BILA ORANG SIHAT MASUK SEPITAL

CATATAN KE 283
OVER GILLLA!

Lanjutan dari kes kewanitaan yang tak normal,aku gagahi jua ke Hospital Pakar Puan.
Tunggu dan tunggu...
Akhirnya....
Kena cuci rahim,kena buat pap smear dan kena ambil simple darah yang masih galak keluar tu.
Bincang dengan Doktor..
Pukul 3 petang ni masuk bilik bedah!arahan Doktor Lee
Terpingga aku di buatnya..
Pertama
Siapa nak jaga anak2
Siapa nak jaga rumah
Siapa nak ambil anak2 dari sekolah
Dan 1001 macam persoalan yang masih tak terjawap.
Semua di sebabkan...suami bekerja dan sedang sibuk dengan tugas barunya.
Nak minta tolong siapa pun tak tahu..atas alasan tak mahu susahkan kawan2.
Doktor,beri saya peluang susun atur hidup saya dulu...nanti pukul 2 ptg saya datang...
Sampai rumah,siapkan kelengkapan untuk dok kat hospital,siapkan apa yang patut kat rumah dan puashati....aku pergi sendirian
Bukan suami tak nak bantu,tapi...aku tak mahu dia susah hati..
Saya ok,saya boleh buat semua sendirian....kamu jangan bimbang.
Sedih bila fikirkan kena tinggalkan anak2 sendirian.
Tawakkallah!
Diri sendiri kena fikir juga,hidup masih panjang lagi,kalau aku tak sihat pun masalah untuk keluarga juga.

Dengan gaya santai...tarik beg troly dengan penuh bergaya,walhal...dalam beg tu persiapan untuk dok semalam di Hospital.Faham2 aje....ubat gigi,berus gigi dan lain2 lagi...main campak je!
Kak nak gi mana?tanya jururawat bertugas
Nak dok hospital....jawapku bersahaja
Macam nak gi melancong!katanya
Heheheh...dah mcm2 ada kat dalam...senang nak bawa...kataku
Mereka gelak2 je....
Grrrrr

Kak tukar baju dulu kata seorang jururawat
Sebaik baju bertukar tangan,sayu hati...suami anak2 tak ada di sisi,walaupun nampak cekal,sayu juga hati bila berbual dengan suami sebentar tadi.Tahan hati je bila mendengar suaranya.sayu hati bila memandu sendirian,sebak hati bila lihat wajah anak2 yang kecil tu masa nak keluarkan kereta.Perasaan silih berganti...
Tapi...
aku kena kuat!aku kena tabah...proses cuci rahim tu satu operasi yang sangat ringkas.
Jangan takut wahai hati...ALLAH akan jaga aku..Yes!ALLAH ada.....

Siap semua,mereka tolak aku ke bilik bedah..
Kelihatan Doktor Lee dah tunggu,doktor bius sebelah kanan dan jururawat2 yang bertugas.
Malu tak malu lah...
Lantak!asalkan aku sihat
Sebagai persediaan biasa,satu tiub di masukkan di tangan.
Tidur ya...kata Doktor bius
Aku lihat keliling,dengar mereka berbual2,dengar mereka ketawa....semua suara silih berganti......sayup dan hilang.

Aku tersedar dari tidur...
bila lah mereka nak buat kerja ni tanyaku dalam hati.
Bila buka mata....lihat keliling...pandang kiri kanan...
hehehehe...dah siap!aku dah di kerjakan oleh Doktor dalam tidur....
Hilang semua malu...
Syukur...aku tak tidur terus!
Syukur..aku sedar setelah di tidurkan selama hampir 2 jam..
Syukur.....

Semuga aku akan pulih seperti sediakala
Semuga ini semua bukan petanda kepada sebarang penyakit
semuga aku akan selamat dan dapat menjalani hidup dengan penuh gembira.
Semuga ALLAH tak beri aku dugaan yang lebih besar...

Jangan risau lah!kata sahabat
Itu semua normal...kata sahabat yang lain
Itu tandanya hormon kau dah tak betul!kata sahabat satu lagi
Itu tandanya kau dah nak putus haid!kata mereka serentak
APA?PUTUS HAID?TAK MUNGKIN.....AKU MUDA LAGI.....AHHHHHH!!!!
PARASAN!mereka ketawa serentak.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK