BILA KITA DI ATAS...


CATATAN KE 304
SESEKALI PANDANG LAH KE BAWAH..

Meluangkan masa bersama seorang sahabat lama...
Sejam dua mendengar keluh kesah hidupnya.
Nak kata kesian....
Tak boleh juga...
Kerana ada hikmah pada setiap kejadian
Nak kata tak kesian...
Tak boleh juga...
Sebagai manusia,kita wajib ada rasa belas pada orang lain
Kita tak boleh perasan kita bagus sangat!
Kita tak boleh fikir nasib kita baik sempurna!
Kita tak boleh fikir...
piiiiii...lantak lah!
Tak boleh!kita tak boleh buat begitu.

Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu:
Redhanya dalam taat
Murkanya dalam maksiat
Namanya yang maha agung dalam Al Qur an
Lailatur Qadar di bulan ramadhan
Solat yang paling utama di dalam solat(yang 5 waktu)
Tarikh kiamat didalam semua hari

Hidup kita semuanya di atur dengan baik,ada sebab musabah pada setiap musibah yang datang.
Kenapa hidup kita susah sentiasa
Kenapa kita gagal dalam setiap perkerjaan
Kenapa kita gagal dalam kehidupan
Dan 1001 macam kenapa lagi!

Bila bercerita,sahabat lama mengalirkan air mata
Antara sedar atau tak...
Air mata bergenang di mata tuanya.(hehehe...macam le aku tak tua!)
Tapi...dia lebih sikit nampak tua daripada aku kerana....
kepayahan dan kekecewaan yang dia hadapi.

Siapa yang nak hidup susah?aku dah tua....umur aku dah banyak,aku nak juga macam isteri2 yang lain,ada kehidupan,ada rumahtangga yang sempurna,apatah lagi dengan kencing manis yang tak terkawal ni...keluh sahabat
Kau ada kencing manis ke?tanyaku
Ada....aku sakit tapi...aku redha,aku berserah pada ALLAH je...katanya lagi
OOOOOOooooooooo banyak sungguh dugaan kau,sedih pula aku nak mendengarnya.
Tapi...kau kena sabar,solat jangan tinggal..pesanku ikhlas
Betul...kalau aku tak ingat ALLAH,pasti aku dah gantung diri!katanya lagi...
Jangan le sampai macam tu!tak ada masalah yang tak boleh di selesaikan,tenang dan anggap semua tu dugaan dari ALLAH..kataku padanya
Dengan usia tua,dengan wajah yang telah di mamah usia,dia yang masih togel kepala,tetap berharap agar ALLAH beri kejayaan dalam perniagaannya.Memberi rezeki untuk meneruskan hidup!
Tapi...bagaimana?jika tiada usaha...
Suami?tanyaku spontan
Entahlah...malas aku nak cerita pasal suami aku tu...buat nambah dosa je...jawapnya
Tak mahu buat dia sedih,topik bertukar...

Dulu2,dia bukan kawan aku,
Dulu2,aku hanya sekadar melihat dari jauh..
Dulu2,aku tak pernah makan rehat atau melakukan sebarang aktiviti bersama..
Tapi....
Sejak 2011,kasih sayang sesama insan bertaut semula.
Jumpa dia dan mula menyelami hatinya
Orangnya tinggi lampai,cantik bergaya walaupun sudah tua,suka duka hidupnya macam cerekarama!
Al maklum...kerjayanya sebagai pengedar produk(MLM)membuatkan dia begitu prihatin untuk bergaya selalu tapi...poket kosong!
Orangnya sentiasa senyum walaupun gigi dah tertanggal 1!
Orangnya kalau bercakap suaranya kuat dan itulah identiti yang buat aku masih mengingatinya.Suara garau dan nyaring.Pernah jadi mata2 cikgu,pernah jadi spy cikgu....utk mengawasi kami(pengakuannya ketika jumpa di majlis kami)
Oooo...patutlah,ada kwn2 yang kena tangkap dengan cikgu rasa terkilan sebab hal remeh temeh pun cikgu dapat tau!rupa2nya ada spy dikalangan mereka.
Ada dengar kisah hidupnya melalui sahabat baiknya.Tapi..cerita itu akan buat kita tak pandang wajahnya.Cerita itu mengambarkan sesuatu latar belakang yang sangat buruk!
Tapi...buat aku...
Kesian...
Untuk hidup,dia terpaksa menipu,demi sesuap nasi dia terpaksa menjadi insan yang pandai berlakon!
tapi buat aku...itu cerita dia,bagaimana kita atau sesiapa berjuang untuk hidup,hanya kita kita sahaja yang tau.
asalkan jangan cari wang haram!asalkan jangan melacur,asalkan jangan jual dadah!
atau asalkan jangan tipu orang!
Tipu orang?
itulah yang di gambarkan oleh sahabatnya.
tapi..aku tak kisah!suka hati hangpa lah!

Kesusahannya masih tak berbalas!
Celik sahaja mata!fikir.....mana nak cari duit untuk hari ini
Celik sahaja mata!fikir...mana nak cari duit bayar hutang piutang..
Kereta nak kena tarik!
Alamat...siang tak boleh bekerja
Alamat..payah lah nak hidup...kedai untuk di bekalkan produk hanya buka siang hari sahaja!
Macam mana tu?
Keluar hanya malam hari...
Untuk apa?
Pastinya jual temberang di sana sini...
Buat aku...
Suka hati lah!kamu semua bukan tak tau hukum hakam!
Bukan tak tau...halal haramkan?
Kamu dah di ajar mengenai islam
Kamu dah di didik asas2 agama sejak dulu kan?
Sooooo.....
tepuk dada tanyalah selera!
Tiada paksaan untuk masuk syurga atau neraka.
Siapa rasa nak masuk syurga,berusahalah ke arah tu
Siapa rasa nak masuk neraka,tak payah buat apa2,jalan terus!

Kau kena solat tau...jangan lupa tu,hanya solat je yang boleh buat kau sabar...pesanku sekali lagi
Hanya ngangguk tanda setuju.
Umur kita 45thn bukan 25thn...meningkat umur kita makin kurang baki hayat yang di beri.Jika ALLAH dah tetapkan kita mati pada 50thn tolak umur terkini..hanya tinggal 5thn je.Itu yang perlu kita sedar...
Dia hanya mampu angguk tanda setuju.Selebihnya aku tak tahu...samada dia benar2 faham atau pura2 faham!

Hidup aku susah,kat rumah kalau ada beras dengan kicap.Itu sudah mencukupi.Anak2 faham dan tak minta apa2 yang aku tak mampu.
Hidup aku ibarat kais pagi makan pagi..
Aku tak gembira,terlalu banyak kisah tersembunyi yang kau tak tau...
HUH!
Aku tak kata apa2,ketika matanya merah menyala
Aku tak kata apa2,ketika air matanya bergenang di kelopak mata
Aku pun tak kata apa2,ketika dia menyapu mata dengan tisu..
Nangis lah,kalau itu boleh buat kau tenang.
Kehidupan memang begitu
Mencabar!
Dan sangat mencabar!Cabaran kita tak sama kerana nasib kita juga tak sama..

Apa yang aku mampu,'menghulur ' setiap kali jumpa.Setiap kali jumpa,mungkin itu yang dia harapkan cuma kadang2 aku tak menghulur juga dek tak mahu dia banyak lemak!
Apa yang aku mampu,memberi perangsang agar dia tak putus harap.
Apa yang aku mampu,hanya mendengar dan akan terus mendengar...
Kisah hidupnya terlalu sulit!
Berliku bak golongan getah air,kadang2 kita tak jumpa awal muncungnya ketika nak digunakan buat menyiram bunga.hehehe...pepatah mudah tapi tak rasmi lagi...

Ada kawan2 pun dia di pinggirkan
kawan2 yang dulu sama2 membesar telah mengkhianatinya
Kawan2 yang dulu2 ketawa bersama hanya sekadar di pinggiran
Saat dia perlukan pertolongan,mereka hilang tanpa pesan

Apa boleh buat sahabat
Baik berpada2 jahat jangan sekali
Ingat tu!
Kita tak kekal lama,esok lusa...giliran kita di tanam 7 kaki kedalam bumi.
Kita tak tahu bila saatnya
Oleh kerana itu...
Berbaik2 sangkalah sebelum semuanya terlambat
Saling tolong menolong di kala sahabat kesusahan
Mengapa perlu takut?
Rezeki ALLAH beri,jika ALLAH mengkehendakinya hilang sepantas kilat ianya pergi..
Hati2 itu....




Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH