Posts

Showing posts from September, 2013

CELOTEH ANAK

CATATAN KE 289
SELAMAT HARI LAHIR ALIF FARHAN(9)

Bangun pagi...
Selamat hari lahir anak bujang....
Nak hadiah apa?tanyaku
Nanti Alif fikir....katanya
Cepatlah cakap!nak KFC nak permainan?tanyaku lagi
Nanti.....sambil menunjuk isyarat bertenang
Alif nak hadiah ponteng sekolah!katanya tanpa rasa bersalah
Itu bukan hadiah,itu mengada2 namanya balas ku sambil berlalu

Balik sekolah...
Muka masam mencuka
kenapa?tanyaku
Tak ada apa2 lah!balasnya endah tak endah
Suasana senyap sunyi...
Sampai rumah....
Alif rasa,tahun inilah harijadi paling teruk!katanya
Kenapa?balasku
Tak ada apalah!katanya sambil berlalu
Aku diam sahaja,dalam hati....apa kehelah mamat ni...

Masa makan...
Muka tetap masam mencuka
Cuba cakap nak apa?kataku dah jadi marah
Tak ada apa2 lah...katanya tapi...muka tetap masam sambil meneruskan makannya
Tetiba.....
Mukaku seperti di simbah kuah!
Aaahh!dah lebih ni...jangan le nak buat hal!kataku dengan nada marah
Dia diam tapi..tampak bersalah.
Sorry.....Alif tak sengaja....katanya

LANJUTAN DARI KEWANITAAN YANG TAK BETUL

CATATAN KE 288
TEMUJANJI DENGAN DOKTOR YANG PASTINYA TAK SUKA UNTUK AKU LAKUKAN...

Sampai awal,lepas ambil nombor...
Duduk dulu Puan...kata jururawat bertugas..

Di kejauhan..
Seorang amoi sedang menahan sakit
Tak pasti sakit apa,tapi...muka,bibir dah biru semacam je...
Kelihatan seorang sedang menunggu sesuatu..juga tak pasti...
Pandangan mata tak beralih dari memandang amoi yang keseorangan,berbaju merah dan berseluar pendek(baju biasa untuk sseorang amoi)

Lalu Yati...jururawat yang sudah aku kenali 6thn lalu...
Ti!cuba tengok amoi tu....kataku sambil menunjuk ke arah amoi yang sedang menahan kesakitan..
Hey!dia sakit lah....mulut dia dah biru!kata Yati kepada jururawat di bahagian kaunter.
Semua panik!
Semua lintang pukan!
bagai ayam tercabut ekor..
Aku yang tak tahu apa2,hanya memandang sepi tanpa mampu berbuat apa2.
Yati yang aku temui hilang tanpa menyapa khabar

Dia lelah!kata kakak amoi mungkin
Tapi...kat sini tak ada pakar untuk sakit itu,kamu kena pergi ke Hospital Besar...kata…

BALIK KAMPUNG!

Image
CATATAN KE 287
UTARA-SELATAN/SELATAN- UTARA!

Aduhai....
Punyalah jauh perjalanan ke Selatan
Punyalah bosan dok dalam kereta lama2!
Rasa nak terjun je...
Rasa nak patah balik je...

Awal perjalanan
Senyum sampai ke telinga
Maklum lah...nak balik kampung,nak jumpa mak,nak jumpa saudara mara..
Sampai kat Seremban...
Terasa bosan di hati..
pandang signboard..
Tertera...
Senawang
Linggi
Pedas
Air Keruh...bla,bla...
Aduh!jauh lagi.....
Belum jumpa Tangkak,Pagoh,Yong Peng...bla,bla..
Maknanya..
Perjalanan masih jauh lagi!

Dengan kelajuan terkawal..
Kereta di pandu laju!meredah dini hari untuk sampai segera ke destinasi
Sebaik ternampak
SEMPADAN JOHOR..
Hati berbunga2 kembali...
Tapi...
kebosanan mengatasi segala..
Demi Mak,kami susuri juga walaupun payah!

Sebaik nampak tol Skudai


Sebaik nampak tol Senai yang masih utuh walaupun ada ura2 nak di hapuskan...hati kembali gembira,mata yang ngantuk dah terbuka luas!
Tak sabar nak keluar dari kereta,tak sabar nak kembangkan tangan,tak sabar nak lunj…

GARA GARA TAK PERNAH PAKAI TALI PINGGANG...

CATATAN KE 286
AKHIRNYA AKU DI SAMAN

Hari malang?
Tak lah!
Satu pengajaran berguna..
Lain kali sila pakai talipinggang keledar ya Puan......

Lepas ambil si kecil,teringin nak makan nasi briani Johor
Konar punya konar.....tup2 terpacul JPJ di simpang yang tajam selepas lampu isyarat
Selalunya....
Lepas begitu sahaja
Tapi...hari ini...

Lesen Puan...katanya
Beri lesen dan tunggu...
Dalam hati...
Sah!kena saman..
Dia datang bawa surat saman...
Sign Puan...katanya lagi
Aku pun turunkan tandatangan di atas kertas panjang tu...
Berapa saya kena bayar?tanyaku
Sign dulu Puan,nanti saya terangkan...katanya
Kesalahan saya ni,sepatutnya JPJ atau Polis yang saman?tanyaku dengan gaya paling sempoiii
JPJ pun ada kuasa Puan katanya  sambil menyerahkan surat panjang berhantu itu
Bukan polis ke?tanyaku lagi
Terpulang...kami pun masih ada bidang kuasa di situ...katanya lagi dengan lembut
Kenapa banyak sangat roadblock?kataku lagi
Tak pasti Puan...kami tak boleh jawap soalan itu katanya lagi
Masalahnya b…

DULU DAN KINI....

CATATAN KE 285
BEZA KETARA BILA USIA SEMAKIN DEWASA..

Dulu.... Anak2 aku ikut arahan Anak2 aku ikut peraturan yang di beri Anak2 aku pandai bawa diri Tapi... Tu dulu................. Masa aku masih berusia bawah 40 tahun.
Tapi... Kini... Dalam kelanjutan usia hampir ke fasa "warga emas" Anak2 kecil aku ikut kepala sendiri Anak2 aku yang control aku dan bukan aku yang control mereka Anak2 aku dah macam boossssss! Ikut suka hati mereka je...
Aku tak tau.. Samada cara pendidikan aku betul atau salah Atau.. Aku dah mempunyai keyakinan yang tinggi pada takdir dan nasib. Aku dah redhoooo Aku dah tak daya Aku dah jadi semakin penyabar
Hahaha.. Ibu ni...layan sangat diaorang tau!masa kita dulu dah teruk kena marah rungut anak2 yang besar2 Ibu bukan layan,tapi...dah tak kuasa nak layan kerenah mereka....kataku Nanti diaorang besar kepala lah bu....kata mereka lagi Kau orang le yang bantu uruskan mereka....pintaku Tunggu le....kitaorang nak sepak2 mereka...kata anak sulung Jangan lah.…

CELOTEH ANAK

CATATAN KE 284
HARI2 ADA SAHAJA DUGAAN..

Siapa download games ni?tanya si ayah
Semua tak mengaku,potong jari tak mengaku...baik kecik baik yang besar...semua geleng kepala tanda tak buat...
Siasat punya siasat..
Sah!
Anak lelaki yang buat..
Kenapa pandai2 beli game ni?tanya si ayah
Si bujang hanya senyum sipu tanda malu...
Lain kali jangan nak memandai mandai tau!kata ku dengan penuh marah!
Alif dah mintak tapi ibu tak layan...katanya
Kalau ibu tak kasi maknanya tak boleh lah!kata ku lagi
Dia diam je...buat muka tak bersalah.

Padan muka kan?dia minta baik2 kita tak layan,ambik ko!terus load sendiri....kataku pada suami
Suami hanya mampu geleng kepala je..
Lain kali jangan nak pandai2 beli game tu,nasib baik US1.98 je...kalau US10.98?Macam mana?leter saya..

Ayah tukar password le..cadang anak sulung
Dah!ayah dah tukar,kalau dia tanya jawap....RAHSIA..kata suami
Iktihar terakhir untuk menangani keletah si bujang senang...

Aku hanya mampu urut dada je le..
Si ayah pun satu hal!terang2 tun…

BILA ORANG SIHAT MASUK SEPITAL

CATATAN KE 283
OVER GILLLA!

Lanjutan dari kes kewanitaan yang tak normal,aku gagahi jua ke Hospital Pakar Puan.
Tunggu dan tunggu...
Akhirnya....
Kena cuci rahim,kena buat pap smear dan kena ambil simple darah yang masih galak keluar tu.
Bincang dengan Doktor..
Pukul 3 petang ni masuk bilik bedah!arahan Doktor Lee
Terpingga aku di buatnya..
Pertama
Siapa nak jaga anak2
Siapa nak jaga rumah
Siapa nak ambil anak2 dari sekolah
Dan 1001 macam persoalan yang masih tak terjawap.
Semua di sebabkan...suami bekerja dan sedang sibuk dengan tugas barunya.
Nak minta tolong siapa pun tak tahu..atas alasan tak mahu susahkan kawan2.
Doktor,beri saya peluang susun atur hidup saya dulu...nanti pukul 2 ptg saya datang...
Sampai rumah,siapkan kelengkapan untuk dok kat hospital,siapkan apa yang patut kat rumah dan puashati....aku pergi sendirian
Bukan suami tak nak bantu,tapi...aku tak mahu dia susah hati..
Saya ok,saya boleh buat semua sendirian....kamu jangan bimbang.
Sedih bila fikirkan kena tinggalkan…

BILA SUHU BADAN NAIK MENDADAK!

Image
HA!HA!HA!APA PUN TAK BOLEH!(APTB)

Semalam..
Fidah demam....kata mak
Demam apa?tanyaku pula
Entah!tapi panas dia tinggi sampai meracau racau!kata mak lagi
Tak bawa hospital ke?tanyaku pula
Fidah tak mahu...kata emak lagi
Angkut je le mak,dia kan sakit....mana ada daya...jawapku lagi
Emak diam je...

Hari ini...
Fidah deman panas lagi..kata mak
Tak bawa hospital ke?tanyaku
Dah...doktor dah bagi 'enjek' sebab panas sangat!kata mak
oooo..oklah tu nanti...kataku
Tapi meracau2..takut mak tengok kata mak
Macam mana pulak?kata saya
semalam suami dia kata meracau2,tadi petang mak pergi...kesian,meracau2 nampak semut.Duduk dalam gelap sebab takut semut datang kat dia,semut yang banyak akan hurung kepala lah,badanlah,ikat kaki lah...macam2!cerita mak
Habis tu?tak usaha ke?tanyaku lagi
Dah....malam nanti emak bawa dia gi tengok2 orang bijak pandai kata mak lagi

Malam hari...
Fidah dah ok?tanya aku
Tak lagi...kata iparku
kenapa biorkan dia kat ghumah je...denggi kot atau kepialu?tanya aku l…

MASJID ITU RUMAH ALLAH?

Image
CATATAN KE 281
BETUL ATAU SALAH!

Masjid itu rumah ALLAH? Jawapnya mestilah BETUL! Siapa berani kata SALAH! Nak kena sambo petir? Nak dapat bala?
Atau tak sekolah agama kah?
Aduhai.... Masjid itu adalah rumah ALLAH,sebab tu masjid bukan tempat larangan atau tempat orang2 tertentu sahaja. Masjid adalah milik semua umat islam!Tak kira kecil besar tua dan muda.Tak kira lelaki perempuan.Semua boleh datang dan gunakan apa jua kemudahan yang ada. Bila nak solat,mesti singgah di Masjid
Bila nak buat hajat,mesti singgah di Masjid..
Bila nak jumpa kawan,pun Masjid tempat paling mudah nak tuju..
Tapi...kalau boleh,masukkan lah sikit seringgit dua kat dalam tabung kayu di sebelah pintu tu Tapi..kalau bolehlah..
Jangan lah sepah2kan masjid,ambil Qur'an,lepas baca....simpan elok2..susun kemas2..jangan le main campak je!kan tu rumah ALLAH.Kita pergi rumah orang atau rumah sendiri pun,tak boleh campak2 barang atau sepah2kan surat khabar.Inikan pula rumah ALLAH.
Lepas pakai telekung,sidailah...sus…

SAKIT KEPALA BILA....

CATATAN KE 280
URUSAN KEWANITAAN BERMASAALAH!

Lewat datang bulan? Ish...awat lah....dah lewat seminggu ni... Mengandung kah? Kemungkinan besar tak lah.... Sakitkah? Rasanya pun tak lah!
Ya ALLAH,jauhkan aku dari segala penyakit.Aamin...
Tunggu punya tunggu,akhirnya..... Keluar seperti biasa. Syukur....hilang kerisauan... satu hari,dua hari,tiga hari,empat hari dan ...akhirnya ke hari ini masih setia adaaaa..!ubat doktor beri dah tinggal plastik kosong je...risaunya...tak pernah berlaku dalam hidup..
Kenapa lah agaknya.. Sakit pula kepala bila fikir semua ini...

Pergi klinik
Doktor cantik berkulit sawo matang menyambutku dengan senyuman paling manis..
Setelah bersoal jawap beberapa saat,
Anda mengandung ke?
Mengandung?Apa kene mengandung dengan haid tak betul ni Doktor?tanyaku panik
Mungkin gugur...jawapnya
Tak lah Doktor,saya dah ikat 6thn lalu....jawapku
Oooo....mungkin tak lah...jom!scan perut kata doktor
Rahim bengkak sikit tapi...ada sesuatu di sini..tapi tak pe..seminggu lagi awa…

SAHABAT SAHABATKU...

Image
CATATAN KE 279
ADALAH INSAN YANG KU SAYANG...:(

Haii..tak habis lagi citer karut marut tu ke?tanyaku pada sahabat
Belum.....member tak terima nasihat orang,malah kata kita tak memberi nasihat yang baik dan membantu di kala dia susah...jawapnya
Hai!bila pula dia minta kita tolong dia?Dia kan orang kaya,rumah cantik,gaya hebat...jauh betul jika di bandingkan dengan kita.Biarlah...lambat laun dia sedar lah!kataku
Tapi...hati sakit lah!jawap sahabat
Jangan layan je...buang masa!kataku
Betul.....tapi...asakkan dia buat saya tak selesa..kata sahabat lagi.
Biarlah...nanti dia letih cakap2,dia diam lah..kataku lagi sebagai nasihat
Saya cuba,rasa nak putus jantung saya ni...katanya lagi
Tak tau lah nak kata apa lagi....balasku
Sebagai kawan,kita mestilah tak mahu jadi minyak,tapi...kita cuba jadi air...
Biar padam api kemarahan tu...
kalau kita tuang minyak,bukan sahaja api marak menyala tapi...mungkin membakar kita..


Tapi..
Kesabaran manusia pun ada hadnya juga,mula2 kita sabar tapi...bila be…

GLUKOS KU NAIK TINGGI!

CATATAN KE 278
SEDIHNYA.....

Dik!nak pekse glukos....orderku masa kat farmasi tadi. Keputusan keluar... Kak 12.4 ,tinggi ni...katanya Apa?12.4!tak boleh jadi...mesti kena buat sesuatu kataku sendiri Akak makan ubat?tanya jurujual tu lagi Belum lagi...akak cuma makan makanan tambahan sahaja..kataku.Hati dah tak seronok,glokus dah tak terkawal gara2 kuih tat,kuih kelapa dan segala macam kuih raya.Aku dah tau kesannya,selalu makan ok je...tapi...dek tersalah suka.Habis berbalang2 kuih raya aku telan! Aduh!tak ada lagi teh tarik,tak ada lagi kuih2 manis... Semua kena STOP!
Akak tak rasa apa2 ke?tanyanya lagi Tak...akak ok je,sebenarnya akak dah tau kesan setiap makan yang masuk perut,tapi....dek buat2 lupa..terimalah akibatnya aku merunggut sendiri. Akak cuba kontrol makan,minggu depan datang lagi...kalau tak turun akak kena gi hospital sebab glokus tinggi pun tak bagus untuk organ dalaman.Terangnya panjang lebar. Ok....nanti akak cuba dulu...kataku lagi
Sepanjang jalan,hati dah tak seron…

PERAGUT JALANAN

Image
CATATAN KE 277
ANTARA HIDUP ATAU PUN KITA MATIIII

Tolong!tolong!... Tak ada siapa yang membantu Tolong!tolong!.. Masih tiada tampil berani... Kenapa? Tak berani kak...tengok tu!dia bawa parang!jawap seorang pemuda Kenapa? Tak pasal2 kita mati kak oiii....jawap pemuda yang lain Aduhai.....kalau semua tak membantu,siapakah yang akan menolong wanita itu?hati berbisik..
Zaman dah berubah,bukan tak mahu membantu tapi tak daya nak tolong,tak mampu nak berlawan dengan peragut jalanan itu. Peragut2 itu nekad! Peragut itu berani mati! Peragut itu sudah hilang nilai kasih sesama insan.. Hati dah hitam tu kak...sambung pemuda tu lagi.. Mungkin juga dik hati dia dah gelap gelita ssehingga sanggup meragut wanita tua.
Masaalahnya,mustahil seorang pun tak berani melawan 2 orang peragut jalanan itu? Tak ada kak,semua orang dah tak fikir belas kasihan,semua orang hanya fikir diri sendiri sahaja. Mustahil!kataku Betul kak,kat belakang econsave ni selalu berlaku kes ragut,sebab tu ada polis kat sini...k…

CUTI KULIAH

CATATAN KE 276
NAIK LEMAK LE TU....

Lepas bercuti sakan masa raya,mulalah malas nak ke kuliah petang. Lepas bercuti beria ria,menjamu selera sana sini,semua mood hilang,bulan puasa je rasa nak pulun pahala banyak2!tapi lepas raya....semua buat macam tak ada apa2 je..
Ah!itu antara tanda puasa kita tak di terima,kata 'ostad'....
Alahai.....
Sepatutnya,kita makin tambah baik bukan begini perangainya,kalau dulu maghrib je gi surau,lepas raya,dari maghrib sambung isyak!itu baru tanda ada keberkatan..sambung 'ostad' lagi.
Baik 'Ostad'...angguk pelajar di kuliah senja

Hoii!mak cik..gi mana?tanya sahabat
Ada kak...jawapku tersipu malu
Laa..Kak ingat gi Mekah jawapnya sambil tersenyum meleret..
Tak lah!ada....tapi...sejak2 anak2 sambung sem.payah sikit saya nak bergerak jawapku dengan rasa malu2 alah.
Tak Pe,ikut sempat lah....Kata sahabat lagi sambil berlalu..
Ambik ko!
Kejap ada,kejap tak ada...dah macam chipsmore lah pulak...

Assalamualaikum Kak sapa Salina
Waalaiku…

PELAYAN BARU

CATATAN KE 275
DI RESTORAN MELAYU...

Siang tadi aku singgah di sebuah restoran melayu yang baru sahaja memulakan operasi.Kalau tak silap awal tahun 2013.
Restoran yang menyediakan makanan ala2 arab gitu...
Bunyi hebat,tapi....
Sebenarnya indah khabar dari rupa!
Rasa hidangannya kira ok lah.....
Boleh puji walaupun serba kekurangan...
Harga?
subhanallah!mahal gila!
Nasi + kambing RM15.00!
Tapi...boleh di terima akal lah sebab hidangannya boleh diberi 3 bintang!

Masalahnya...
Setiap kali datang pukul 11.30 pagi
Kat pintu tertera CLOSED!
Walaupun kat pintu tu juga tertera..
Waktu operasi pukul 11.30 pagi
Setiap kali datang
Walaupun cepat 5 minit sebelum 11.30 pagi
Pintu tetap tak buka ate ada orang kat dalam
Kita terjenggok dari luar,orang dalam buat dek je...
Setiap kali datang
Ada sahaja masalahnya terutama layanan yang lambat dek tak ada pembantu.
Tapi...
Hari ini,sekian lama tak jejakkan kaki ke sana,
Akhirnya aku mengalah dek melayan kemahuan suami
wah!dah ada pembantu baru,berunifor…

KERETAPI TANAH MELAYU

Image
CATATAN KE 274
DULU DAN KINI

Fuh!letihnya....
Anak balik ikut  hati!
Teringat omak,terus balik!
Teringat bantal kat bilik,terus balik!
Tapi...
Tak fikir,ada ke tiket balik nanti?
Tak terfikir omak ada duit ke?
Sesuka je balik!

Anak2...
Bila di tanya..
Seorang nak balik hari ahad
Seorang nak balik hari isnin
Akhirnya....
Si ibu langsung lupa!
Bila pergi ke stesen bus...
Semua tiket HABIS!
Oooo..patut lah,hari ni,cuti umumlah!
Hari Malaysia!

Panik....
Fuh!amacam ni?
Tak mungkin hantar mereka ke Kolompo...
Letih minggu lepas tak hilang lagi....
Fuh!kacau ni....

Call ETS(keretapi laju utara - kolompo)
Pun HABIS!
Semua orang berpusu2 nak balik kolompo...
Dalam satu hari!
Dalam waktu yang sama....
Fuh!
Panik lagi.....

Mujur lah..
Ada KTM iaitu Keretapi Tanah Melayu versi lama...
walaupun KTM dah ada ETS,
Namun...Ekspres Rakyat tetap di kekalkan dari utara ke selatan!
kalau dulu,sampai Changi.Tapi...sekarang sampai woodland je
Kalau dulu,sampai jauh ke dalam negara Spore!
Tapi...
Sekarang ha…

PESANAN SEORANG ULAMAK...

Image
CATATAN KE 273
INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN KELUARGA

Nasihat dari seorang ulamak
Habib munzir Al Musawwa
Yang telah pergi mengadap ilahi......
Siapa pun beliau,ucapan ini buat kita terpana sebentar...




NAMUN TUJUAN ADALAH SATU...
SAAT BERJUMPA DENGAN RABBUL'ALAMIN...
BERAKHIR SELURUH APA YANG KITA LEWATI,DARI KEHIDUPAN DUNIA KEPADA TUJUAN TUNGGALNYA IAITU BERJUMPA DENGAN ALLAH.

HADIRIN HADIRAT...
INGATLAH!AKAN DATANG SUATU SAAT,BIBIR KITA TIDAK LAGI BISA BERGETAR MENYEBUT NAMA ALLAH..
DI SAAT ITU, KITA DI TURUNKAN KEDALAM KUBUR KITA,DAN WAJAH KITA DI BUKA DAN WAJAH KITA DI CIUMKAN DI TEMBUK KUBUR KITA,LALU KITA...DI KUBURKAN DAN DI TINGGALKAN OLEH SEMUA KERABAT...
DI SAAT ITU TIDAK ADA LAGI KEKASIH!
DI SAAT ITU TIDAK ADA JAWATAN!
DI SAAT ITU TIDAK ADA HARTA!
ITULAH HADIRIN HADIRAT,KITA SENDIRI...

DI SAAT ITU BERUNTUNGLAH!
MEREKA YANG SELALU BERZIKIR..
YANG MENGINGAT ALLAH DAN ALLAH MENGINGATNYA..
YANG MERINDUKAN ALLAH DAN ALLAH MERINDUKANNYA..

ALLAH MASIH TERUS BERSABAR..
YANG DI T…

MELAYU TAK TOLONG MELAYU?

CATATAN KE 272
SIAPA DULU DIA YANG DAPAT!

Sebaik masuk kedai,dialah yang bangun menyambutku. Sebaik ku tolak pintu kaca,dialah yang mendahului menghulurkan tangan. Sebaik ku hadirkan diri di tempatnya,dialah yang melempar senyum padaku.
Setiap kali aku ingin membeli sesuatu,aku tak perlu memikirkannya terlalu lama,tolak bagi campur !berbincang dengan suami lebih kurang,balik pasar pun aku boleh menyinggah untuk melihat apa jua yang aku inginkan.
Boleh saya bantu kakak?tanya jurujual wanita itu Saya nak lihat MYVI baru...jawapku Ok,sini kak...tuturnya lembut Setelah di beritahu serba ringkas,aku akan call suami untuk persetujuan.Sebaik suami setuju...semuanya berjalan seperti di rancang. Kenapa u tak beli dengan melayu?tanya seorang kawan Bukan saya tak mahu,atau bukan saya tak mahu tolong melayu.Sebaik saya masuk ke kedai itu,hanya Rubanee yang menyambut saya dengan senyuman,jurujual yang lain hanya memandang sepi tanpa ada usaha nak bangun bertanya jawapku Ooooo...balas kawanku Takka…

PEKAN LUMUT

Image
CATATAN KE 271
DULU DAN SEKARANG

Aku pernah ke mari sekitar tahun 1997,masa tu...aku rasa pekan ini jauh ketinggalan.Ada rumah2 kedai yang di bina dari papan,ada gerai2 yang serba daif ,pendek kata....jauh bezanya dari sekarang.Kedatangan aku hanya sebagai peneman kepada suami yang bertugas.Kami menginap di sebuah hotel yang terbaik ketika itu,kalau tak silap Bluebay itulah namanya.
Aku kira,hotel itu sahaja yang ada kot kat pekan kecil ini masa tu.
Patutlah orang panggil Lumut ni sebagai tempat jin bertendang!jauh bebenorrr..sampai punggung bagai di bius2!

Masa tu,jeti pun tak semoden sekarang..banyak yang kurang walaupun tempat perlancongan untuk ke P.Pangkor.Mungkin Majlis tempatan terlepas pandang atau pun tak memandang ataupun bajet tak ada kot?

Masa tu..aku rasa Lumut satu tempat yang sangat suram dan sepi.Tak ada apa2!

Tahun 2006,aku ikut suami pindah ke Lumut,pekan yang pada satu masa dulu aku anggap sepi,kini akan aku duduki bukan setahun!tapi...mungkin bertahun2...Apa nak bua…

TIKAM BELUT....

Image
CATATAN KE 270

Kalau tak tau,meh ceq kasi tau...
TIKAM BELUT adalah sejenis jahitan silang pangkah yang di buat kat leher baju kurung turun temurun yang dikenali juga sebagai Baju kurung Teluk Belangga.
Aku tak lah mengkaji secara terperinci tapi...itulah baju kurung yang aku pakai sejak dulu lagi.Pastinya..ada TIKAM BELUT di lehernya dan sembat di badannya.Tanpa TIKAM BELUT dan sembat kat badan,baju kurung di ketegorikan sebagai baju kurung moden bukan baju Kurung Teluk Belangga.
Tapi...2013,dah kurang orang sanggup untuk sembat baju kurung,cukup sekadar di tinggalkan TIKAM BELUT di leher sahaja.Kedua2 jahitan itu perlukan masa yang cukup lama untuk siap kpd yang baru tau le,utk pakar...celah gigi sahaja.Ada pakar boleh membuat TIKAM BELUT 3 helai dalam sehari!mesti mata pakar boleh berpinau pinau jadinya.

Tahu buat TIKAM BELUT?
Mestilah.....aku belajar walaupun hasilnya taklah sebaik pakar2 yang ada di Malaysia ni,cukup sekadar untuk pakai sendiri.
Aku belajar ketika melihat rakan s…

TUKANG JAHIT AKAN MENGHASILKAN SESUATU YANG.....

CATATAN KE 269
MENYENANGKAN HATI ATAU MENYAKITKAN HATI?

Pernah sakit hati dengan si tukang jahit? Pernah dapat baju yang jauh dari apa yang kita kehendaki? kalau pernah....itu normal...semua orang pernah merasainya.Semua orang tau!bukan anda seorang sahaja....
Adakalanya beli kain murah tapi...tempahnya subhanallah,mahal nak MAM***! Adakalanya beli kain mahal tapi...hasil kerja mereka,buat kita rasa nak nangis! Biar mahal tapi berbaloi,kita tak marah tapi..ada yang mahal tapi hasil kerjanya macam Haram jadah!sepatah kata Najib Razak.
Aduhai...si tukang jahit Bila anda dah buka kedai menjahit baju,itu tandanya anda adalah tenaga mahir untuk menjahit baju2 kami. Bila anda dah promosi diri anda di kain2 rentang di tepi jalan,itu tandanya anda telah bersedia untuk menghasilkan jahitan yang terbaik!
Tapi..... Bila baju kami anda rosakkan.... Hati kami merintih pilu.... Sedihnya..... Kain2 itu aku beli mahal tau,bukan mudah aku nak dapat kain2 terbaik tu,bukan puluh2,bukan ratus2 tapi....ri…

KANTIN SEKOLAH

Image
CATATAN KE 268
TREND MAKANAN 'JUNK FOOD'


                                                  Makanan paling popular zaman ini.

Pernah pergi melawat atau meninjau2 makanan yang ada di kantin sekolah anak2?
Kalau tak pernah.....
Pergilah sesekali,ini penting untuk anak2 kita.
Kanak2 tak tahu apa2 mengenai  pemakanan sihat.Mereka hanya tahu......
Makan dan makan sambil bergelak ketawa bersama kawan2.

Pernah tak terfikir apa yang tokey kantin hidangkan untuk anak2 kita?
Kalau tak tahu....
Pergilah sesekali,kerana setiap apa yang di makan akan jadi darah daging mereka.
Kanak2 tak mungkin ambil tau mengenainya,mereka hanya tahu setiap hari ada urusan jual beli sahaja..

Ibu!Alif dah pandai makan hot dog!katanya semasa ku ambil dari sekolah
Ya ke?kat mana?soalku(dalam hati...wah!tak boleh jadi...selalunya dia makan bekalan yang ku bawakan sahaja,tapi..dah ada perubahan mood makan lah pulak!)
Kat kantin.....jawapnya
kalau boleh tak mahu makan makanan kat kantin,boleh tak?kalau nak makan p…