HUJUNG MINGGU...

CATATAN KE 305
KAMI HABISKAN BERSAMA ANAK2

Saban minggu turun ke KL
Jumpa anak2,bawa makan2
Mereka suka..
Kerana hanya dengan kami,mereka boleh order makan apa sahaja!

Anak sulung sibuk sangat.Tak boleh balik rumah sebab ada kerja setiap hujung minggu.
Aktiviti yang aku sendiri tak sangka2
Menjadi sukarelawan di Muzium Negara
Ceh...ceh...ceh...
anak yang dulu2 aku tatang bagai minyak yang penuh dah pandai buat keputusan sendiri
Melakukan sesuatu yang dia sukai bagi mengisi ruang yang kosong.

Selama 16 minggu,pada setiap hari sabtu
Dia kena menapak ke Muzium untuk belajar mengenai sejarah lama
Minggu lepas sejarah Melaka
Minggu lalu sejarah Negeri Johor dan dengar2 minggu akan datang sejarah Perak pula...

Ibu!nanti ada trip gi Perak,kitaorang kena belajar dan kaji sejarah2 lama Negeri Perak
Katanya untuk minta persetujuan dari aku mengikut trip tersebut
Boleh...asalkan tak ganggu waktu kuliah.Belajar kena,belajar wajib..tak lulus ibu kerate !kataku
Anak gadis diam membisu.Mudahan2 dia tahu apa yang dia patut dulu kan...
Yes!pelajaran lah!tanpa pelajaran tak mungkin kamu layak untuk memperkatakan mengenai sejarah pada para pengunjung.Ingat tu...

Anak gadis kedua juga sibuk!
Tak dapat balik,apatah lagi bila bersendirian
Penakut sikit,mungkin baru lagi kot?
Kalau balik pun,nak ikut pengangkutan paling mudah iaitu ETS(keretapi laju)
Amboi...amboi...ingat aku tak ada kerja ke?kena ambil dia di Kg Gajah yang memakan masa selama 1jam hingga 2 jam bergantung pada keadaan lalu lintas!kalau kereta banyak,Sah!2 jam baru sampai...
Anak2...macam2 hal!
Berbakat untuk melakukan kerja amal
Apa jua kerja yang melibatkan kemasyarakatan..
Unjuk kan dia je...pasti kecil tapak tangan nyiru dia tadahkan..
Dengan tangan luas mendepang...dia sudi membantu walaupun tanpa upah!
Itulah dia orang nya...

Bila berjumpa,macam2 cerita di kongsi bersama
Yang sulung kata mengenai kegiatan dia
Yang ke2 asyik dengan rakan2nya sahaja
Paling terbaru...ada rakan yang MURTAD!
Apa?
MURTAD?
Sesuka je,dia menyebut perkataan tu...
Meremang bulu roma,berderau darah menyrap ke muka..
PANAS!
Kenapa?tanyaku
Ikut BF Cina...katanya
Mana tau?aku bertanya lagi
BF dia cerita dalam intergram...katanya lagi
Ooooo.....itulah yang ibubapa takut,terpengaruh!walhal, ilmu agama dah di ajar sejak kecil lagi,apatah lagi..datangnya dari Kelantan yang di kenali sebagai serambi mekah!
Apa nak jadi lah.....mengarut betul!baru beberapa bulan,hati dah berubah.Bukan berubah dari segi penampilan,tapi...akidah diri.Ish,ish,ish...mengarut sungguh!

Jangan ikut perangai buruk tu...pesanku
Anak hanya mengangguk...
Kalau boleh jangan banyak cakap dengan dia atau berbetah2 dengannya jika tak tahu nak mematahkan hujah.
Rujuk pada orang yang arif
Rujuk pada individu yang bertanggung jawap!

Minggu lepas,tudung kepala dah tertanggal katanya lagi
Subhanallah....sampai begitu sekali taksubnya pada cinta,bukan bertahun2 kenal,baru beberapa bulan.Kalau tak silap,sejak pertengahan bulan june.
Subhanallah...kenapa cepat sangat dia tanggalkan akidah diri?hanya gara2 bercinta dengan lelaki asing.
Sangat menakutkan,sangat menakutkan....

Semuga anak2 tak mudah terpengaruh,berjaya bagaimana pun!Ingat ALLAH,ingat Rasul,ingat ibubapa....
Jangan lakukan semua tu,kita ada agama yang terbaik!
Kita dah di asuh sedari kecil,bukan langsung tak di ajar...
Janganlah...
Tolong...
Janganlah.....
Ibu mahu kita sama2 mati dalam iman,kita sama2 mati dalam islam.
Aamin...



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK