KENANGAN MENGUSIK JIWA


BUKAN MANUSIA TAPI...SEBUAH KERETA..

Suami membelinya pada tahun 2007
Sebuah kereta berwarna hitam,besar dan gagah di jalanraya
Kami beli kerana ahli keluarga bertambah kini...
Sesuai untuk kami sekeluarga..
Sesuai untuk orang berkeluarga ramai
Ada ayah,ada ibu,ada anak2 dan ada bibik!
Sangat sesuai walaupun nampak macam sarat barat je..

Kami bersamanya hampir 7thn
Kami menjaganya dengan penuh kasih sayang...
Jadual penyelenggaraan kami ikut tanpa culas sekali pun
Kami sayang kerana kami mahu dia memberi perikhdmatan yang baik pada kami
Apatah lagi...kami gunakan ia untuk Utara ke Selatan dan Selatan ke Utara
Sangat lasak!
Sangat berguna!
dan tak pernah mengecewakan...

Untuk menukarkan kepada yang lain,kami berfikir panjang...
Aku yang rajin membelainya
Menghantar untuk polish agar warna hitamnya cantik berseri...
Pergi tukar semua alatan lama kepada yang baru agar dia boleh bersama kami selama2nya
pendek kata....pantang berbunyi,pasti akan ku hantar ke bengkel bagi mengetahui sebab musababnya..

Tetiba...
Atas desakan nafsu,kami menukarkan ia kepada kereta jenama lain
yang lebih gagah!
Yang lebih 'berprestige' yang lebih unggul dan yang lebih ekonomi
Kami memandunya tanpa kesal di hati...
Tapi...
Pagi tadi..
Dari jauh aku lihat sebuah kenderaan yang serasi bersama
Hati terdetik
Macam kereta aku lah!
Kereta hitam menjalau di depan mata
Hitam berkilat!
Cantik sungguh!
Dengan gagah membelah jalanraya
Sah!kereta yang pernah membawa kami kesana ke mari...berada di depan mata!

Sayunya hati....
Betapa untungnya tuan kereta yang baru
Kereta yang aku belai sudah bertukar tangan
Sudah bukan milik ku lagi
Menangis pun tak akan boleh memusing waktu
Yang pergi tak mungkin akan kembali..

Yang pasti,harap aku tak akan jumpa ianya lagi
Cukuplah sekali dan harap tak akan kedua kali...
Hanya menambah penyesalan di hati...
Kerana membuangnya jauh dari hati....

Walaupun bukan manusia hanya sekadar jentera
Tapi...dek sudah lama bersama
Rasa sayang tetap tersimpul di hati...
Bayangkan?
Sekadar jentera pun kita sudah terasa
Apatah lagi jika hilang sesama manusia...

Sebab itu..
Hargailah apa yang kita miliki sebelum dia pergi dan tak mungkin kembali...
Hargailah apa jua yang kita miliki walaupun hanya sekadar basikal tua...
Kerana
Jentera itu telah berbakti separuh hidupnya hanya untuk kita...



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK