MULUT KELU SERIBU BAHASA..


BILA DAPAT TAHU ANAK NAKAL

Subhanallah....
Sedihnya...Awal tahun,anak bujang rajin gi sekolah awal pagi..
Mula2 nampak biasa,mula2 tak fikir apa2
Lama2 terdetik juga di hati...
Kenapa pula pergi sekolah pagi2 sangat?
Tak ada apa2,jawapnya...
Masa silih berganti...
Tetiba..
Dapat sms dari guru kelas mengatakan kenakalannya
Walhal...dia seorang yang cukup baik

Pagi itu dia bawa sweater,dalam hati...mungkin dia sejuk..
Pagi itu dia pergi sekolah seperti biasa..
Tup,tup
Cikgu kata dia ponteng!tapi...baru sekali!mujur cikgu dapat kesan ketiadaannya
Cikgu kata dia nakal dalam kelas
Cikgu kata dia suka menyakat kawan2
Cikgu kata walaupun dia nakal,tapi..akhlaknya baik sekali!
Tak lokek senyum,tak berat tulang...
Semua guru akan di sapa mesra.
good boy said Mr Morgan
Dia sangat bersopan santun kata En Din
Sememangnya kamu anak yang baik
Tak keluar rumah!
Asyik terperap di dalam mahligai indah kita...
Malam kamu juga disisi ibuayah
Kamu tak keluar tanpa sebab...
Tapi..kenapa kamu perlu jadikan diri kamu bermasaalah!
Hanya kerana takut tak ada kawan?
Apalah guna kawan jika ini yang kamu dapat?
Mereka telah bebas lama!
Ibubapa mereka telah memberi lesen agung pada mereka..
Biarlah!
Mereka yang pilih untuk jadikan anak2nya begitu
Tapi...
Tidak ibu dan ayah..
Kami mahu kamu jadi insan yang paling sempurna
Biarlah kawan2 itu dengan kehidupan mereka
Jangan di cemburui
Jangan di rasai kekurangan diri hanya kerana....
Kamu tak bebas seperti mereka

Aduhai...anak2 ..
Jangan buat begini,ibuayah sayang kamu...hari2 nasihat,hari2 nasihat!
Pantang celik mata...nasihat pagi petang siang malam!
Pantang nampak kelibat..
belajarlah,pelajaran perlu untuk masa depan,jangan lawan2 cikgu,jangan buat perkara yang bukan2..bla,bla,bla...
Nasihat anak tanpa jemu!
Hari2!tak pernah sekali terlepas pandang.
Jika tak pandai...kita usaha jadi pandai
ALLAH jadikan kita semua sama wahai anakku
Kita ada otak sama macam orang lain,mengapa orang lain boleh buat tapi kita tidak..
Nak tahu kenapa?
Sebab kita malas...
Tak mahu usaha..
Tak mahu susah!
Suka berhibur....
itu sebab kita tak pandai,bukan ibu tak bantu,doa,tuition...semua ibu buat.Tapi...kamu tetap sama!
Nak tahu kenapa?
Sebab kamu malas
Tak pandai bersyukur.....
Bab bersukaria,serah kat kamu..
Ibu kesian..hidup kamu panjang lagi..
Masa depan kamu lebih mencabar!
Buat kami..
Entah esok entah lusa,bakal di jemput Tuhan...
Kami tak bawa apa2,hanya mengharap doa dari anak2 yang soleh dan solehah

ALLAH kurniakan kamu sebagai amanah untuk kami jagai
Oleh sebab tu kami wajib mendidik kamu sebaik mungkin,pastikan semuanya yang terbaik!
Marah bukan benci tapi tandanya kami sayang
Masih ambil berat untuk jadikan kamu manusia berguna itu bukan busy body..
Kasih sayang semua ibubapa tak pernah berbelah bagi
Kalau boleh,bintang di langit ingin kami hadiahkan pada kamu
Sebagai lambang kasih sayang yang sangat ikhlas..
Tapi...
Kamu sendiri yang terlalu mengikut hati
Ingin bebas seperti burung
Untuk apa?
Burung ada tugasan sendiri
Manusia juga begitu...
Kamu dilahirkan untuk menjadi khalifah yang sempurna,menegak islam di dunia
Kami cuba dan cuba...untuk berjaya..
Jika kami gagal,itu bermakna kami tak memikul amanah tu dengan baik!
ALLAH pasti murka..
ALLAH pasti tak suka..
Kerana kami tak berjaya!

Hidup ini penuh pancaroba!Wahai anak..
Hidup ini penuh dengan cabaran!
Jika kita tak berani nak meredah!
Kita akan ketinggalan jauh kebelakang..
Kita harus bangkit dari kegagalan,jika ingin berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan orang lain
Kita tak boleh ikut kawan2,mereka punya hala tuju tersendiri
Kita harus jadi diri sendiri
Kita harus fikir akan masa depan sendiri
Kawan2?
Mereka akan tinggalkan kita..
Sendirian....
Jika kita mati sekali pun!kita juga sendirian...
Tiada yang sudi temankan.Tiada yang sudi untuk sama2 di tanam..
Sedihkan?
Kita sia2kan hidup kita dengan kawan2 yang melekakan...
Walhal..anak ibu punya kehidupan yang lebih baik daripada mereka...
Hargailah setiap kesempatan yang datang..
Bukan mudah untuk berjaya jika kita hanya menanti tanpa usaha
Bukan mudah untuk jadi cemerlang jika kita hanya dok beranggan
Bangunlah dari tidur yang panjang...
Ubahlah jika ingin melihat dunia
Ubahlah jika ingin mempunyai isteri secantik Puteri Raja!
Ubahlah jika ingin memandu kereta mewah!
Ubahlah jika ingin rumah bak istana!
Ubahlah...jika ingin lihat mata ibuayah tertutup rapat rapat...
Ubahlah...
Demi sebuah kehidupan yang paling sempurna.

Ibu tak mahu marah2
Ibu tak mahu pukul2
kamu dah besar....
Kamu pastinya tahu untuk menghargai setiap kebaikan yang di beri..

Apa yang kamu perlu tahu...Kami sangat menyayangi kamu
Dan tak sanggup melihat kamu kecundang
Ingat pesan Ustaz...
Ingat cakap ustaz buat ibu terima seadanya...
Ibu rendahkan diri untuk menjaga sekeping hati agar tak rosak di kemudian hari...
Berubahlah.....

Semuga kamu akan menjadi anak yang soleh
Semuga kamu akan menjadi insan berguna untuk agama bangsa dan negara
Semuga kamu akan mendapat keredhaan yang Esa
semuga kamu akan menjadi manusia yang ALLAH sayangi kerana ketakwaanmu..







Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH