GARA GARA TAK PERNAH PAKAI TALI PINGGANG...


CATATAN KE 286
AKHIRNYA AKU DI SAMAN

Hari malang?
Tak lah!
Satu pengajaran berguna..
Lain kali sila pakai talipinggang keledar ya Puan......

Lepas ambil si kecil,teringin nak makan nasi briani Johor
Konar punya konar.....tup2 terpacul JPJ di simpang yang tajam selepas lampu isyarat
Selalunya....
Lepas begitu sahaja
Tapi...hari ini...

Lesen Puan...katanya
Beri lesen dan tunggu...
Dalam hati...
Sah!kena saman..
Dia datang bawa surat saman...
Sign Puan...katanya lagi
Aku pun turunkan tandatangan di atas kertas panjang tu...
Berapa saya kena bayar?tanyaku
Sign dulu Puan,nanti saya terangkan...katanya
Kesalahan saya ni,sepatutnya JPJ atau Polis yang saman?tanyaku dengan gaya paling sempoiii
JPJ pun ada kuasa Puan katanya  sambil menyerahkan surat panjang berhantu itu
Bukan polis ke?tanyaku lagi
Terpulang...kami pun masih ada bidang kuasa di situ...katanya lagi dengan lembut
Kenapa banyak sangat roadblock?kataku lagi
Tak pasti Puan...kami tak boleh jawap soalan itu katanya lagi
Masalahnya bukan saya je yang tak pakai,beribu orang tak pakai tali pinggang di pekan kecil ni....kataku lagi tanda tak puas hati
Dia senyum je....
Berapa saya kena bayar?tanyaku lagi
Berkuat kuasa mulai sekarang,kesalahan tidak memakai talipinggang keledar RM300 Puan katanya lagi
Apa?RM300!awak gila ke?kataku lagi Mahal sungguh!sambung ku lagi
Tak boleh jawap Puan...katanya....(aku yakin dalam hati dia mesti tengah gelakkan aku)
Tak boleh kurang ke?mahal sungguh lah!kataku lagi
Tak boleh Puan...muktamad!katanya lagi
Tempoh 2 bulan ya Puan...sambung lagi sambil tersenyum..
SUKA HATI LAH!kataku separuh menjerit....
Grrrrrr.......awat lah aku boleh koner jalan tu,sepatutnya aku tak perlu pergi ke arah itu....Ish,ish,ish...
Sayang duit semata2 tak pakai talipinggang keledar...HUH!
RM300 tu bukan RM30!
Nasib2...

Gara2 kena saman,tekak tertutup terus nak makan nasi briani Johor tapi...dek geram dengan JPJ tu...aku beli dan lalu di simpang yang sama tapi arah berlainan.
Tak pakai tali pinggang,tak senyum,tak jeling dan.....ZUPPPPP!laju memandu di hadapan mereka.
Pasti mereka tengah gelak kan aku
Pasti mereka kata PADAN MUKA KAU PEREMPUAN KENA SAMAN RM300!
Tapi...
Bagi pihak aku
PADAN MUKA KAU KENA TENGKING DENGAN AKU!......Hahahaha

Kau jangan main2,kang kena tembak!kata kakak
Tak peduli....geram aku!jawapku

Dalam hati..
Lain kali pakai talipinggang keledar,jangan nak suka2 je...
Malaysia penuh dengan undang2 yang di gubal sesuka hati...
Hahahahaha...teringat ayat
SUKAHATI!..buat aku tersenyum sendiri.Nampak sangat aku ni ungkal maarif!lawan tetap lawan!YES!

*Sejak kejadian...aku mula pakai tali pinggang sebelum memandu
Dah jadi lumrah...
manusia lebih sayang duit daripada nyawa....
Hahaha...
Aku lah tu!
Cittt!

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH