PHOTO YANG PALING BERMAKNA..

KOTA MEKAH DAN MADINAH...

Dulu2....
Masa belajar agama,ustaz selalu sebut nama tempat2 ni...Mekah,Madinah..
Masa sekolah agama dari darjah satu lagi...,Ustazah Halimah sering menyebutnya..
Masa naik tingkatan pun!,Ustaz ustazah pun selalu cerita tempat2 ini...
Masa tu,ingat lagi...aku hanya mampu tatap gambar makam nabi yang berselubung kain hijau tu..
Dalam hati...satu hari nanti,aku pasti akan sampai ke sana!
Masa tu...hanya mampu simpan anggan je..
dan harapan tak padam untuk sampai walau apa cara pun!
Madinah,Mekah,Madinah, Mekah...
Bila dengar kawan2 cerita,tak faham apa pun!
Dengar tapi blurrr..
Kawan2 bersungguh2!cerita....
AKU?
Tetap...Blurrr...
Dalam hati tetap sama,satu hari aku pasti akan sampai jua..

Tahun demi tahun...
Ekonomi masih tak mengizinkan...
Tetiba je...hujung tahun 2012...terus daftar!Duit belakang kita!daftar dulu...
Pertama kali,naik pejabat TB,hati dah mula berbunga2
Dada berdebar debar...
Tak tahu kenapa?
Bila sebut je hasrat nak pergi sana...
Pegawai bertugas mengucapkan ALLHAMDULILLAH..
Hati kembang lagi..
Lain macam rasanya,lusa ajak suami dan semuanya selesai..

Benar kata2 atau pengalaman orang lain.
sebaik kita menyebut niat untuk kesana!semuanya di permudahkan..
Duit?
Datang dari banyak sumber yang tak di jangka..
Syukur...
Mula2 nak pergi berdua,lepas tu bertiga dan akhirnya berlapan!
Seronoknya...tak boleh di ucap dengan kata2..
Syukur....

Hari yang di tunggu telah tiba..
Hari yang merupakan sejarah buatku dan keluarga..
1hb April 2013,Kami bertolak dari KLIA pukul 5 setengah dan sampai malam tu juga!
8jam dalam penerbangan,akhirnya kaki ini berjaya memijak bumi penuh barakah!MADINAH..
Tempat Nabi bersemadi..
Subhanallah..
Syukur....
Hati berbunga lagi,kali ini sudah kembang mekar!
Sampai di hotel,bersiap dan turun mencari masjid Nabawi..
Subhanallah!
Besar!
Megah!
Tersergam indah!
Bercahaya!
dan mata terus terpaku di sana...
Bangganya.....
Masjid ini sangat hebat!
Esok pagi kita solat subuh ya Mak..
mak kena bangun pagi sikit tau!pesanku pada mak..
mak angguk dan kami pulang untuk berehat setelah menempuh penerbangan yang panjang!

Pagi..
Kami menyusur perlahan...semua orang turut menuju ke arah yang satu!berduyun duyun manusia...ramai!
Sebaik nak masuk di pengkarangan masjid,terdapat penjual Al qur an...riuh mulutnya!
tapi..mutawif dah pesan,kalau nak wakaf Qur;an,jangan beli di sini,nanti pihak masjid akan ambil dan simpan.Serahkan sejumlah wang pada para mutawif,mereka akan menguruskan bagi pihak anda.Kejujuran?serah pada ALLAH je le...Tawakkallah!

Kami susuri lagi...lahan2 bersama manusia yang lain...
Masjid sebesar ini,boleh memuatkan ramai orang!sangat ramai!
Terpegun hati ini...
Subhanllah...Hebat!hebat!

Sebenarnya,jangan takut sesat.Kita ingat nombor pintu...semuanya beres!
Jangan pula masuk pintu 25 keluar pintu 15!harus!
Tapi...jangan panik!Masjid tu di tengah2 penginapan kita...pusing bagaimana pun...kita tetap berada di tenpat yang sama.Jangan risau...ALLAH ada....
Besarnya masjid ni,rasa2 kaki kita sendiri tak larat nak jalan dari hujung ke pangkal!Letih!
Aku yang sihat ni pun hampir2 kecepes!
Pengunaan kaki sangat banyak ketika di sini...
Oleh itu,sebelum pergi...berlatihlah berjalan agar kita tak mengah kemudian nanti..

Di pintu masuk...aku menunggu giliran untuk di periksa kerana kaum perempuan di larang membawa HP yang berkemera(3310 ok kot?) atau kemera.Kalau nak bawa pun ,pandai2lah untuk menyimpannya.Jika mereka jumpa,mereka akan ambil dan simpan!
Mula2 aku tekun dengan arahan,lama2 tak boleh jadi!orang lain snap gambar macam makan kacang je..
Sap!Sap!....kita juga yang melopong!
Kadang2 aku bawa juga,selit kat pinggang seluar...mereka hanya periksa beg dan jubah secara rambang sahaja.
Kadang2 masukkan dalam beg anak dara sunti,biasanya beg sandang anak2 mereka tak jengok pun!
Sepatah kata..
Ikut nasib le...
atau ikut nawaitu le...

Sebaik masuk,deretan tong air zam2 di susun rapi..
Minum Buk dulu...kata penjaga yang berbangsa Indonesia
Beri pada anak2 ibuk!...katanya lagi...
Di ajar lagi..
sapu kat muka mereka ibuk!katanya lagi...
Aku hanya menurut sahaja.
Mereka baik2 belaka.Kita tak perlu takut apa2 ketika di sana...
Mereka,mereka dan mereka!walaupun tak sama negara dan bangsa!tapi..agama tetap sama!
Penganut agama islam,pengikut Nabi Muhammad dan makhluk tuhan pencipta alam semesta!..
Sama kan?
Tiada bezanya....
Setiap kali masuk masjid,setiap kali itulah air zam zam jadi santapan,rasa rugi jika tak sudi minum...walaupun seteguk cuma.
Lagi satu,jangan lupa bawa botol kecil untuk ambil wuduk,bila masuk masjid,cukup sukar nak masuk lagi...
Tiada siapa layak untuk rizabkan tempat solat kita...pat pat siapa cepat dia punya!
Sebaik kita bangun,10 orang sedang menanti...Oleh itu,setakat buang angin,ambillah air wuduk di situ juga.Kalau nak buang hajat!tak dapat nak nolong,Keluar kaluuuuuu.....solat kat luar lah nampaknya.
Seandainya kita rasa malas nak solat kat Masjid....Jangan fikir masjid akan kosong!
Beribu orang lain akan mengantikan tempat kita!yang rugi?kita juga...
Masjid tu tumpuan manusia seluruh dunia!
orang bertali arus!Kemasukan jemaah terancang!kita keluar dari Madinah,jemaah lain sampai..begitulah seterusnya...

Sebaik sampai...hajjah!hajjah! kedengaran di sana sini...
penjaga masjid yang berpurdah hitam.berjubah hitam panjang berjela
Mereka menyusun atur jemaah agar terbina saf yang padat!
hajjah!hajjah!....
Mereka juga boleh bertutur bahasa kita sikit2,walaupun tak sefasih yang kita harapkan
Tapi...Ok lah!

Bila sampai di Madinah.jangan bazirkan masa...
solat lah berjemaah!
Sayang...
Pahalanya berlipat kali ganda!

Deretan kedai di Madinah,semua nya jual jubah,tudung dan keperluan asas wanita.
Madinah kini moden sudah!
Ada macam2!
Jangan risaulah..
Kalau dah sampai...
Semuanya bukan lagi pelik di mata kita, cuma rasa kurang senang jika terlalu sangat modennya,
Takut nanti,shooping dah jadi agenda utama kaum perempuan bila sampai di sana.

Dalam sibuk2,dapat juga menyambar sepasang dua jubah dan barangan2 lain..
Bukan apa...
Orang kata...jubah di Madinah lebih cantik dan unik dari di Mekah!
Alang2 dan sampai...beli je le...

Istimewanya Madinah,azan kemundang,para peniaga akan menarik pintu kedai,TUTUP!
Semuga gi solat....
Semua tak peduli barangan dagangan
Solat di utamakan.
istimewanya Madinah,peniaga haram pun tutup kedai!barang di bungkus atau di biarkan berselerak,tanpa khuatir di curi orang.
Istimewanya Madinah,masa solat,tiada orang berjual beli!TUTUP!

Saban hari,ada masa terluang...
Pasti photo2 ini kutatap....
Bilalah nak sampai lagi...
Urusan dunia tak pernah selesai!
Ada2 sahaja yang nak di uruskan...
ish!
Kalut betul hidup!entah bila nak reda...
bangun pagi,buat kerja yang sama...macam robot!
Ish!
kalut,kalut...
Namun...jauh di sudut hati,pasti ada masa untuk itu..
Aku Yakin!






Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK