PEKAN LUMUT

CATATAN KE 271
DULU DAN SEKARANG

Aku pernah ke mari sekitar tahun 1997,masa tu...aku rasa pekan ini jauh ketinggalan.Ada rumah2 kedai yang di bina dari papan,ada gerai2 yang serba daif ,pendek kata....jauh bezanya dari sekarang.Kedatangan aku hanya sebagai peneman kepada suami yang bertugas.Kami menginap di sebuah hotel yang terbaik ketika itu,kalau tak silap Bluebay itulah namanya.
Aku kira,hotel itu sahaja yang ada kot kat pekan kecil ini masa tu.
Patutlah orang panggil Lumut ni sebagai tempat jin bertendang!jauh bebenorrr..sampai punggung bagai di bius2!

Masa tu,jeti pun tak semoden sekarang..banyak yang kurang walaupun tempat perlancongan untuk ke P.Pangkor.Mungkin Majlis tempatan terlepas pandang atau pun tak memandang ataupun bajet tak ada kot?

Masa tu..aku rasa Lumut satu tempat yang sangat suram dan sepi.Tak ada apa2!

Tahun 2006,aku ikut suami pindah ke Lumut,pekan yang pada satu masa dulu aku anggap sepi,kini akan aku duduki bukan setahun!tapi...mungkin bertahun2...Apa nak buat,mungkin penghijarahan itu lebih baik dari kita duduk di tempat yang sama.Teringat kisah Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah,8 jam jarak masa yang di ambil,kalau aku naik motokar tapi..Nabi tunggang unta sahaja.Bayangkan,betapa sukarnya penghijrahan itu jika di bandingkan dengan aku.Syukurrrr...

Mula2 sampai,keadaan lebih baik daripada tahun 1997,agak moden sikit walaupun tak banyak yang boleh di banggakan.Tiada shooping Mall besar2,yang ada hanyalah FAJAR dan BILLION sahaja.Ada pasar2 basah yang jual barangan keperluan harian,walaupun tak secanggih tempat aku,tapi...boleh lah....
Jarang nampak kelibat plat2 luar,yang ada sana sini AAAA sahaja.Jarang nampak jalanraya sesak sana sini,yang ada hanyalah jalan yang lapang dan lancar apatah lagi,jalan raya telah di bina besar dan luas.Jarang nampak wanita2 seksi,yang merokok atau yang pelik2 sebab 2006 keadaan masih 'suci',jika ada pun mungkin di lorong2 belakang yang aku sendiri tak pasti.Jarang nampak orang2 mendatang seperti Indonesia,Nepal,Bangla dan lain2 kecuali buruh kasar untuk pembinaan.Senang cakap!Lumut,Sitiawan dan Manjung 3 pekan yang berangkai,masih jauh dari arus pembangunan.

Pandangan  di bawah ini, biasa bagi kami,terdapat banyak lagi banggunan sebegini di tahun 2013.Terdapat banyak banggunan tinggi2 ,di buat hanya untuk burung2 walid hinggap.Bila senjakala menjelma,sana sini bunyi kicauan burung2 walid atau layang2 terbang mencari sarang.Sitiawan antara pekan yang banyak hasilkan sarang burung yang menjadi angganan ramai orang termasuk aku!hahahaha....
Bilalah rumah burung walid aku nak penuh dengan liurnya,dah hampir 5thn,sonyap jo yo!


TAPI...
Itu dulu.....
Setelah menetap sekian lama,baru nampak sedikit demi sedikit perubahan yang di bawa oleh pihak berwajib.Jika dahulu,MCD tak ada!
Apa?MCD pun tak ada....sahabat mulut tercopong mendengar kekurangan pekan ini
Tak ada....kalau teringin nak makan,kena pergi Ipoh atau Taiping atau bandar2 yang lain....jawapku
KFC?tanyanya lagi
Aah!KFC ada..tapi..kecil je...cecukup untuk penduduk tempatan je..jawapku
Giant?tanya sahabat lagi
Tak ada...jawapku
Tesco?Tanya sahabat lagi
Tak ada...jawapku
Peliknya...macam mana kau boleh dok tempat macam tu...kata sahabat
Alahai,ikut suami,dimana dia cari makan,kat situ lah kami kena tinggal,walaupun terpaksa tinggalkan apa jua yang kita ada...balasku
Kesiannya......kata sahabat lagi
Tak payah kesian lah!aku ok dok sini.Selalunya sejak duduk sini,setiap minggu kami keluar...balasku lagi
Ya ke?kalau dah berjam2 nak sampai bandar,mana laratnya....katanya lagi
Apa pulak?alah bisa tegal biasa....jawapku lagi

Pernah aku ke EMPIRE Subang,tinggal kat Hotel sebelah kanan dan shooping Mall sebelah kiri,berjalanlah seharian,berjalanlah ikut sukahati!
Bila membeli...
Biasanya ada card ahli yang di beri pada kita.Semasa mereka membaca alamat tertera..
Wah!Puan tinggal kat Lumut..saya pun orang sana,selalu uncle dan aunty saya datang shooping KL,diaorang cari duit sana tapi beli belah sini...katanya lagi
Oooo..patutlah,bila hari minggu Lumut di banjiri oleh warga luar.Sana sini plat2 kereta luar mencari ketenteraman di kawasan pendalaman ini.
Jangan tak tahu,masa ni le ikan bilis naik harga!sate ikan,ikan kering bagai...semuanya bukan ikut harga tempatan!
Pernah sekali,aku belikan ikan bilis untuk mak,sampai di sana,kedai yang biasa tak buka mungkin hari dah lewat.Alang2 dah sampai,aku beli sahaja kat kedai sebelah tanpa melihat harganya.Biasa aku beli sekilo ikan bilis berkopek sekitar RM35 hingga RM40 sahaja.Tapi hari ini,harganya melambung ke RM70!terperanjat beruk sehhhh!
Dalam tercopong mulut,aku bayar juga sebab dah berbungkus.Tak pernah umur aku beli ikan bilis harga begitu,hampir 7thn aku di sini,aku tak pernah membayar harga sekilo ikan bilis sebegitu mahal.Fuhhh!sekali aje le aku jejakkan kaki kat kedai kau mamat oiii....mahal nak mam***!

Dah ramai2 begitu,kedai makan pun sesak!bila lapar orang akan makan apa sahaja.Walhal..subhanallah....mahal dan pengotor!Adakalanya,kesian juga pada pelancung2 yang datang,kena sembelih terang2!semua naik harga walaupun sebelum minyak naik 20sen.
Kalau tanya menteri,dia akan komen...
Kalau mahal jangan makan!bawa bekal dari rumah
Kalau tak mampu jangan berjalan!dok je rumah...nonton TV
Kalau tak ada bajet,piii jalan kat pekan masing2 je..
Kalau tak sanggup bayar harga ikan bilis,piii tangkap sendiri!
Mungkin le akan di katakan begitu bila kita tanya...

Pendek kata.....
Pekan kecil ini telah berubah wajah,jika dahulu suram dan sunyi.Sekarang dah sibuk yang amat sangat!Walaupun tak rempuh jam,tapi...tetap nampak cerianya.Jika dahulu malam gelap gelita,tapi..sekarang pukul 3 pagi pun masih ada manusia yang meneruskan aktiviti.Dalam hati...tak tidur ke mereka2 ini?termasuk lah aku.....hehehe..
Dah ada TESCO,GIANT,JUSCO...pendek kata...oklah jika dibandingkan dari dulu..
Akan datang MCD bukan sebuah!tapi...2 buah!Hospital Pantai pun dah sudi melaburkan tirai di sini.Maknanya Lumut,Manjung dan Sitiawan telah mula membangun dengan pesatnya.

Kalau dulu,ada seorang kawan,dek suka sangat nak makan Sushi ,terpaksa meredah jalan ke Taiping.Hanya untuk sushi,dia sanggup meredah 2jam perjalanan!Gila ke apa?
Ada yang sanggup keluar ke Ipoh untuk mencari burger MCD dan ada yang mencari beras di Tesco Ipoh.Bayangkan?betapa mundurnya Pekan Kecil ini.Tapi...sekarang,itu semua bukan masalah lagi.Semuanya ada asalkan berduit.

Semalam,buat sekian lama....melabuhkan punggung di kedai makan yang terletak di tengah2 Pekan Lumut.Kalau dulu...ada Bistro yang menghidangkan live band dan makanan yang baik2.Tapi..semalam,Bistro tersebut telah malap dan suram.Kalau ada pun,peniaga2 yang cekal dan berani mati!
Pandang atas bawah...bagus tempat ni,tapi..kenapa tak menjadi?
Sayang.....
Terletak di tengah2,aku kira kalau kena gayanya,pasti meletop!
Tapi...
Mungkin tak ada peniaga melayu yang berani mengeluarkan modal untuk satu perlaburan yang belum pasti menampakkan hasilnya.Mungkin le...
Atau
Sewa yang amat mahal atau.......kawasan itu tak membawa tuah!
Entah lah....
Dik!hari Malaysia ni,buka ke?tanya aku pada pelayan yang ada
Tak kak,cuti umum...jawapnya
Dalam hati,apa lah beng alif ngap,hari cuti2 gitu le kau niaga,orang ramai!jual tikus goreng pun orang akan beli...orang cuti kau pun nak cuti!macam mana lah nak kaya?
Walaupun kedai dia tutup tapi...masih ada lagi kedai2 makan terbaik di sini.Paling tidak pun,kedai mamak 24jam buka!anda tak akan putus suap kat Lumut.

Opss!hampir lupa nak bagitau,kat Pekan ini,kalau ada kemalangan,pasti macam pesta!mula2 dulu ku kira apa ramai2 orang di tepi jalan,rupa2nya...ada motosikal jatuh!belum lagi kemalangan yang meragut nyawa,penonton lebih ramai dari polis. Bukan membantu tapi...sekadar menjadi penyibuk di tepi jalan.Kat sini juga,terdapat ramai orang2 tua memandu,kalau dari jauh nampak kereta perlahan je,jangan le marah kerana seorang warga emas sedang memandu dengan penuh berhemah!Tapi...nasihat aku,tolongggg jangan hon,kesian....takut jantung deme terhenti pula...

Sebelum catatan aku berakhir,pesanku...kalau dah memandu ke Lumut,pergilah singgah ke P pangkor,Macam2 ada....
Tapi..
kalau boleh bermalamlah semalam dua di mana2 atau yang terbaik di Teluk Nipah,kat sini suasana lebih ceria,terdapat chalet2 kecil yang baik dan murah.Kat sini juga ada di jual lempeng pisang di letakkan kelapa di tengah2nya.sangat enak dan lazat.Cubalah!
Jika hendak meneroka alam,sewa basikal atau motosikal..atau lebih baik,kereta atau van yang telah ada pemandu kerana mereka lebih arif mengenainya.Jalanrayanya pun kecil,silap hari bulan boleh masuk longkang!

Yang pasti,kepada kawan2 yang berminat..
Datanglah ke Lumut,ada banyak panorama hidup yang menarik,kehidupan semulajadi yang masih belum di terokai oleh Sang Belang.Kepada yang berminat beriadah,masih banyak tempat yang boleh di kunjungi.
Pekan Lumut tak seperti dulu.Pekan Lumut telah mula diberi sentuhan agar kemajuan selaras dengan negeri2 lain.

LUMUT OH LUMUT..


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?