PELAYAN BARU

CATATAN KE 275
DI RESTORAN MELAYU...

Siang tadi aku singgah di sebuah restoran melayu yang baru sahaja memulakan operasi.Kalau tak silap awal tahun 2013.
Restoran yang menyediakan makanan ala2 arab gitu...
Bunyi hebat,tapi....
Sebenarnya indah khabar dari rupa!
Rasa hidangannya kira ok lah.....
Boleh puji walaupun serba kekurangan...
Harga?
subhanallah!mahal gila!
Nasi + kambing RM15.00!
Tapi...boleh di terima akal lah sebab hidangannya boleh diberi 3 bintang!

Masalahnya...
Setiap kali datang pukul 11.30 pagi
Kat pintu tertera CLOSED!
Walaupun kat pintu tu juga tertera..
Waktu operasi pukul 11.30 pagi
Setiap kali datang
Walaupun cepat 5 minit sebelum 11.30 pagi
Pintu tetap tak buka ate ada orang kat dalam
Kita terjenggok dari luar,orang dalam buat dek je...
Setiap kali datang
Ada sahaja masalahnya terutama layanan yang lambat dek tak ada pembantu.
Tapi...
Hari ini,sekian lama tak jejakkan kaki ke sana,
Akhirnya aku mengalah dek melayan kemahuan suami
wah!dah ada pembantu baru,beruniform putih berseluar hitam.Tampak hensem sekali..
Kelihatan mereka sedang berbincang sesama sendiri
Menulis sesuatu di kertas putih
Kujeling dan curi dengar...
Ni apa?tanya si A
Apple jawap di B
Apasal kau tulis APEL?tanya di A
Ni apa?tanya si A lagi...
Ish!getus si B(muka dia dah mula masam mencuka)
Kling,kling,kling....kedengaran loceng berbunyi,terjonggol petugas bahagian belakang dari tingkap kecil...BLA,BLA,BLA..
bertanya sesuatu pada 2 jejaka itu.
Kling,kling,kling...kedengaran loceng berbunyi lagi...entah apa pula salah 2 jejaka itu kali ini.
Kling,kling,kling....terjonggol kali ke3 petugas dari belakang,bertanya sesuatu pada keduanya.
Aku cuma memasang telinga dan mencuri pandang pada kertas order tu....
Hahahaha...baru aku tau,keduanya mungkin tak berapa pandai menulis dan ejaannya salah belaka.Tulisan pun nampak kekurangan dan cakar ayam.Dalam hati....kesian,tak habis sekolah mungkin,tak berapa pandai mungkin...entahlah..
Seorang nampak cool tapi seorang lagi bakal ghaib dan tak akan datang lagi esok!
Mengapa aku kata begitu?
Jejaka itu panas baran!mukanya mencuka tanda marah dan tak setuju dengan pertanyaan demi pertanyaan dari petugas belakang itu tadi,petugas tu pun berlagak seolah2 dia sahaja yang sempurna 100%!
Dalam hati..
Sepatutnya mereka di ajar agar lebih bersedia untuk memulakan tugas.
Sepatutnya mereka di didik dari A hingga Z,sebelum mengambil pesanan...
Sepatutnya mereka jangan di herdik2 begitu,mereka malu dan tak akan kekal lama,layanlah mereka secara berhemah!mereka masih baru dan pasti banyak kekurangan.
Di kala itu.....
Pelanggan tak ramai, hanya aku(bungkus bawa balik) dan 5 orang sahaja.
Kedai baru setengah jam di buka,tapi...kekecuhan telah berlaku..
Tak mustahil,ada pinggan terbang hari ini!
Tak mustahil,ada orang hentak meja hari ini jika terusan menghentam dan tak mendidik!
Kepada kedua jejaka..
itulah sebabnya ibubapa suruh belajar pandai2
Itulah sebannya ibubapa pok pet pok pet,berleter siang malam pagi petang!
Itulah sebabnya kamu kena pandai supaya kamu tak jadi kuli macam sekarang!
Apa2 pun...nasi dah jadi bubur,teruskanlah apa jua perkerjaan asalkan halal...
Nasihat mak cik,muka kena manis,muka kena berseri supaya tak kena marah dengan pelanggan
Pelanggan ni ada macam2!
Pernah seorang pelayan kedai makan kena marah hanya kerana muka masam
Oi!muka tak boleh senyum kah?herdik seorang melayu
Oi!kasi senyum sikit lah!jerkah seorang tokey Cina
Oi!kalau tak mahu kerja,balik rumah lah!jerit seorang lelaki India pula
Senyum sikit lah,pagi2 muka masam tak bagus untuk mood sehari...kata seorang wanita melayu...

Kepada tokey segala tokey...jangan anggap pekerja tu teruk sangat!
Layanlah mereka sebaik mungkin,tanpa mereka restoran anda akan pincang!Tanpa mereka...anda tak akan kemana2.Tetap sama walaupun 10thn berniaga.
Nak tau kenapa?
Kerana..kamu hanya ada 2 tangan,kamu hanya ada satu badan,kamu hanya ada 2 kaki,kamu hanya ada 1 mulut,2 mata,1 hidung.2 telinga....Oleh sebab itu,kamu sendiri tak akan mampu melayan berpuluh2 pelanggan dalam satu masa.
Jadi...
Terimalah seadanya setiap pekerja yang datang
walaupun mereka di bayar gaji,tapi mereka juga manusia.....
Ajarlah mereka agar tak terserlah kekurangannya,sediakan pen dan kertas yang elok sikit.Ajari mereka agar mereka tau etika berkerja sebagai pelayan di kedai makan.Jangan bersikap asal boleh..kerana pelanggan menilai itu semua.

Selera pelanggan kena di ambil kira,makanan enak tapi keadaan huru hara pun!akan buat kami tertutup nafsu makan....


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK