Posts

Showing posts from October, 2013

TETAMU TAK DI UNDANG..

Image
INGIN BERKAWAN ATAU AMBIL KESEMPATAN?

kelmarin..
As salamualaikum....teringin nak datang rumah awak!msg ringkas dari rakan sekuliah.
Pasti jawapku...
Boleh !dan beri alamat agar dia mudah sampai.
Tunggu punya tunggu....
Masa berjalan pantas!aku kena ambil anak2 pukul 5.30 petang.Laaa ni....pukul 5 petang masih tak nampak batang hidung tetamuku itu.

Semalam..
Maaf ya,datang esok lah!sebab saya nak ambil anak 5.30 nanti,takut terkejar kejar pulak!..msg ringkas aku hantar padanya..
Ok...balasannya.
Legaaaaaa...

Hari ini....
Hati berdebar2 menunggu kehadiran mereka...
Tak tahu apa maksud kedatangan,tapi..yakin!sesuatu yang tak di ingini pasti berlaku.
Tunggu punya tunggu...
Akhirnya...kelibatnya sampai jua...
Bukan tak suka menerima tetamu,tapi kalau datang untung berniaga,aku kurang gembira menerimanya.
Tak minat!

Bila loceng berbunyi...
Aku intai dari jendela..
Kelihatan kawanku dan seorang lagi dengan beg besar!
Berbaju putih berkain pink dan bertudung pink senada...
Apa kejadahlah si …

DENGGI BERDARAH!

ISH!SERIAU TEMAN..

As salamualaikum sayup suara kedengaran di talian
Waalaikumusalam jawapku
Ada cerita sedih...suara tu berbunyi lagi
Apa?tanyaku kehairanan
Kak Ana masuk ICU!katanya
Kenapa?tanya ku lagi
Denggi berdarah!jawapnya
Ooooooo....

Kak Ana,bukan sedara mara,bukanlah sahabat handai...hanya saudara seislam.
Dia kami kenal,sebagai saudara sebelah suami kakakku
Dah bertahun tahun....akhirnya terbit kemesraan sesama insan
Tambahan pula....
Kak Ana sering bawa mak ke sana kemari sebagai teman dia keluar kota
Kak Ana pandai memasak!
Kak Ana baik dan peramah!
Kak Ana yang baik budi,telah menganggap mak bagai ibu kandung sendiri.
Kami tak cemburu,kami tak kisah...
Kerana mak juga keseorangan,mak pun tak berteman bila semua orang keluar berkerja atau semua cucunya ke sekolah.
Kak Analah yang rajin teman mak,teman berbual di kala sunyi.

Bila dia masuk hospital?tanyaku lagi
Aku tak tahu....jawap kakak
Semalam dia ada hantar sms,dia kata....dia kena denggi berdarah!dah 5 hari dia dok kat…

PHOTO YANG PALING BERMAKNA..

Image
KOTA MEKAH DAN MADINAH...

Dulu2....
Masa belajar agama,ustaz selalu sebut nama tempat2 ni...Mekah,Madinah..
Masa sekolah agama dari darjah satu lagi...,Ustazah Halimah sering menyebutnya..
Masa naik tingkatan pun!,Ustaz ustazah pun selalu cerita tempat2 ini...
Masa tu,ingat lagi...aku hanya mampu tatap gambar makam nabi yang berselubung kain hijau tu..
Dalam hati...satu hari nanti,aku pasti akan sampai ke sana!
Masa tu...hanya mampu simpan anggan je..
dan harapan tak padam untuk sampai walau apa cara pun!
Madinah,Mekah,Madinah, Mekah...
Bila dengar kawan2 cerita,tak faham apa pun!
Dengar tapi blurrr..
Kawan2 bersungguh2!cerita....
AKU?
Tetap...Blurrr...
Dalam hati tetap sama,satu hari aku pasti akan sampai jua..

Tahun demi tahun...
Ekonomi masih tak mengizinkan...
Tetiba je...hujung tahun 2012...terus daftar!Duit belakang kita!daftar dulu...
Pertama kali,naik pejabat TB,hati dah mula berbunga2
Dada berdebar debar...
Tak tahu kenapa?
Bila sebut je hasrat nak pergi sana...
Pegawai bertu…

ADA ADA AJE!

Image
CUAI!

Dulu2....
Ibu!phone hilang...lemah suaranya
Sebagai ibu,hati pasti tak tenteram.
Nak marah pun tak guna....
Ish!

Dulu2..
Panik sat!
Tak tahu nak kata apa...
Hati bimbang bukan main!
Almaklum lah...anak dara ..

Hilang kat mana?
Orang seluk beg...
Apa nak di kata..
Tak de rezeki...

Phone idamannya masa tu...
IPhone 4!
Gaya tak mahu kalah!
Sebagai ibubapa...pasti tak mahu menghampakan hati anak2..
Beli baru sebagai ganti...
Jaga elok2!jangan CUAI!

Sejak pukul 6 pagi..
Aku call bertalu2 namun line tu busy selalu..
Tak pernah terjadi begitu.
Apalah masalahnya...
hati tertanya tanya...

Tanya si adik...
Ada call kakak?
tak ada.....
Tanya suami...
Ada call anak?
tak ada....kenapa?
Saya call tak dapat2!
Sibuk kot....
Ok...mungkin dia sibuk sementelah nak exam pukul 2 nanti...
Mungkin....

Tengahari,lepas zuhur...
Ibu!kakak nak exam,pukul 2 nanti...ibu doakan ya...sayup suaranya
Ok!tapi...Nombor siapa ni?
Nombor kawan....
kenapa guna phone kawan?
tefon hilangggggg.......
APA?
tefon hilang,…

MUZIK

Image
SEKADAR MERAIH SEDIKIT KEMAHIRAN...

Hari pertama buat si adik dan si abang Hari pertama mereka mengenai dunia MUZIK Hari pertama mereka berkomunikasi dengan orang luar Hari pertama mereka menekan piano dan memukul drum!

Alahai....anak2 dennnn.....
Macam2!


Melihat gelagat mereka,adakalanya menghiburkan dan adakalanya...
Rasa nak pengsan!
Grrrr...
Belum lagi bergaduh sakan!
berkejar turun tangga,berkejar naik tangga...
Berlumba setiap perkara!
Hingga mandi pun ada kalah menang nya!
HUH!

Menjadi ibu di usia muda..
Azam kita penuh di kepala!
Nak jadikan anak itu ini...
Hantar anak ke sana kemari!
Tapi..di usia MIDI..
Semua dah tak mampu nak dibuat..
cepat lelah!
Adakalanya..
Asalkan tak menangis,asalkan tak melalak!
Semuanya OK OK sahaja!

Ibu ni...
Masa kita dulu,garang macam singa!
sekarang ni...layan je...apa yang diaorang nak!
Tak adil!
Ibu ni...
Masa kita dulu,semua berjadual!
Sekarang ni..ikut je apa yang diorang suka!
Tak adil!

Aduhai anak2...
Ibu dah separuh abad,dah tak kuasa nak …

USTAZ ALIAS

GURU TUA YANG BERSAHAJA..

Kali pertama berkenalan...
Ustaz ku lihat sudah sangat tua.
Berjubah putih dan berkopiah putih..
Tiada yang menarik kerana beliau tak sekacak shah Rukh Khan
Usianya pasti melepasi 60thn
Mulutnya becok meninggalkan pesan
Loghat bahasanya pekat bahasa orang Perak!sepatah orang kata....Oghang Boteeee
Bergulung  gulung lidah ustaz ketika menyampaikan pesan
Macam2 di katakannya...

kita hidup jangan 'lara' sangat!
Jangan suka menyongkit!
Jangan suka bertandang rumah orang!
Jangan buang masa!
kalau ada masa terluang,gi ganti solat yang dulu2
Jangan leka!
Ganti puasaaa....
Mohon pada ALLAH..
Ya ALLAHHH,kau matikan aku setelah kau ampun kan akuuu
Ya ALLAHHH,kau matikan aku dalam kasih sayangmu ya ALLAHH..

Ada seorang jiran tu,suka benor menyongket,akhirnya...mati kat Melakaaaaa
Tak Mati kat ghumah,tapi kat hotel...
Sedang bersuka ria!
Dah tua2 tu dok je nghumah!nak menyongket buat apa?
Dah tuaaaa...
Jangan sibuk ngemas nghumah je...gi cari amal untuk bekalannn…

KELENDAR 2014

Image
BANG!DAH BOLEH SUSUN JADUAL JALAN2 CARI MAKAN!



Di permudahkan untuk rujukan kita.... Sekolah di buka pada 2hb Jan 2014 Cuti penggal pertama pada 22hb March 2014 hingga 30hb March 2014 (9 hari) Cuti pertengahan tahun pada 28hb Mei 2014 hingga 15hb Jun 2014  (19 hari) Cuti pertengahan penggal ke 2 pada 13hb Sept.2014 hingga 21hb sept 2014 (9 hari) Jeng!jeng!jeng!... Cuti akhir tahun! Pada 22hb Nov 2014 hingga 4hb Jan 2015 (44 hari) Apa kata kita gi Umrah lagi?

BACA ANAK2!

Image
MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



Barli atau air barli- Bagus untuk demam 




Kurma-Nabi berkata,rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tiada makanan

Buah Tin-Buah dari syurga,boleh mengubati buasir

Buah Anggur-Nabi suka anggur,ia membersihkan darah,menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

Madu-ia merupakan makanan segala makanan,minuman segala minuman,ubat segala ubat.Mengubati cirit birit jika di bancuh dengan air panas,pembuka selera,menguatkan perut dan membuang kahak.Elok di minum di pagi hari.

Tembikai(semua jenis)-baik untuk perempuan mengandung.Nabi berkata wanita itu tidak akan gagal melahirkan anak2 yang elok perwatakkan dan rupa parasnya.

Susu-baik untuk membuang panas badan,menguatkan belakang,memperbaiki otak,memulihkan pandangan mata dan membuang kelupaan.



Cendawan-Baik untuk mata dan perancang keluarga.



Minyak zaitun-Rawatan kulit dan rambut,melambatkan penuaan dan merawat radang perut.



Delima-Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 h…

MALAIKAT IZRAIL MELIHAT WAJAH 'SESEORANG' 70 KALI SETIAP HARI

SEBELUM SEGALANYA BERAKHIR....(Copy je....untuk ingatan diri sendiri dan anak2,semuga catatan ini akan buat kita ingat selalu......)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
'seseorang'  itu 70 kali dalam sehari?
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullahs.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. 
Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir
mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak
kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:  “Perhatikanlah.......
tiga perkara kepada orang yang sudah…

NOREEN NOOR MENINGGAL?

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN Takziah untuk keluarga....
Pulangnya seorang lagi manusia kepadanya.... Pulangnya tak di sangka sangka... Tengah gembira tengah bersuka ria di samping keluarga tercinta... Noreen di panggil pulang.... KITA? Entah esok mungkin lusa...mungkin tulat.......... Tetap di panggil sama... tiada yang terkecuali melainkan ALLAH. Beliau meninggalkan kita di subuh yang dingin....pukul 5.50 pagi selepas Azan subuh berkemundang di usia 54thn.Kematian berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan akan di kebumikan di kampung halamannya Melaka.
Sekadar untuk mengenang beliau sebagai seorang penyanyi yang cantik dan seksi........


Teringat  zaman kegemilangannya....
Hebat!
Hari perkahwinannya sungguh meriah!ramai jejaka yang patah hati sama seperti anjung rumahnya yang roboh akibat asakan peminat.
Ramai sungguh peminat kak Noreen kita....
tapi...
Tu dulu.....
sekian lama menyepi...
tahu tahu dia pergi dulu....
Al fatihah untuk Noreen Noor semuga rohnya di tempa…

PERBUALAN GURU BESAR DAN LELAKI INDIA ISU SEMBELIH LEMBU KORBAN DI SEKOLAH

Image
SARAVANAN BUAT KELAKAR!




Lihat rupa...
Sah!orang India yang lahir di Malaysia
Lihat kulit yang hitam berkilat!
Sah!orang India yang lama dok kat Malaysia
yang pastinya tahu banyak cerita2 istimewa di Malaysia .
Orang India yang tahu terdapat berbilang kaum di sini.Yang hidup rukun damai tanpa sengketa
celik mata!kita dah kenal,yang mana bangsa Melayu,bangsa Cina,bangsa India dan bangsa lain lain.
Banyak keunikan di Malaysia,sebagai  anak Malaysia Saravanan pasti memahaminya.
Walapun kita tak menganuti agama2 itu,tapi...untuk kekal bersama kita kena belajar sedikit agar kita tak tersentuh isu2 agama yang bakal menghapuskan semangat bersatu padu dan berganding bahu yang tersemai sejak sekian lama!
Tiada angin tiada ribut!
Saravanan tetiba keluar jadi HERO Orang India!saya yakin......tidak semua sependapat dengannya.
Saya juga memiliki rakan2 dari bangsa India.Banyak yang saya pelajari dari mereka .
Dan saya begitu menghormati mereka dan agama mereka.
Hindu agama kamu,mana mungkin saya bo…

KITA KENA INGAT ALLAH..

Image
DALIL WUJUDNYA ALLAH IALAH ALAM INI.


Ustaz ajar dalam kelas tadi...
Bila sedih...
pasti kita ingat ALLAH
Bila sakit...
Sure le ingat ALLAH
Bila di timpa bencana...
Potong jari pasti ingat ALLAH
Tapi...
Bila suka...
Ingat ALLAH tapi...sikit2
Bila tengah senang lenang..
Rasa2nya tak ingat kot?
Bila tengah bergembira ria!
harusssss!lupa terus!

Tapi...
ALLAH tetap juga bagi nikmat hidup kat kita,
Bagi mata untuk melihat,bagi telinga untuk mendengar,bagi hidung untuk menghidu,bagi lidah untuk merasa,bagi kesihatan yang baik dan yang paling penting!bagi nyawa untuk bernafas!
Tapi...kita tetap sama...
Dapat susah,kita sedih,kita berduka...tapi...pernah tak kita bangun malam menadah tangan pada yang esa?
Pernah tak kita tahajjud?
Pernah tak kita luang kan masa berzikir dan memuji ALLAH?
Pernah?
Syukur....
Tak pernah?
Muhasabah diri le teman...
ALLAH pasti benci lihat kita...
ALLAH pasti meluat lihat kedegilan kita...
Pasti!
Biasanya...kita sanggup cerita pada kawan2 daripada ALLAH
walhal,kawa…

SEWA RUMAH

UNTUNG ATAU RUGI?

Kita sewa rumah sebab kita dah tak dok sana lagi atau kita dah beli rumah lain atau kita dah tak larat nak bayar ansuran rumah yang ke2 atau ke3.
Orang kata...
wah!untung le ada banyak rumah sewa!untung lah.....tiap2 bulan kira duit je....
wah!untungnya....

Itu sebenarnya pendapat luaran sahaja.
Hakikatnya....
Menyewa rumah perlu banyak pergorbanan,kesabaran dan ikhlas.

Tahun 2006,aku berpindah ke utara tanah air,pada mulanya tak mahu sewa rumah sebab sayang.....
Beberapa bulan kemudian...
Terfikir mengenai penjagaannya.Siapalah yang nak jaga rumah tu....ada banyak barang lagi yang kami sengaja tinggalkan untuk keselesaan kami jika pulang sekali sekala.
Perjalanan yang jauh dan meletihkan buat kami terfikir untuk menyewanya pula...

Setelah berbincang....
Akhirnya rumah itu di huni oleh 3 anak bujang.Mula2 ok....hampir 2thn juga mereka menyewa hinggalah pada satu hari....
Dapat sms dari salah seorang..
Kak saya nak keluar dari rumah akak,saya rasa akak perlu  tahu sia…

SUBUH...

Image
KEHIDUPAN BERMULA DI SINI.... KU MOHON SEMUGA PERJALANAN HIDUP HARI INI DAN SETERUSNYA AKAN MEMBERI MANAFAAT UNTUK KU DAN KELUARGA....

Subuh menandakan hari baru Sebelum subuh,kita di galakan untuk bangun solat sunat tahajjud,taubat dll,mengaji dan berzikir... Sebaik azan berkemundang... Kita dengan tenang boleh mula solat subuh... dengan tenang juga.... kita boleh muhasabah diri dengan tenang juga... kita boleh bercakap dengan ALLAH di keheningan pagi...tanpa gangguan,tanpa hiruk pikuk suara cahayamata yang sihat dan gembira 24jam! Bila  mereka dah bangkit!alamat.....doa entah kemana,yang ada hanyalah......suara2 mengekek mereka sahaja.
Teringat subuh di Madinah dan Mekah,hati sayu kerana masjid sentiasa hidup!sana sini manusia bertakafur,berzikir tanpa mengira masa dan tempat. Teringat subuh di Madinah dan Mekah,sebaik keluar pintu.......lautan manusia membanjiri luar masjid,masa aku datang tadi....tak le seramai ini.Bila aku keluar...subhanallah....ramainya manusia yang sama agama…

JOM AMALKAN!

Image
PESANAN USTAZ DAN USTAZAH DEMI ANAK2 KITA...(COPY UNTUK SIMPANAN MASA DEPAN)
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita serin…

ZAMAN DULU DAN ZAMAN SEKARANG

Image
BEZANYA BAGAI LANGIT DAN BUMI!

Setiap anak adalah amanah ALLAH untuk kita jaga,kita didik agar menjadi insan berjaya dan berjasa pada agama,bangsa dan negara.
Setiap anak adalah cabaran!
Setiap anak adalah gambaran sebenar diri kita atau pasangan kita.Walaupun tak semuanya sama,tapi...sedikit pasti ada!
Jikalau dulu2,kita nakal auzubillah!
Anak2 yang bakal lahir pasti ada satu antara 5!sama perangai macam kita.
Hukum karma...

Setiap perlakuan yang mereka buat akan buat kita ingat...
MACAM AKU JE!
Setiap perlakuan yang mereka terjemahkan pada kita akan buat kita menyesal tak sudah!
kesian mak....agaknya macam ginilah mak terpaksa layan aku...
Huhuhu....

Minta ampun mak abah....
Kita tak tau...inilah akibat dari kedegilan yang lalu...
Minta maaf banyak2,kalau boleh pusing jam,kita pasti akan selalu dengar kata mak abah.
Ampun...

Tapi nakal kanak2 dulu masih ada batas batasnya
jika di banding dengan kanak2 sekarang...
Bezanya bak langit dengan bumi!
Dulu2.
Permainan kita sesuai dengan pe…