling....
Semua orang telah bersedia untuk solat namun aku masih ego untuk meletakkan diri di situ...
Aku masih memilih untuk ke dalam masjid,tapi...orang ramai dah memenuhi ruang,untuk masuk dalam saat begini.Cukup payah!

Teringat ALLAH...
Aku kena prasangka baik dengan ALLAH
Di mana sahaja aku solat atau aku berada..
ALLAH akan nampak
Jangan takut.....
Celah batu pun aku solat,ALLAH akan nampak
Yang penting...
SOLAT TU!
Pastikan betul bacaanya
Pastikan sempurna
pastikan tertib
Pastikan hati tak merewang ingat dunia
Pastikan bab tu,baru boleh fikir bab lain...
Setakat dok solat dalam masjid tapi...penyakit hati menebal!
Memutuskan silaturahim,bongkak,jahat macam hantu,takbur,sombong dan lain2 lagi...
Lupakanlah....
kalau solat di dataran tapi...hati bersih dan ikhlas
ALLAH akan lebih menyukainya

Semuga ALLAH akan menjemputku lagi
Semuga ALLAH mempermudahkan urusan duniaku
Semuga ALLAH murahkan rezekiku,untuk aku jejakkan kaki di bumi Ambiya bersama si comel2 aku tu lagi..
Bumi yang aku selalu sebut sejak dulu lagi...
Bila belajar sirah nabi,bumi inilah yang aku selalu bayangkan dalam diam..
Beranggan dan membayangkan tanpa panduan...
Semuga ALLAH beri lagi aku peluang untuk kali ke2 ke3 dan seterusnya...
Semuga ALLAH mendengar setiap impian aku...
Aamin...





Semuga kami berkesempatan bersama2,menunaikan umrah atau menunaikan haji bersama suami tersayang dan anak2
Semuga ada kesempatan bawa mak lagi!..
Seronok bila lihat mak menitis air mata tanda gembira
Seronok lihat mak berjalan menyusur kota Mekah bersama
Seronok lihat anak2 berlari2 anak kesana ke mari..
Seronok lihat anak2 solat sama2 di dalam masjid yang sama
seronok lihat suami sibuk menunggu waktu...
Seronok dan terasa besar hati ini kerana kami telah menjadi tetamunya.Dalam kepayahan,akhirnya kami sampai juga.....
kalau orang lain berkali2,tapi..kami hanya dapat sekali!
Itu pun...
telah berjaya buat kami menitis air mata bila teringat semuanya...
Bilakah kami akan ke sana lagi?

Emak kata...
Dengan izin ALLAH
Jangan lupa doa banyak2
jangan lupa mohon pada ALLAH
insyallah
Adalah....

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK