KOPITIAM @ KEDAI KOPI

CATATAN KE 290
HALAL ATAU HARAM?

Dulu2..
aku hanya kenal Old Town White Coffee sahaja
Adik yang perkenalkan kedai ini
Ada berbagai2 menu masakan tempatan
Nasi lemak,laksa,mee siam(bee Hoon) dan lain2 lagi..
Bila makan...
Kami pasti pilih roti bakar sahaja
Rasanya?
Oklah.....
Kebetulan aku jaga pemakanan
Ada minuman yang di jual bersesuaian dengan selera
Tak manis dan selamat untuk orang macam aku
Dulu2..
Kedai kopi ini hanya ada di Ipoh dan bandar2 besar sahaja
Sekitar tahun 2009,kalau tak silap lah..
Kedai ini di buka di Pekan kecilku
Kedai harapan untuk bersantai bersama kawan2

Kat pekan kecil ini,tak ada hiburan..ada kopitiam Melayu tapi..buka pukul 8.30 pagi,tutup awal pula..
Ada kopitiam lain2 tapi...meragukan pula
hanya kopitiam ini sahaja yang rasa2 nya di jamin atas sebab
1)Dapat liputan meluas,iklan masuk TV diwaktu puncak!
2)Dah cuba mendapat kepastian status dan mereka dengan senang hati menunjukan bukti permohonan sijil Halal
3)Para pekerjanya terdiri daripada bangsa melayu islam,baik tukang masak hingga ke ketua kedai(pengurus)
4)Dah call jabatan agama islam untuk kepastian dan jawapannya HALAL
5)Dah tertera tanda HALAL di dalam kedai dan di luar kedai.

Walaupun gembar gembur mengatakan tidak halal,tapi...hati tetap yakin kerana....
Jika tak halal,pihak berwajib mesti dah tahu dan declare NON HALAL di pintu masuk kedai.
Jika tak halal,pihak berwajib mesti dah tau pada hari pertama permohonan lesen perniagaan.
Jika tak halal,pihak berwajib mesti dah dapat hidu kerana dah tentu itu skop kerja mereka.
Apatah lagi...
Tiada arak di dalam kedai jika di banding dengan kedai2 yang terang2 jual arak dan di minum secara terbuka
Jika kopi menjadi masalah,mengapa baru kini sedar setelah sekian lama kedai ini beroperasi?setelah 7 keturunan kedai ini berkembang dari kedai di Kampung hingga maju sampai ke bandar?
Jika ayam menjadi masalah mengapa pihak berwajib tidak mengambil tindakan?
Pihak berwajib mempunyai bidang kuasa yang luas untuk membuat serbuan.
Pihak berwajib yang sepatutnya pantau soal ini,dah memastikan statusnya serta menyegerakan tindakan jika ianya benar2 meragukan.

Assalamualaikum Ustaz..salam aku tujukan pada Ustaz Niq
Wa'alaikumussalam...sambut suara lelaki yang di panggil Ustaz Niq
Ustaz,saya nak tau mengenai status old Town White Coffee,samada Halal atau Haram?kataku
Kami dah pergi buat pemeriksaan...
1)Mereka ada memohon untuk cop Halal
2)Kami telah menjalankan proses biasa..
Samak semua peralatan
Memastikan makanan mentah dari pembekal yang tak meragukan
Memastikan mereka tidak membekalkan apa2 jua barangan yang haram
Memastikan mereka mengikut syarat2 yang di tetapkan
Memastikan mereka sentiasa bersikap jujur dan menghormati pelanggan islam dengan menyediakan makanan yang Halal semata mata.
Setiap rungutan pelanggan kami ambil kira dengan datang sendiri meninjau keadaan sebenar..
Tapi...
Itu semua hanya mungkin mereka ikut di hadapan kita sahaja!
Di belakang?
Itulah masalah yang kita bimbangkan
Hanya....
Kami mengharapkan kerjasama dari pelanggan
Jika ada sebarang keraguan,sila telepon kami..pesan Ustaz lagi
Tapi..
Ustaz,yang paling saya rasa terkilan,mengapa masih ada yang mempertikaikan statusnya?seolah2...mereka tak yakin dengan pengesahan Jabatan Agama Islam?Kata aku lagi
Terpulang pada mereka,tapi..kami telah melakukan tugas sebaik mungkin jawap Ustaz Niq
Kalau begitu,terima kasih ya Ustaz...lega hati saya mendengar jawapan ustaz kataku sebelum mengakhiri perbualan.

Aku yakin Kopitiam yang selalu aku duduk2 tu Halal!
Aku yakin kerana ada pekerja dan pelanggan terdiri daripada bangsa melayu. beragama islam.
Aku yakin kerana kopitiam ini diberi ruang iklan di waktu puncak!seolah2 kewujudannya tidak menganggu masyarakat setempat.
Dan
Aku yakin....tiada yang di ragukan kerana sebagai peniaga besar,kesilapan lalu adalah penunjuk arah kepada kejayaan yang lebih besar lagi.
Mereka ada perancangan yang lebih baik lagi
Aku sangat yakin!
kerana...aku hanya minum air dan makan roti sahaja!





Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK