MULUT MASIN!

CATATAN KE 264
JANGAN MAIN2 DENGAN SI MULUT MASIN!

Mulut masin?apa tu?
Masin sebab garam kah?
Hahaha...
Tak lah,mulut masin tu membawa makna percakapan yang kebetulan menjadi kenyataan.Bukan ramalan tau,tapi...saja2 sebut kemudian menjadi...

Bulan Nov 2012
Mis!Lelaki tu suami Kak Ram ke?tanya aku
Bukan!itu Pak Imam kat Taman ni kata Mis
Oooo..ingat suami Kak Ram kataku lagi
Tak lah!tapi kalau betul2 jadi apa salahnya?Kak Ram pun janda dan Pak Imam pula duda kata Mis lagi
Oooo..oklah kan kalau diorag kawin,nampak secocok je... kataku lagi

Bulan Dic 2012
Assalamualaikum..sayup suara Mis
Wa'alaikumussalam jawapku
Aku nak jemput hang ke majlis kahwin Kak Ram 8hb ni..kata Mis
Kak Ram nak kahwin?tanya aku pula
Ya...jawap Mis
Dengan siapa?tanya aku lagi
MASIN MULUT hang nooo...kata Mis 
Kenapa?tanya aku lagi
Kak Ram kahwin dengan Pak Imam itu yang hang nampak tu le..kata Mis 
Oh ya ke?aku pun turut terkejut dengan berita ini,bukan apa...kedua warga emas ni dah lama beno kesunyian sejak pasangan masing2 pergi mengadap ilahi.
Datang ya...hang jangan lupa noo..pesan Mis 
Insyaallah.....itu pun kalau saya tak ada aral tau..jawapku 

Bulan Jan 2013
Kak Ram mana?lama tak nampak tanyaku pada Mis ketika kami berjumpa di kelas tajwid
Hang tak tau kah?suami Kak Ram sakit....kata Mis
Sakit apa?tanya aku kehairanan,baru je kahwin dah jatuh sakit,walhal..aku nampak sihat je Pak Imam tu.
Kanser..tahaf 4!Kata Mis
Alahai...dugaan untuk Kak Ram...balasku,dalam hati masin mulutku tapi tawar untuk Kak Ram.
Ketika bertemu ,aku bisikkan di telinganya...
Sabar ya Kak Ram,tuhan uji akak tu...
Kak Ram hanya tersenyum hambar
Nanti beri akak air zam zam sikit boleh?akak nak bagi suami akak..pintanya
Boleh kak,datang le rumah,bawa teko atau apa2 botol yang besar sikit jawapku sambil memandang ke wajah yang suram itu

Pada 5hb Sept 2013
Assalamualaikum...Suara Mis kedengaran memecah sunyi subuh hari
wa'alaikumussalam..jawapku pula
Aku nak bagitau kat hang nooo...suami Kak Ram dah meninggal kata Mis
Bila?tanya ku lagi
Pagi tadi,hang jangan tak datang noo...sian Kak Ram ..kata Mis lagi
insyaallah...jawapku
Aku besiap dan pergi ke rumahnya.Dari jauh dah nampak Kak Ram memandang sepi setiap tetamu yang hadir.Ketika itu Pak Imam di bawa ke surau untuk di bersihkan dan terus di kebumikan.Kali ke2,Kak Ram kehilangan insan tersayang di saat cinta sedang membara.
Sebelum ini,Kak Ram sendirian,bila bersuami..Nampak Kak Ram berteman ke sana ke mari...Walaupun mereka pasangan dewasa,mata kasar nampak kesempurnaan.Patutlah ALLAH jadikan kita berpasang pasangan,untuk berteman dan lawan berbual....

Sabar ya Kak Ram,habis edah nanti saya tolong carikan suami baru!saya kan si MULUT MASIN..:))
Alfatihah untuk Arwah Pak Imam Jailani semuga ALLAH tempatkan Arwah di kalangan orang2 yang beriman .Amin...

Innalillahiwainnalillahirojiun..









Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?