DOA IBU...

DOA ANAK...

Sebagai seorang ibu@emak@umi@mama@mami atau apa pun gelaran kepada seorang wanita.
Mereka adalah sama
Perasaan mereka tetap sama
Kasih mereka tetap sama
Sayang mereka tetap sama
Tiada beza,tiada batasan
Mereka tetap sama hingga akhir hayat
Kecuali.........
Jikalau mereka patah hati...
Di kala ini,bukan benci tapi tekad!
Jangan di sangka tangan yang mengayun buaian boleh mengegarkan dunia!
Jangan di sangka seorang ibu yang tampak lembut boleh menjadi HULK!
Dek perbuatan anak2 dan jangan terkejut jika mereka mampu...
melupakan segalanya tanpa menoleh lagi ke belakang.....

Lain kali...jangan le fikir bukan2 pada emak,kasih sayang emak pada semua sama je...
bila dengar suara Angah mak menangis
bila dengar suara Acik mak juga menangis
bila dengar suara Uteh,mak turut menangis...
mendayu dayu tangisan mak...
Sedih...

Bila di tanya...
kenapa mak?mak hanya akan mengeleng kepala.Mak akan diam tundukkan kepala.Itulah yang kerap di lakukan oleh seorang emak @ ibu.
Kalau tak ada apa2,mengapa menangis?mak tetap akan diam dan memandang jauh ke depan...
kalau tak ada apa2,mengapa mak diam?mak tetap akan membisu seribu bahasa.Itulah yang kerap di lakukan oleh seorang mak @ ibu

Nak tau mengapa?
Ada anak2 yang suka cerita susahnya
Ada anak2 yang suka mendayu2 seolah olah hidupnya sangat derita,walhal....hari2 gembira,hari2 ketawa..
Ada anak2 yang suka menarik perhatian dengan ucapan..mak tak sayang saya,mak sayang si polan atau sipolan...
walhal...bila kita dah jadi ibu atau emak...
Perasaan tu tiada!
Perasaan itu hanya akan ada..bila ibu atau emak telah patah hati!

Wajarkan seorang ibu patah hati?
Aku rasa...
Wajar...sangat wajar..
Perasaan itu pasti berlaku....
Bila anak2 tak mendengar kata
Bila anak2 membelakangkan mereka
Bila anak2 menconteng arang ke muka mereka
Bila anak2 telah membuangnya jauh dari sudut hati...tak sempat nak menjengok barang seketika,tak sempat nak telefon barang seminit dua....bila susah!insan ini lah berada di samping.
Emak atau ibu akan sentiasa berada di sisi anak2 di kala gembira atau berduka.

Lain kali...kalau berbual dengan seorang mak,cakaplah yang baik2
Lain kali...kalau bercakap dengan seorang mak,cakaplah yang bahagia je...yang derita2 simpan dalam gobok!
Lain kali..kalau bercakap dengan seorang mak,cakaplah yang ceria2 walaupun hati kita mendung selalu...
Tiada untungnya bercakap dengan mereka, mengenai masalah kita,emak tak akan dapat buat apa2!
mak sekadar mampu mendengar tapi tak akan dapat melakukan apa2 pun!
Apa yang kita ceritakan itu hanya buat emak atau ibu susah hati!kalau mati.....mata celik kata orang2 lama..
Apa yang kita cerita hanya akan buat mak terbeban!walhal....bila kita suka,kita tak bawa mak sama....kita pinggirkan jauh2!
Bila kita makan enak2,ada ke kita bawa mak sedikit seperti mak buat kat kita dulu2?
Bila kita beli baju cantik2,ada tak kita belikan mak sepasang dua?seperti mak buat dulu2?
Tak ada kan?
Kita tak terfikirkannya pun...
Kita hanya beli apa yang patut sahaja.
Kita tak akan mampu menyayangi mak seperti dia menyayangi kita...

Bila kita solat,ada tak kita doakan untuk mak kita?
Mungkin ada mungkin tiada....
Tapi..nak tau tak?
Semua mak kat dunia ini,sentiasa mendoakan anak2 semuga berjaya dunia dan akhirat.
Setiap solat,emak atau ibu tak lupa berdoa agar anak2 menjadi manusia terbaik dan selamat di dunia dan akhirat.
Kejayaan anak2 di belakangnya ada doa seorang ibu.
Tiada emak yang akan sanggup lihat anak2 berduka,menderita...
Tapi...
ada anak2 yang sanggup biarkan emak terbuang
ada anak2 yang sanggup biarkan emak dok bawah jembatan
Banyak sangat!
takut bila fikirkannya...

Sebagai seorang emak atau ibu,setiap detik masa berlalu ,dalam hati mereka ada ALLAH,RASUL,SUAMI,BUBAPA dan ANAK2 sahaja.
Sebaik sahaja di ijabkabulkan...
Seorang ibu atau emak akan mengorbankan masa demi keluarga.Agenda diri telah lama di kuburkan.Tiada lagi kawan2 untuk minum kopi,tiada lagi masa untuk berdandan.Sibuknya mereka dari tumit rata,merah jadi kematu!macam kertas pasir...
Seorang ibu akan menjadikan rumahtangga bak syurga
Bertungkus lumus untuk memastikan semua TIP TOP!
Tapi...
Peranan kita?
Hanya mampu menyakitkan hati
Hanya mampu buat mak sedih
Hanya mampu buat mak mengeluh kesah..

Sebagai anak soleh dan solehah,buatlah baik terhadap ibubapa selagi mereka hidup,setelah mereka pergi...terputuslah doa2 yang selalu mereka beri untuk kita..
Layan lah mereka sebaik mungkin,tunaikan hajat mereka
Selalunya seorang ibu tidak akan meminta sesuatu di luar jangkaan akal kita
Mereka tak mahu apa2 pun dari kita
Yang mereka amat perlukan hanyalah perhatian,kasih sayang dari kita semua...
Berubahlah selagi nyawa di kandung badan
Berubahlah demi seorang ibu tua....













Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK