MASJID ITU RUMAH ALLAH?

CATATAN KE 281
BETUL ATAU SALAH!

Masjid itu rumah ALLAH?
Jawapnya mestilah BETUL!
Siapa berani kata SALAH!
Nak kena sambo petir?
Nak dapat bala?
Atau tak sekolah agama kah?

Aduhai....
Masjid itu adalah rumah ALLAH,sebab tu masjid bukan tempat larangan atau tempat orang2 tertentu sahaja.
Masjid adalah milik semua umat islam!Tak kira kecil besar tua dan muda.Tak kira lelaki perempuan.Semua boleh datang dan gunakan apa jua kemudahan yang ada.
Bila nak solat,mesti singgah di Masjid
Bila nak buat hajat,mesti singgah di Masjid..
Bila nak jumpa kawan,pun Masjid tempat paling mudah nak tuju..

Tapi...kalau boleh,masukkan lah sikit seringgit dua kat dalam tabung kayu di sebelah pintu tu
Tapi..kalau bolehlah..
Jangan lah sepah2kan masjid,ambil Qur'an,lepas baca....simpan elok2..susun kemas2..jangan le main campak je!kan tu rumah ALLAH.Kita pergi rumah orang atau rumah sendiri pun,tak boleh campak2 barang atau sepah2kan surat khabar.Inikan pula rumah ALLAH.
Lepas pakai telekung,sidailah...susun cantik2,kalau basah jangan perapkan begitu je...gantung elok2,nanti telekung akan berbau hapak!
Lepas  guna sejadah,lipat le...kalau boleh sama tinggi sama rendah!letak balik kat tempat asal..ada setengah masjid,sejadah2 yang di wakaf orang ramai,masih dalam beg plastik,tertindih dengan sejadah2 lama...kesian si wakaf tak dapat pahala dek sejadah yang tak terusik pun....
Kalau ternampak tahi cicak ke,apa ke...tolonglah bersihkan,jangan biarkan,di khuatiri orang terpijak dan bawa merata tempat.
Tutuplah suis lampu,kipas atau air cond....membazir,bil pun nanti banyak..bayar bil bagai tu kan guna duit tabung.Jimatlah..
Kalau boleh bilik air atau tandas di jaga bersama...lepas guna cuci le,jangan le tinggal seredak bagai,pad cuci atau bungkus baik2 dan masukkan dalam tong sampah,jangan letak merata2,biasanya Tok Siak yang cuci tandas,malu lah kan?bila Tok siak yang kutip pad kita.Diaper anak2 pun sama,buang di tempat yang sesuai,jangan nak selit suka2,kalau orang tak nampak tapi ALLAH sebagai tuan rumah kan nampak!jangan lah tunjukkan sangat kejahilan diri.
Walaupun ada tandas2 masjid yang sangat menyedihkan,kita sama2 cuba bersihkan atau pihak ajk masjid peka le sikit,tandas pun penting.Ada pintu selak pun tak ada...ada masjid tu...subhanallah!tandas kotor tahaf gaban!adakalanya,terdetik kat hati...awat lah jadi lagu ni?Ajk tak  nampak atau buat2 tak nampak?
Ada masjid yang sangat bersih tapi masih ada banyak masjid yang tidak di beri perhatian yang sewajarnya.Di mana AJK di mana JKKKK kampung sepatah kata Ustaz Azhar Idrus.Bangkit lah wahai Ajk,JKKKK atau sesiapa sahaja terutama pengerusi masjid,jangan hanya ambil jawatan tapi..apa pun tak boleh!
Masjid tu rumah Tuhan,apalah salahnya kita jujur dalam penjagaanya,kalau rumah kita,langsir cantik2,kalau masjid...nak kata langsir tapi macam gebor je...main ikat kiri kanan untuk pisahkan ruang solat wanita dan lelaki...sepatah kata Najib Razak,kerja HARAM JADAH!sana tak sampai sini pun tak sampai...

kepada semua,jagalah masjid bagai rumah sendiri.Jika ada yang kurang,sama2 lah kita perbetulkan,jangan berkira pada yang bertanggungjawap.Kami yang bukan JKKKK atau AJK,rasa ingin berbakti pada masjid tapi...takut pun orang kata.....
MEMANDAI MANDAI JE.......
Imarahkan masjid denga program2 yang berguna,kuliah2 agama yang tersusun,aktiviti kemasyarakatan yang boleh mendekatkan orang ramai untuk 'mesra masjid'...dan sebagainya.Masjid sebenarnya tempat kita umat islam berkumpul,berbincang bagaimana untuk meluaskan lagi pengaruh islam dalam masyarakat.Jangan le nak gaduh2 je,asingkan agama dengan politik,jangan tunduk dengan politik kerana agama adalah sesuatu yang berbeza.Agama untuk bawa kita kesyurga,politik hanya untuk meneruskan kuasa yang ada.

Oleh itu,kepada yang berkuasa...pandang2 sikit kat rumah ALLAH ni,mana yang perlu di baiki,dulu kan lah....jangan hanya untuk fikir diri sendiri.Fikirkan untuk semua penganut2 islam .Kebersihan amat di tuntut dalam islam,kebersihan separuh dari iman,kebersihan adalah lambang islam.Di mana kebersihan itu merangkumi semua aspek.sedari bangun tidur hingga tutup mata.....kebersihan paling kita utamakan ketika solat,makan dan lain2.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI..
MASJID ITU RUMAH ALLAH
YA!MASJID ITU RUMAH ALLAH DAN KITA DI TUGASKAN UNTUK MENJAGANYA SEBAIK MUNGKIN.BILA AKU KEMASJID,UBAH!AKU KENA RINGAN TULANG,RINGAN TANGAN  DENGAN MENYINSING LENGAN UNTUK SAMA2 MENJAGA KEBERSIHANNYA TERUTAMA TANDAS MASJID!
YES!AKU BOLEH!!







Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH