LANJUTAN DARI KEWANITAAN YANG TAK BETUL

CATATAN KE 288
TEMUJANJI DENGAN DOKTOR YANG PASTINYA TAK SUKA UNTUK AKU LAKUKAN...

Sampai awal,lepas ambil nombor...
Duduk dulu Puan...kata jururawat bertugas..

Di kejauhan..
Seorang amoi sedang menahan sakit
Tak pasti sakit apa,tapi...muka,bibir dah biru semacam je...
Kelihatan seorang sedang menunggu sesuatu..juga tak pasti...
Pandangan mata tak beralih dari memandang amoi yang keseorangan,berbaju merah dan berseluar pendek(baju biasa untuk sseorang amoi)

Lalu Yati...jururawat yang sudah aku kenali 6thn lalu...
Ti!cuba tengok amoi tu....kataku sambil menunjuk ke arah amoi yang sedang menahan kesakitan..
Hey!dia sakit lah....mulut dia dah biru!kata Yati kepada jururawat di bahagian kaunter.
Semua panik!
Semua lintang pukan!
bagai ayam tercabut ekor..
Aku yang tak tahu apa2,hanya memandang sepi tanpa mampu berbuat apa2.
Yati yang aku temui hilang tanpa menyapa khabar

Dia lelah!kata kakak amoi mungkin
Tapi...kat sini tak ada pakar untuk sakit itu,kamu kena pergi ke Hospital Besar...kata jururawat bertugas.
BOLEH GITU?
Tak ada alternatif ke untuk bantu amoi yang dah biru tu?
Hati tertanya2...
Kamu kena pergi segera ke Hospital kerajaan!kata mereka lagi...
Masalahnya.....
Mereka bukan orang sini,mereka orang luar yang datang bercuti mungkin....
Tak tau di mana hospital kerajaan yang di maksudkan.
Datang seorang makcik yang sukarela menghantar mereka ke sana.
Syukur...
Masalahnya..
BOLEH GITU?

Kakak amoi memapah lahan siadik menuju ke kereta.Mak cik yang sudi membantu mengekori mereka dari belakang...
Semuga amoi selamat,semuga tiada halangan dalam perjalanan mereka.
Kesian.....
Penempatan luar bandar begini semenangnya banyak kekurangan.Walaupun PAKAR dan telah di ambil alih KPJ,namun...masih banyak kekurangan.
Pada aku,sepatutnya...
Pihak hospital kena uruskan amoi dengan baik,bukan di perlakukan sebegitu rupa...
Tapi..nak salahkan jururawat2 itu tak boleh...sebab itu sahaja usaha yang mereka fikir terbaik!
Tanpa rujukan pada Doktor bertugas...
Mereka buat keputusan yang tak berhati perut!
Pada aku,Sepatutnya....
Mereka kena bertanggungjawap atas dasar kemanusia
1)Mereka dah kata..mereka tak tau nak tuju kemana..
2)kalau aku tak jumpa Yati,dan Yati tak menjerit memekik dengan kuat.Mungkin amoi mati di situ
3)Tindakan yang lambat,sebab masa aku datang...amoi dah ada dan kakak atau kawan sedang berdiri di kaunter menanti dengan ic masih di tangan.
4)Sepatutnya mereka bawa untuk pemeriksaan lanjut sementara menunggu urusan yang lain.Mungkin boleh bantu dengan oksigen untuk amoi bernafas sementara.
dan banyak lagi tindakan yang wajar.

Dalam kekalutan....
Nama di panggil...
Jumpa Doktor tak sampai 5 minit sebab keputusan lab belum dapat.Keputusan Pap smear dan ada di tangan,keputusan darah masih belum tahu...
Keputusan belum dapat nanti saya call balik kata Doktor
Seminggu!keputusan masih tergantung!lambat gila!
Pap smear ok..kata Doktor
Teruskan makan ubat itu sehingga 21 hari dan stop!tunggu haid datang semula....kata Doktor lagi
Aku hanya mampu....angguk dan geleng...
Itulah Doktorku,lambat dan suka buang masa kita je.....
Datang hanya untuk lihat dia makan duit aku,datang hanya untuk lihat dia punya muka!
Citttt!

Setakat ini,tiada yang mengerunkan.Semuga tiada dugaan baru yang tuhan berikan padaku.Jika kerana hormon...itu biasa!
Jika kerana penyakit lain...itu adalah luarbiasa!
Semuga semuanya berjalan lancar
Tuhan permudahkan segala urusan.
Teringat amoi....apakah amoi sempat di selamatkan
Teringat amoi...teringat anak2
Teringat amoi....teringat akibat kebodohan orang lain,amoi yang dapat susah!
Semuga semuanya selamat.Aamin...

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH