BILA AJAL MENJEMPUT..

TAK KIRA BANGSA..

Chong mati lah!kata suami petang isnin lalu.
Mr Chong merupakan majikan suami.Seorang lelaki yang gigih,bermula dari bawah hingga ke tahaf sekarang.Aku tak mengenalinya tapi hanya mengenalinya melalui cerita2 suami.Seorang lelaki Cina yang kejayaannya boleh di banggakan.

Sejak 7thn lalu,nama lelaki inilah yang sering bermain di bibir...
Mr Chong itu Mr Chong ini...hari2....pasti ada sahaja cerita yang aku dengar.
Sebagai pekerja...nama majikan pasti akan sentiasa di sebut..Tak kira atas sebab apa pun!
Yang pasti....
Sehari tak sebut nama Mr Chong adalah sesuatu yang pelik!

Tapi..
Hidup satu perjuangan
Antara berjaya atau tidak,kita perlu melangkah kedepan
Hidup perlu pengorbanan
Antara berjaya atau tidak,kita perlu memilih satu daripada dua
Hidup juga satu kebetulan..
Antara sihat atau sebaliknya....telah di tentukan olehnya

Mr Chong sakit yang tak di sangka2
Mungkin dia sendiri tak mahu penyakit tu menyinggah di tubuhnya
Tapi...
ketentuan darinya..
Dalam suka pasti ada duka
Apa pun ikhtiar..
Jika ALLAH kata..umurmu cukup hanya di sini!
Apapun usaha...
Apapun tindakan kita...
Kita pasti pergi jua...
Meninggalkan semua yang kita sayang
Meninggalkan semua harta yang telah kita himpun
Sebanyak mana pun!harta yang kita miliki....
kita tak mampu bawa sama...
Ianya akan kekal di dunia,di faraid oleh orang2 yang kita sayangi...

Seperti Mr Chong..
sekaya mana pun!
Akhirnya....
Dia kaku,kejang di pembaringan
Tiada siapa yang dapat bersama
Menemani ketika sunyi...

Seperti Mr Chong...
Sesihat mana pun!
Akhirnya...
Dia keras membeku,dingin bak salju..
Tiada siapa yang dapat menghangatkan tubuhnya seperti sediakala...
kematian telah memisahkan kita semua tanpa memilih bangsa dan kaum.

Sebagai pekerja..
Siapa pun lelaki ini,dia adalah majikan kita
Kita di galakkan untuk memberi sedikit penghormatan terakhir..
Siapa pun lelaki ini,islam atau bukan islam
Kita di galakan untuk mengingatinya sebagai majikan yang baik
Siapa pun dia
Pergilah untuk menatap wajahnya di saat2 terakhir...
Kita pergi tak bermakna kita harus mengikut caranya...
Buatlah apa sahaja,asalkan kita menghargai seorang manusia yang telah memberi kita ruang untuk mencari rezeki di tempatnya
walaupun dengan keizinan ALLAH,belajarlah menghargai peluang yang di beri...
walaupun dengan keizinan ALLAH,hargailah apa jua kesempatan yang kita telah perolehi dari kebaikan yang telah di beri...

Pergilah....
Suamiku untuk menatap wajah terakhir majikanmu...
lelaki cina kecil molek itu,pernah bersama sama mengejar impian..
Tapi..
Perlu ingat,beliau itu bukan seagama dengan kita
Pergi sahaja tapi jangan sesekali mengikut upacara sembahyangnya
Pergi sahaja tapi hanya berdiri tegak
Pergi sahaja tapi...jangan sesekali mengikut cara pakaian atau cuba2 mengikut pergerakkan mereka seperti menundukkan badan (tafakur) cukup sekadar berdiri tegak atau memandang dari jauh...
Jangan sesekali cuba2 untuk memegang colok atau apa sahaja yang di beri...
Menolak dengan hormat,mereka pasti faham....
Jangan makan minum...
Jangan menangis2 bagai kematian isteri,cukup sekadar diam,tak berborak2,bersukaria,ketawa berdekah dekah..itu sudah memadai..
Kita tak tahu penyudah hidupnya..
Untuk menghukum beliau,itu bukan hak kita...
Tapi..
Sebagai umat islam,kita tahu apa yang bakal dia tempohi...
Oleh itu....
Pilihlah islam sebagai agamamu
Pilihlah islam sebagai peganganmu
Jika tidak...
Kamu akan menyesal di kemudian hari...








Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH