KERETAPI TANAH MELAYU

CATATAN KE 274
DULU DAN KINI

Fuh!letihnya....
Anak balik ikut  hati!
Teringat omak,terus balik!
Teringat bantal kat bilik,terus balik!
Tapi...
Tak fikir,ada ke tiket balik nanti?
Tak terfikir omak ada duit ke?
Sesuka je balik!

Anak2...
Bila di tanya..
Seorang nak balik hari ahad
Seorang nak balik hari isnin
Akhirnya....
Si ibu langsung lupa!
Bila pergi ke stesen bus...
Semua tiket HABIS!
Oooo..patut lah,hari ni,cuti umumlah!
Hari Malaysia!

Panik....
Fuh!amacam ni?
Tak mungkin hantar mereka ke Kolompo...
Letih minggu lepas tak hilang lagi....
Fuh!kacau ni....

Call ETS(keretapi laju utara - kolompo)
Pun HABIS!
Semua orang berpusu2 nak balik kolompo...
Dalam satu hari!
Dalam waktu yang sama....
Fuh!
Panik lagi.....

Mujur lah..
Ada KTM iaitu Keretapi Tanah Melayu versi lama...
walaupun KTM dah ada ETS,
Namun...Ekspres Rakyat tetap di kekalkan dari utara ke selatan!
kalau dulu,sampai Changi.Tapi...sekarang sampai woodland je
Kalau dulu,sampai jauh ke dalam negara Spore!
Tapi...
Sekarang hanyalah di pinggiran sahaja.

Teringat lagu M Nasir..
Ekspres ,ekspres,Ekspres Rakyat...
Cepat2!
Nanti terlambat!


Pernah naik beberapa kali,keadaannya tetap macam dulu cuma dah tak pakai arang kot?hehehe
Warna kelabu tahi anjing tetap sama...
Gedek,gedek,gedek....pun tetap sama cuma dah kurang sikit
Lambat pun sama...cuma dari utara ke Kolompo dah cepat sikit sebab rel dah ada 2 link.Keadaan dalam yang lapuk di sebahagian gerabak.Mungkin gerabak lama tapi gerabak2 baru...dah boleh di banggakan.
Pernah naik sekali pada tahun 1983,masa tu....tak ada duit,naik kelas ke 3...macam naik bus mini.Orang ramai,tak ada tempat duduk.Berbilang bangsa dan keturunan ada di dalamnya.
lepas tu...tobat lahom!tak mungkin naik lagi kelas ke 3,subhanallah.....menakutkan!

Pernah bawa anak2 naik lagi,sekitar tahun....2007,ekonomi dah ok sikit,dah boleh order kelas pertama.Kira oklah......
Selesa dan luas
Cantik dan bersih!mungkin kelas pertama dan mungkin kelas ke 3 tetap sama kot?Mana tak nya,kat situ ada macam2 manusia,barangan dan lain2 lagi.Perbezaan yang ketara!
Tujuan aku bawa anak2 sekadar ingin memastikan mereka punya pengalaman bersama KTM.
Pengangkutan awam yang terbaik dan pilihan terbaik di musim2 perayaan kerana tidak melalui kesesakkan jalan raya.



Siang tadi,hantar anak2 menaiki Ekspres Rakyat kerana semua tiket bus...HABIS!
Termasuk tiket ETS iaitu keretapi laju yang Malaysia miliki setakat ini.Beza masa hanya 45 minit dari keretapi laju utk sampai ke destinasi yang sama iaitu Kolompo!

Teruk dan kotor!baik naik bus!rungut Aina
Memanglah...kan dia dah kata gerabak Aina tu gerabak tambahan...jawapku
Tapi...bau hapak!kotor dan tak selesa!balasnya lagi
Memanglah...gerabak tu dah lama!mungkin dari zaman ibu kot?balasku lagi
Lain kali tak mahu naik!katanya lagi
Ok...lain kali,ingat tiket balik,jangan tiket pergi je.....balasku pula
HUH!getusnya

                                Inilah kaler keretapi yang di naiki,kelabu tahi anjing!sama macam dulu....cuma baru sikit je....hehehehe...almaklum gerabak tambahan!

Nasiblah anak2,asalkan kamu sampai dengan selamat ke destinasi.....
Zaman ibu,KTM yang terbaik,cuma yang sedihnya.....dulu,kini dan selamanya,gerabak2 tu tetap mempunyai warna yang sama,jalur atau corak yang sama....
Apakah tidak ada idea2 yang lebih baik bagi menunjukan satu suasana paling ceria di Ekspres rakyat?
Mustahil tiada penyumbang idea lebih bernas untuk memberi sentuhan yang lain dari yang lain?

Walaupun demikian,Terima kasih kepada KTM yang telah menyelesaikan masalah aku hari ini,jika tak.....
aku mungkin masih di atas jalan raya,memandu pulang di saat orang lain dah masuk tidur...ZZZzzzzz

Syukurrr....semuga KTM akan lebih cemerlang di masa akan datang...




Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK