SAHABAT SAHABATKU...

CATATAN KE 279
ADALAH INSAN YANG KU SAYANG...:(

Haii..tak habis lagi citer karut marut tu ke?tanyaku pada sahabat
Belum.....member tak terima nasihat orang,malah kata kita tak memberi nasihat yang baik dan membantu di kala dia susah...jawapnya
Hai!bila pula dia minta kita tolong dia?Dia kan orang kaya,rumah cantik,gaya hebat...jauh betul jika di bandingkan dengan kita.Biarlah...lambat laun dia sedar lah!kataku
Tapi...hati sakit lah!jawap sahabat
Jangan layan je...buang masa!kataku
Betul.....tapi...asakkan dia buat saya tak selesa..kata sahabat lagi.
Biarlah...nanti dia letih cakap2,dia diam lah..kataku lagi sebagai nasihat
Saya cuba,rasa nak putus jantung saya ni...katanya lagi
Tak tau lah nak kata apa lagi....balasku
Sebagai kawan,kita mestilah tak mahu jadi minyak,tapi...kita cuba jadi air...
Biar padam api kemarahan tu...
kalau kita tuang minyak,bukan sahaja api marak menyala tapi...mungkin membakar kita..


Tapi..
Kesabaran manusia pun ada hadnya juga,mula2 kita sabar tapi...bila bertalu2 orang menuduh atau menghentam kita,pastilah kita naik angin!
Kesian sahabat tu,dia tak tau apa2,sekadar berkongsi rasa...terus di hentam bagai nak rak!
Tersinggung sungguh kawan tu....
Di hentam di wall secara terbuka,walhal...dia tak wajar di pertanggungjawapkan dalam apa jua masalah orang lain.Seorang yang peramah,seorang yang sibuk dengan aktivitinya sendiri.Kami juga jarang berbual,sekadar berbual tika mengorder kuih je...
Semuga Sahabatku sabar dan terus sabar...

Wajarkah?
Bila kita gagal melakukan atau membuat satu keputusan penting dalam hidup,wajarkah kita menunding jari kemuka orang lain?
Bila kita tak sempurna,wajarkah kita menunding jari kepada ALLAH?
Wajar kah?
Pasti jawapannya TIDAK!
Bila kita gagal dalam kehidupan,wajarkah kita menyalahkan orang lain?
Jawapannya TIDAK!
Kita tak boleh menyalahkan orang lain dalam kegagalan kita,sepatutnya kita muhasabah diri dan bukan terus menyalahkan orang lain.Tidak akan ada penghujung cerita duka kita itu wahai sahabat....
Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih...
Jika kita pincang hari ini,bangkit lah!kita jangan terus rosakkan diri sendiri,yang rugi tu kita juga..
Kita wajar muhasabah diri dan menerima kegagalan itu sebagai pedoman di masa akan datang
Jika kita terus menerus mencari salah orang lain,itulah penyakit hati yang kita ada.....
Penyakit hati yang akan terus merosakkan diri sendiri ialah...bila kita sombong!tak mengaku kesilapan diri,terus menyalahkan orang lain,rasa diri hebat,rasa diri sempurna dan berbagai2 rasa dalam hati...
Senang kata....bila kita tersesat jalan,kita kena bertanya..
malu bertanya kita pasti akan terus sesat atau jika malu bertanya...baliklah ke pangkal jalan,di mana jalan yang mula2 kita lalui....

Kegagalan yang lalu,usah di kenang...
Buat sakitkan hati sahaja,sebaliknya.....
Buatlah sesuatu agar kegagalan itu tertebus dengan cara yang lebih baik.
Kembali pada agama
Berpijak di bumi yang nyata
Redha dengan semua dugaan
Berusaha
Doa dan....
Tawakkallah!

Kau tau tak?dia tuduh aku kata dia tak makan!kata seorang sahabat yang lain
Kenapa?tanyaku penuh kehairanan
Si polan tu kata aku dan kawan2 asyik nak bercakap pasal dia je...kata sahabat lagi
Bila masa pula kita bercakap pasal dia?tanyaku semula
Tak tau le....sakit kepala aku ni ahh!kain aku sendiri pun tak terjahit!ni kan pula nak tolong jahit kain orang!katanya lagi
Hehehe....gelak mendengarnya
Bukan nak menipu,tapi bila jumpa kami tak sentuh pun citer mereka2 tu,tapi..bila orang dah gagal,begitulah...semua orang akan di heret sekali ate ibubapanya sendiri dalam urusan yang tak selesai.Kat dunia pun Tuhan dan tunjuk,bila dalam keadaan terdesak!apa pun boleh jadi..
Lepas tu...apa dah jadi?tanya aku lagi
Habis semua orang di serangnya,dia tuduh semua termasuk kau!balas sahabatku yang lantang bersuara,almaklum le...peniaga MLM,cakap mesti pandai...layannnn
Aku lak!awat aku?bila pula aku tau pasal tu semua,aku dok jauh nok oiiii...jawapku sambil menahan geram.
Grrrrr...
Tulah pasal!aku tak tau le kenapa dia kaitkan kau dalam hal ini...katanya lagi
Ish,ish,ish....kacaulah! kalau begini....jawapku separuh berbisik..
Sepatutnya,dia ni jgn cari salah orang lain,dia kena fikir ttg dia dan anak2 dia tu...dalam keadaan dah darurat pun!masih sibuk nak tunding jari kat muka orang lain....kelakar kan?Tuhan bagi dugaan suruh dia bertenang,muhasabah diri,kesali apa yang dia dah buat di masa lampau,ni tak....pok pet pok pet..tak sudah2!..geram aku tau!.sambungnya lagi
Dah lah!kau jangan layan....buat tak tau je....balasku pula
Tulah pasal!aku tak larat lah nak layan dia ni....letih!balas sahabat lagi
Perbualan terhenti dan habis di situ.
Dalam hati....walaupun tersentak dengan cerita2 begini,aku kena katakan pada diri...biarlah,tak payah layan!kita tak buat apa2 mengapa perlu kita terlalu memikirkan nya...
Lantak kome le....

Sahabatku yang tersayang,
Jangan lah begitu,jika anda gagal...
Itu bukan urusan kami,apa yang kami mampu...doa agar anda bahagia seperti sediakala.
Masa mula2 nak buat gila..
Tak fikirkan kami pun!bila dah jadi begini...kenapa balik pada kami,mengharap belas tapi dengan lagak sebegitu rupa.kami mana lah tau anda susah,kamu dan anak2 tak makan.Bila anda senyap,maka kami akan sentiasa fikir baik pada kehidupan anda sekeluarga.

Dulu...bila kami kata
JANGANLAH!
Sahabat kata...kami makan nasi lemak dan sahabat makan mee goreng,pasti rasa tak sama kan?
JANGANLAH!
Sahabat kata...kami tak faham gelodak rumahtangga sahabat kerana kita tak sebumbung..
JANGANLAH!
Sahabat kata..kami macam orang kampung sebab pemikiran kolut,tak moden....patutlah 'nightdress' pun tak ada..
Hehehe..kesitu lak kau!
Apa kejadahnya kami nak pakai dress2 bagai?tak pasal2 lah pulak lap lip lap lip....
so.....
Apa lagi yang kami boleh buat?
Semua tu atas kehendak sahabat,semua itu adalah jalan yang sahabat pilih kan?
Teruskan lah....
Mengapa mesti memandang ke belakang?
Teruskan lah...
Mengapa mesti jilat balik ludah yang di buang?
Teruskan lah...
Sahabat bukan kanak2 lagi,punya akal,punya fikiran...
Teruskan lah...
Apa jua yang sahabat inginkan atau lakukan...
Tapi....
TOLONGLAH.... JANGAN GANGGU KAMI,KAMI DAH LETIH MELAYAN KERENAH MU..

*Hari ini,dapat berita...semuanya angkara salah faham,prasangka buruk sesama insan..walhal sendiri cakap sendiri lupa!manusia2...
kalau budak bergaduh,mudah baik...
Kalau orang tua bergaduh!luar dalam orang tau....
Syukurlah...tiada pertumpahan darah..
Syukurlah...tiada yang terluka..
Syukurlah...semuanya telah terjawap di pagi yang indah ini.
Syukur....



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK