MATI MAKAN KENDURI?

CATATAN KE 299
MENAKUTKAN!

Riuh orang memperkatakan mengenainya...
4 maut dan 200 orang masih dalam rawatan,selepas makan kenduri kahwin di Sungai Petani.
Tak berbaloi baloi...
Bagaimana boleh terjadi?
Sangat menakutkan!

Jarang berlaku..
Rasa2nya inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di Malaysia.
Setakat sakit perut,itu normal
Setakat cirit birit,itu juga normal
Tapi...
Sampai mati!
Inilah kejadian pelik tapi benar...
Berlaku di utara tanah air..
Berlaku di Kampung Huma,Tanjung Dawai,Sungai Petani,sabtu lalu...

Makanan di majlis kahwin sememangnya lazat2
tapi.....
sampai mati!sesuatu yang benar2 menakutkan.


Punca?
Ayam masak merah
Ayam yang di kesan telah busuk dan mengandungi Bakteria Salmonella
Bagaimana tukan masak boleh tak tau...
Ayam busuk,ikan busuk...
Semuanya boleh di kesan awal
Selain warna,bau juga akan terbit dari makanan mentah tu...
Bagaimana tukang masak boleh tegar membiarkan...
sehingga membawa kepada kematian...
KERJA GILA!

Inilah padahnya,jika buat kerja tak ikhlas....
Inilah padahnya,jika nawaitu nak untung je...
Akhirnya...
Rugi dan menyusahkan orang lain.

Dengar2..
Kena khianat!
Betul ke?
Entah!harap tak ada orang yang punya hati sebusuk itu.
Harap2 lah...
Mungkin juga dengki sebab tak dapat kahwin dengan salah satu pengantin tu..
Mungkin lah...hati orang kita tak tahu...
Mungkinlah...marah orang pun kita tak tahu...
Yang pasti...jika sampai MATI!
Itu sudah melampau!
Ada ke orang begitu?
Jika ada...
Pastinya hatinya hitam legam!
Marah sehingga hilang pertimbangan.Tapi..itu kemungkinan aje...
Itu hanya agak agakkan sahaja..
Mudah2an..semua tu tak benar..

Weh!..jangan nak gossip2!
Sebab musababnya adalah

Menerusi sumber berita, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat ada menjelaskan punca sebenar ‘ayam masak merah’ menjadi penyebab kematian. Jelasnya, bakteria salmonella dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Selain itu, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Menurutnya lagi, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak. Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik. Keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. 
Jangan nak mandai2 nambah cerita ya....

Awas jika anda ada mengalami
Tanda2 seperti berikut
Demam
Sakit perut yang memulas
Muntah2
Cirit birit
dan
Pengsan!
Sah!anda perlu ke hospital segera.

kepada semua sila beri perhatian...
keracunan makanan boleh bawa maut!
Hati2 jika nak menjamu selera di luar atau di majlis kahwin..
hidu makanan tu..
Kalau lain macam je...
bangun dan pulang!tapi..sebelum tu...piiii lah salam tuan rumah,paling bagus,kalau bagitahu tuan rumah mengenai bau kurang enak di lauk pauk tu...
kalau tinggal je,tak baik lah pula...jatuh berdosa kerana pentingkan diri sendiri.
Macam kita nak sihat sorang2!orang lain biar piiiii...
Tak baik gitu..
buruk perangai kata orang tua2.

kepada mangsa dan keluarga mangsa
Takziah di atas bencana ini
semuga menjadi pedoman di masa akan datang...
Tak tahu nak salah kan siapa...
Inilah dia qada dan qadar...
Ada hikmah di sebalik kejadian..
Kita pun adakalanya,buat perkara yang sama..
Beli ayam bau tak enak pun masih ada usaha nak guna juga.
Memandangkan nak jimat tapi lain pula jadinya..






Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK