BILA LELAKI BASUH PINGGAN

CATATAN KE 311
PELIK ATAU BIASA?

Bila lelaki basuh pinggan atau buat kerja2 rumahtangga
Pelik atau normal?
Kalau tanya lelaki yang biasa..
Mereka akan jawap..
Biasa bro!
Kalau tanya lelaki yang makan tidur makan tidur...
Mereka akan jawap..
POYOS!!!

Nak ikut kan hukum alam atau hukum tuhan
Sebenar lelaki lah yang kena lakukan semua tu!
Tapi dek tak berapa nak pandai
Semuanya di letak di bahu si isteri..
Dulu2 masa kursus kahwin kan dah belajar...
Para suami kena memasak,membasuh,mengemas rumah dan 1001 macam kerja rumah tangga lagi...
Isteri hanya keluarkan anak,jaga anak,jaga suami dan paling seronok...
Solek solek,dandan diri dan dok macam ikan duyung di kerusi sambil tunggu suami pulang..
Masa tu lah...isteri wajib tanya
Abang nak makan ke nak tidur?
Pastinya....
Suami akan jawap.....
Nak tidur sambil senyum2 gatal...
Atau..
Abang nak makan ke nak tidur?
Masa tu...kat fikiran suami pasti...makan apa ke bendanya?aku baru je masuk rumah!
Adussssss!banyak keje le pulak!
Nak fikir lain2 pun pasti nak nyempat bro!

Hakikatnya....
Itu lah sepatutnya..
Itulah yang di ajar pada para isteri.
Jika isteri buat semua kerja hingga licin licau!
Itu bonus untuk suami...
Tapi..
Jangan le nak macam2!
Isteri kat rumah,adakalanya nak sikat pun tak nyempat!
Dari celik mata hingga tutup mata!
Kerja,kerja,kerja....
Adakalanya isteri2 kat dunia ni...
Nangis sendiri...mendayu2 tanpa di sedari oleh para suami..

Kalau dah penat,tak payah lah buat..itulah ayat si suami
Tapi...
Siapa nak buat?
Grrrr...

Jika suami tak mampu nak buat semua tu..
Pembantu rumah terpaksa di beri agar ringan beban sikit
Tapi...
Itu semua hanyalah hukum yang bertulis,tak ada maknanya jika tak berkemampuan..
Oleh itu...
Para suami perlu bersyukur...
Rumahtangga mengalahkan geleri
Dari luar hingga ke hujung rumah....Tip!Top!
Mengalahkan rumah ada 10 pembantu!
Itu semua di lakukan oleh para isteri dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang!
Tapi...
Kecewanya hati...bila selesai semua,baru nak letak punggung kat kerusi
pandang keliling..
Dah macam kapal karam!
walhal...baru sat....
Cantik,kemas dan berseri.....
Bila sampai tahaf ni...
Para isteri akan mula....
Tarik muka masam mencuka!
Tarik muka 14!
Dan hilang mood untuk segalanya..
HUH!
Tak baik merungut,tak dapat pahala nanti
Suami memang pandai cakap!
Mula2 semua isteri nak pahala!tapi..lama2 dah tak kisah!
Dah tak peduli!penat belum hilang....
dah bersepah balik!
Sakitnya hatiiiii....

kelmarin...
Seorang lelaki merangkap suami dengan penuh bangga berkata
Saya basuh pinggan!
Apa?
Saya basuh pinggan yang banyak tu...(kebetulan tak ada air)
Apa?antara suka dan terkejut dek sedang tidur...
Saya basuh pinggan.........tapi...berlecak sikit,air tumpah masa saya tadah tadi..
Oooooo.........malas nak fikir,pandang jam menunjukan pukul 12 malam...
Dalam hati....
Suka ....sebab pinggan tu memang banyak dan telah di cuci olehnya
Duka...sebab dia kejutkan tidurku..
sakit hati...bila dia kata macam tu!apa yang peliknya....
Dah memang kerja dia!lagi banyak cakap!
Citttt!
21thn kahwin....
Mungkin inilah kali pertama dia basuh pinggan banyak daripada satu!
Mungkin inilah kali pertama dia lap lantai sebab air melimpah ruah!
Mungkin inilah kali pertama dia bersihkan dapur,itu pun sebab dia memang suka buat benda2 yang bukan2
Mungkin inilah kali pertama dia rasa nikmat basuh pinggan sambil main2 sabun!
Apa2 pun...
TERIMA KASIH LEEEE WAHAI SUAMIKU...
Zzzzzzzz



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK