CELOTEH ANAK

MUZIK,MUZIK DAN MUZIK

Ibu!saya nak belajar musik?kata Aaliya pada satu hari
Seperti biasa saya akan jawap
OK!

Itu soalan kelmarin
Esoknya..
Ibu!bila saya boleh belajar muzik?tanyanya tanpa jemu
Seperti biasa saya akan jawap
OK!

Esoknya lagi...
Itulah soalan yang dikemukakan..
Hingga timbul pertanyaan dalam hati..
Minat sangat ke?

Bincang dengan suami...
Ok sahaja untuk si gadis cilik ni...
Tak bantah jika si anak minta apa sahaja

Ayah!saya nak makan ais cream Baskin Robbin
Ok!
Ayah!saya nak makan KFC!
OK!
Tapi sekadar itu sahaja.
Setakat ini tiada permintaan yang melebihi pemikiran kanak2nya.

Semalam...
Ibu!bila nak bawa saya pergi kelas muzik?tanya lagi
OK!
Terus membelokkan kereta ke Pusat Muzik berhampiran.
Adik nak belajar apa?tanyaku
Saya nak belajar (sambil menunjukan aksi sedang meniup sesuatu)
Oooo...alat yang tiup2 ke?tanyaku
Dia mengangguk sahaja.
Tak mahu lah!nanti bibir tak boleh pakai lipstik.Adik kan suka cantik2...kalau tiup alatan muzik tu...mulut adik jadi macam ni..(sambil menunjukan bibir yang muncung ke depan)
Tak mahu lah!saya tak mahu belajar muzik tu....saya belajar piano lah!katanya
Senang je.....boleh tukar2 minat hanya nak kelihatan cantik selalu.
OK...

Daftar dan mula belajar 2 minggu dari sekarang!
Jangan hangat2 tahi ayam ya anak dara.....
Ibu pelangkung dengan piano nanti...

Aku melayannya  bukan kerana dia tuan!
tapi sekadar mengisi masa terluang.
Aku melayannya bukan nak jadikan dia pemuzik!
tapi sekadar memberi dia ilmu selain ilmu akhirat.
Semua dia dapat menafaatkan ilmu yang bakal di perolehi kejalan yang di redhai...


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK