DULU DAN KINI....

CATATAN KE 285
BEZA KETARA BILA USIA SEMAKIN DEWASA..

Dulu....
Anak2 aku ikut arahan
Anak2 aku ikut peraturan yang di beri
Anak2 aku pandai bawa diri
Tapi...
Tu dulu.................
Masa aku masih berusia bawah 40 tahun.

Tapi...
Kini...
Dalam kelanjutan usia hampir ke fasa "warga emas"
Anak2 kecil aku ikut kepala sendiri
Anak2 aku yang control aku dan bukan aku yang control mereka
Anak2 aku dah macam boossssss!
Ikut suka hati mereka je...

Aku tak tau..
Samada cara pendidikan aku betul atau salah
Atau..
Aku dah mempunyai keyakinan yang tinggi pada takdir dan nasib.
Aku dah redhoooo
Aku dah tak daya
Aku dah jadi semakin penyabar

Hahaha..
Ibu ni...layan sangat diaorang tau!masa kita dulu dah teruk kena marah rungut anak2 yang besar2
Ibu bukan layan,tapi...dah tak kuasa nak layan kerenah mereka....kataku
Nanti diaorang besar kepala lah bu....kata mereka lagi
Kau orang le yang bantu uruskan mereka....pintaku
Tunggu le....kitaorang nak sepak2 mereka...kata anak sulung
Jangan lah...kesian,diaorang masih kecil...ibu hidup lagi kau orang dah nak dera diaorang...kataku
Bukan dera lah bu,tapi nak ajar!mengada sangat!kata si kakak lagi
Sementara di adik,hanya menanti dengan penuh debar...

Kalau dulu...
Anak2 tak berani makan dalam kereta.
DILARANG KERAS!
Nanti ada lipas jerit si ayah
Ibu baru basuh kereta....jangan nak kotorkan...kataku pula
Bla,bla..bla.....masalah dengan anak2 tak mungkin habis!Ada2 sahaja yang terpaksa di atasi dengan kebengisan.

Siapa kotorkan kereta?tanya suami takkala melihat seat kotor bertompok putih...
Semua tetap tak mengaku....
Kamu ke?tanya suami pada anak2 yang kecil
Keduanya hanya mampu memandang di antara satu dengan yang lain
Siapa buat?tanya suami lagi
Kereta je pun ayah...apa yang kecuh sangat?jawap si abang membela diri
Kereta aje?sebab kereta aje,kamu boleh buat sesuka hati?Grrrrr.....
Benggang dengan jawapan spontannya,teringat satu artikel tentang seorang anak yang cacat kerana di pukul ayah gara2 mencalarkan body kereta.Hancur jari2 mongel si kecil di pukul si ayah.Hancur sehingga terpaksa di potong.(entah betul entah tidak,waallahualam)
Bila si anak meminta tangannya yang tiada gara2 kecederaan yang teruk!
Si ayah hanya mampu menangis sahaja.
Nasi dah jadi bubur....
Apa nak buat....amibil ikhtbar...

kalau dulu2...
Tak siapa berani sepahkan kereta
Anak2 itu tahu apa yang patut di buat.Tiada barang yang tinggal.Tiada sampah sarap!yang ada hanyalah keadaan kereta yang sangat kemas dan teratur.
Tapi..
Itu dulu...
Sejak dua menjak ni,dah tak larat jadi warden..
Nak pantau setiap penjuru rumah,setiap ruang.....
Sejak sejak usia dah MIDI....
Dah tak larat nak bising2,asalkan mereka diam,tak bergaduh...
Kira dah untung le...kira hari ini dunia anna yang punya.
Hati tak tenang tak berkecamuk!
Sejak2 kebelakangan ni,fikiran tak boleh berkecamuk!
Panik!

Weh!akak nak gi rumah...kata sahabat
Kalau dulu...OK sepantas kilat sediakan apa yang patut untuk sambut tetamu
Sekarang....Alamak!nak buat apa?nak masak apa?ahhhh!panik!panik!

Itu lah aku kini,serba kekurangan dalam banyak segi...
Apakah aku sudah semakin tua?sudah semakin kalutttttt?
AHHHHHHH!!!



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?