BACAAN AL FATIHAH

AMAT PENTING DALAM SOLAT.

Assalamualaikum sapa Ustaz masa masuk tadi...
Waalaikumussalamwarahmatullahirwabarakatuuu....
Salah!telunjuknya menuju kearahku...
Terpinga pinga aku di buatnya.
Salah?di mana?ish...malunya,umur dah 45thn masih salah jawap salam.
ish,ish,ish...
WaalaikumussalamwarahmatullahirwabarakaTUH!bukan TUUUU....
Oooooo....situ je salahnya...Kataku dalam hati.
Tapi...ilmu juga le tu!walaupun satu perkataan,walaupun malu...
Redhooo....

Cuba baca alfatihah
Aku baca dengan penuh keyakinan...hehehe..
Salah juga!
Banyak yang ustaz betul kan...malu nya....
Tak pe...jangan malu2,al fatihah penting dalam solat,bacaan kena betul2,panjang pendeknya jangan nak buat main2!Tapi...jangan susah hati,selagi kamu masih belajar,TUHAN akan memaafkan kesilapan kamu.Asalkan terus belajar!

Sebagai panduan,di sini aku sertakan video Ustaz Don yang caranya sama macam Ustaz kampung ku itu....
Bacaan yang betul amat perlu untuk solat yang sempurna.Bila kita solat,ALLAH ada depan kita mendengar dan menyambut setiap pujian kita padanya.Jika bacaan tak bagus,tonggang langgang!ALLAH akan baling balik solat itu ke muka kita bagai kain buruk di lempar ke muka!
Tapi...
Dek kita manusia yang lemah..
Kita tak peka bab tu,yang pasti solat dah buat,kita akan menyorak gembira,dah boleh tidur!!!!
zzzzzzzz
Walhal...itu tandanya,kita solat bukan kerana takut TUHAN!tapi...sekadar menunaikan kewajipan sahaja.
Sepatutnya,kita jadikan solat sebagai satu tugas penting dan suka melakukannya tanpa paksaan...ALLAH sentiasa menunggu kita sujud padanya...
Ehmmmm....
Banyak kekurangan diri rupanya...



Minggu ke minggu...
Ustaz sentiasa ingin tahu perkembangan terkini setiap anak2 murid tuanya.
Minggu ke minggu juga ada sahaja mangsa yang ustaz tangkap untuk memperdengarkan bacaan AL FATIHAH.
Bila bacaan tu betul...
Ustaz akan kata...
Alhamdulillah...makin baik,ustaz risau bacaan tak betul,buang masa solat kalau tak di terima TUHAN.Usia sentiasa cemburukan kita,selagi kita masih belajar,bacaan salah tidak mengapa,asalkan sentiasa cuba baiki dan terus belajar...ceramah free ustaz untuk kami.
Yalah Ustaz,kami akan baiki lagi....jawap ketua wanita yang paling jelita.
Ustaz dah tua,entah bila akan di 'kebunkan',kalau ustaz tak tegur,ustaz akan di dakwa di kemudian hari kelak.Belajarlah!salah tak mengapa...ustaz akan cuba baikinya.Kata ustaz lagi...
Kami hanya tunduk membisu seribu bahasa.
Dalam hati...itulah padahnya zaman muda asyik bersuka ria!dah tua2 baru nak belajar!lidah pun dah kaku semacam je...
Insaf,insaf...

Begitu juga bacaan al qur an,ustaz akan cuba suruh kami mengaji ala2 orang arab,lembut dan tertib.
Tapi..dah kita orang Jawa Johor...
Lidah dah kaku semacam je...
Sebutan pun boleh buat ustaz ketawa kecil...
Jangan sebut macam tu...bunyi JAWA dah ustaz dengar!kata ustaz

Sebelum pergi kelas,dalam kereta,aku akan menjerit jerit agar anak tekak selesa ketika mengaji nanti.Bukan budak AF je yang kena belajar vokal,orang mengaji pun sama....
cuma caranya berbeza...
Ada masa menjadi,lancar semacam...ustaz senyum bangga.
Tapi..
Bila mood kurang baik,hancur!
Bacaan kelam kabut!Macam kejar keretapi laju lagaknya..
Ustaz hanya geleng kepala..
Nak pergi mana?huru hara ustaz dengar...baca lagi!katanya..
Maka berulang2 lah bacaan kami hingga sejam masa yang di peruntukkan...

Tapi...itu dulu...
Tapi...kini...
Syukur....
Semuanya telah menjadi bertambah baik,walaupun tak semerdu Qari tapi...
Boleh lah!

Ya ALLAH...
Janganlah engkau sesatkan hati kami setelah engkau memberi pertunjuk kepada kami.Aamin..


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK