BALIK KAMPUNG!

CATATAN KE 287
UTARA-SELATAN/SELATAN- UTARA!

Aduhai....
Punyalah jauh perjalanan ke Selatan
Punyalah bosan dok dalam kereta lama2!
Rasa nak terjun je...
Rasa nak patah balik je...

Awal perjalanan
Senyum sampai ke telinga
Maklum lah...nak balik kampung,nak jumpa mak,nak jumpa saudara mara..
Sampai kat Seremban...
Terasa bosan di hati..
pandang signboard..
Tertera...
Senawang
Linggi
Pedas
Air Keruh...bla,bla...
Aduh!jauh lagi.....
Belum jumpa Tangkak,Pagoh,Yong Peng...bla,bla..
Maknanya..
Perjalanan masih jauh lagi!

Dengan kelajuan terkawal..
Kereta di pandu laju!meredah dini hari untuk sampai segera ke destinasi
Sebaik ternampak
SEMPADAN JOHOR..
Hati berbunga2 kembali...
Tapi...
kebosanan mengatasi segala..
Demi Mak,kami susuri juga walaupun payah!

Sebaik nampak tol Skudai


Sebaik nampak tol Senai yang masih utuh walaupun ada ura2 nak di hapuskan...hati kembali gembira,mata yang ngantuk dah terbuka luas!
Tak sabar nak keluar dari kereta,tak sabar nak kembangkan tangan,tak sabar nak lunjurkan kaki...
AAAaaaaaahhhhh!
Kalau tidak kerana Emak,pasti kami tak akan sampai ke mari...
Kalau tidak kerana Emak,pasti kami lebih senang dok rumah nonton TV
Apa nak buat,selagi ada hayat di kandung badan...kami tetap akan redah highway yang berbayar ni...
Mahal gila!pergi balik RM140(lebih kurang le....)
Belum campur minyak,makan,minum,jajan dan lain2 lagi..
Aduhai.....
Hidup semakin tersepit dek percaturan ekonomi yang kurang memberangsangkan..
Aduhai...
Nasib badan...
Alangkah beruntungnya kalau jadi anak sultan!
Tak perlu susah2 bekerja,tak perlu susah2 buat itu ini..
Alangkah beruntungnya jadi anak PM!
Tak perlu susah2 cari makan sendiri..
Semua mungkin terhidang di depan mata...
Dan
Alangkah  beruntungnya jadi anak Menteri kat Malaysia
Nak beli apa pun!
Ikut suka hati!
hehehe....
Alangkah,alangkah......meriahnya hidup kalau jadi orang kaya raya!
setakat minyak naik seringgit pun!
Tak jadi hal punya!..

Bila balik...anak2 muncung sedepa!
Semua tak suka nak redah jalanraya sejauh ini...
kebas punggung bagai di bius bius..
sengal tulang belakang dek duduk yang lama..
HUH!
Dalam hati..
Kenapalah tak ada kapalterbang untuk ke sana
kenapalah menteri2 tak terfikir nak percepatkan pembinaan lapangan terbang di sini...
Paling tidak....Airasia boleh le maaiiii ambil kami...
Tak payah kapalterbang beso2,Firefly yang terbang tak tinggi tu pun dah memadai...
Paling tidak...2jam boleh sampai jika di bandingkan dengan 10jam berkereta....

Walaupun penat tapi...pemandangan sepanjang perjalanan tidak pernah akan mengecewakan...

Siangnya...
sawah padi merentas bumi....
Hijau nun jauh di sana
FUH!asyik2...




Senjakalanya...
saksikanlah.....betapa hebatnya kejadian Tuhan untuk kita...
Jauh bagaimanapun...panorama ini buat kami sanggup meredahnya saban kali...
Terima kasih ALLAH
Kau lindungi kami sepanjang perjalanan ini
kau kurniakan keindahan untuk kami saksikan kebesaranmu
Wajarlah ada pepatah berkata...
Jauh perjalanan luas pandangan..




Jika aku tak balik ke selatan...
Mana mungkin aku jumpa pandangan secantik ini...
Syukur.....

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK