ANAK YANG BAIK...


ANAK YANG DAPAT MEMBANTU IBUBAPANYA DI SANA.....




Kita kah itu?
Kitakah yang Ustaz Azhar Idrus maksudkan?
Kitakah?

Jika benar kita....
Berapa kali untuk sekian harinya,kita berdoa kepada roh ayah ibu?
Ada?untuk hari ini kita ada menadah tangan atau ada baca doa untuk ibubapa?
Kalau ada...
Syukur alhamdulillah,senanglah hati ibubapa kita di sana...
Seandainya....
Tak ada?untuk sekian lamanya....tiada masa untuk menadah tangan demi roh ibubapa?
Jika begitulah kita....
Berita buruk buat kedua ibubapa kita...

Manusia yang meninggalkan dunia hanya membawa sedakah,ilmu dan anak2 yang soleh dan solehah.
Manusia tidak akan bawa harta yang menimbun.kereta yang mewah2,rumah yang hebat atau apa sahaja harta yang telah penat di himpun sepanjang hayatnya.
Manusia tidak akan membawanya.Tidak akan membawanya!

Bila kita mati...
Kita dah tak tahu apa2.
Orang bogelkan kita,dah hilang malu kita...
Kita cuma berharap agar kawan2 atau sanak saudara atau anak2 yang menguruskan mayat kita tahu menjaga aib kita.Menutup tempat2 sulit kita dari di pandang mata oleh orang lain.Tapi...awas!jika kita tak pernah menutup kemaluan sendiri selama hidup,tak mustahil nanti orang yang menguruskan jenazah kita tak peduli langsung mengenainya...

Bila kita mati....
Kita dah tak tahu apa2.
Keras,kejung dan dingin badan kita..
Kita cuma berharap ihsan orang untuk mandikan kita,kapankan dan kebumikan kita dengan penuh sopan santun.
Masa tu...kita ada,cuma mereka2 tak dapat lihat kita...
Masa tu...kita hanya mampu menangis,menangis dan menangis....

Bila kita mati...
Kita dah tak tahu apa2..
Melainkan menangis,meratap hiba mohon ALLAH kembalikan kita ke muka bumi untuk beramal..
untuk solat 24jam!untuk buat baik sesama insan,untuk segalanya yang menghasilkan kebaikan untuk di gunakan di sana.Di alam yang hanya perlukan amal sebagai ganjarannya.

Bila kita mati...
kita dah tak tahu apa2..
Melainkan mengharap doa anak2
Melainkan keampunan ALLAH atas kesilapan yang kita telah lakukan.
Tapi...
Semua tu dah terlambat...
Kita dah tak boleh pusing waktu,kita dah tak boleh putar semula kehidupan lampau hanya untuk kita menghimpun sebanyak mungkin pahala diri.
Tapi..
Selagi kita bernyawa,taubat kita di terima
Setelah nyawa keluar dari badan,semua itu dah tak berguna...
Hanya doa anak2 sebagai galang gantinya,setiap kebaikan yang anak2 buat dapat meringankan beban kita di sana.
Hanya ilmu2 yang menafaat pada masyarakat akan di ambil kira
Hanya sedekah yang kita berikan untuk kegunaan masyarakat setempat atau sedekah2 yang berpanjangan.Selagi hasil pemberian kita di gunakan,selagi itulah!pahala mengalir bak air sungai.

Kepada anak2
Jangan lupa pada ibu dan ayah jika kami dah tiada
Jangan lupa bacakan doa agar kami bahagia disana
Jangan berebut harta pusaka kerana kami tak punya
Jangan lupa solat
Jangan lupa puasa
Jangan lupa zakat
jangan lupa tunai kan haji jika sudah mampu
Jangan lupa juga baca Al Qur an,kalau boleh jadikan amalan walau sebaris ayat setiap hari.
Jangan leka nak bertemasya sahaja,kelak menyesal..
Selepas kita di bangkitkan semula,proses pengadilan akan memakan masa selama 50ribu tahun
Di masa itu semua kesalahan kita terungkap
Dosa dengan semut pun di ambil kira apatah lagi dengan manusia.Kurangkan berkawan jika kawan itu hanya menyusahkan hidup kita sahaja.

Untuk menjadi anak2 yang baik,belajarlah!
Ambillah ilmu selagi terdaya,dengan ilmu sahaja anak2 akan menjadi insan yang berakal dan beriman.
Tanpa ilmu,anak2 tak mungkin dapat menghantar doa sebanyak mungkin
Tanpa ilmu,anak2 tak mungkin dapat menjadi anak2 yang soleh dan solehah

Dengar ya anak2 ibu....
Titipkan doa untuk ibu dan ayah
Kami akan menunggu dengan setia
Kami tak mahu harta benda
kami hanya mahu doa sahaja
Kami akan berasa gembira
kami akan berasa bahagia...
Bila hari2 kami penuh dengan ingatan dari anak2 yang baik dan sayang kami...









Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK