ANDAI KU TAHU...

PESANAN MERANGKAP WASIAT
INGAT....
Bila ibu mati....
jangan di tangisi,jangan di ratapi setengah mati!sebab ibu jumpa ALLAH,semua orang akan lalui kematian kerana itulah yang PASTI!ALLAH dah janji yang hidup akan mati.Dan yang mati tak mungkin akan kembali lagi.Sedihkan?kita berpisah dan tak akan ketemu lagi.Kita hanya akan bertemu di padang mahsyar,itu pun jika di izinkan oleh nya.

INGAT...
Jangan lupa solat,puasa dan mengerjakan suruhannya
Jangan lupa bacakan doa untuk ibu
Jangan bermusuhan sesama sendiri
Jangan leka dengan dunia,akhirat itu yang kekal abadi
Jangan bergaduh siang malam,tak ada apa yang kamu akan dapat melainkan malu pada jiran2.Walaupun jiran2 kita berbangsa cina,mereka juga akan melihat kerenah kamu dan menjadikan contoh...
Bertenang menghadapi kemungkinan mendatang
Jaga harta ayah....maksud ibu,apa yang menjadi miliknya
Jangan lupa angkat baju kalau dah basuh,jangan lupa siram pokok setiap hari tak kira pagi atau petang ataupun setiap malam sebelum tidur,kena rajin kemas luar rumah kerana bila orang lihat luaran pasti akan tau dalamannya,jangan sampai tak de ibu rumah macam kapal karam!bersepah hingga nak lalu pun susah!

INGAT....
Apa yang ayah suka atau tak..
Ayah suka minum nescafe,tapi...jangan le manis2 sangat sebab takut ayah dapat diabetis,susu F&N pekat tu tak baik sebab banyak kandungan gula dan lemak.Takut ayah kelestrol tinggi pulak!
Ayah tak pandai cari baju sendiri jika tak di sediakan,pastikan baju2 ayah tersedia di tempat biasa.Jika tak pandai utk mengosok,hantar je ke kedai dobi Cik Yam di Samudera sana.Cik Yam tak cash mahal,kira kita mampu untuk bayar.
Ayah suka makan masakan kering2 seperti ikan berlado,ayam berlado atau segala masakan yang pekat2.Untuk pengetahuan,ayah tak suka ikan bawal atau ikan2 yang lain sbb baunya.Kecuali ikan merah atau tenggiri.Paling penting!jangan masakan ayah sup ikan!ayah akan pitam serta merta!
Ayah ketegori golongan pemakan daging!dan bukan pemakan sayur!
Sebelum tidur,ayah suka orang garu2 kepala.Adik2 tau bab ini,walaupun mereka akan bergaduh,pastikan mereka buat untuk seketika
Ayah kuat tidur,pastikan setiap kali ayah balik rehat,tidurnya tak berpanjangan....takut kena buang kerja!nanti nak makan apa?
Ayah suka bergebor siang malam pagi petang,jangan le bising kalau ayah bergebor di siang hari.Kesian...
Ayah juga suka kekacang..tapi..jangan le di galakkan,takut ayah dapat gout pula nanti
Jaga ayah tau....
Kalau ayah nak menikah,carikan wanita yang baik2,jangan ambil perempuan yang rosak akhlak,mesti yang tau bab agama,yang tak sosial,yang bertudung dan menutup aurat,yang tak bersolek 24jam!yang  rajin agar adik2 terjaga.Pastikan yang tak mendera adik2.
Opps! hampir terlupa...pastikan wanita itu tak berkuku panjang,wanita yang berkuku panjang adalah wanita yang pengotor dan pemalas pada hakikatnya.
Pastikan juga wanita tersebut bergigi bersih!takut Alif muntah terpandang kekuningan giginya.

INGAT...
Jaga adik2 umpama menjaga nyawa sendiri,mereka masih kecil..masih tak pandai bela diri bila kena buli.Pastikan kebajikan mereka terbela
Pastikan ubat adik di beri setiap hari,nanti alergic dia datang tak pergi2
Pastikan mereka solat dan belajar agar menjadi manusia berjaya
Pastikan kasih sayang adik tak berbelah bagi
Pastikan anak bujang ibu tak nakal,jangan main2kan anak dara orang,jangan tabur benih macam ayam.
Pastikan ilmu agama mereka diutamakan

INGAT...
Cari pasangan yang beriman dan berakal
Jadilah anak2 yang solehah dan soleh
Jadilah isteri atau suami yang brtanggungjwp,jangan nak berhibur aje
Jaga anak2 merangkap cucu ibu dengan baik,jangan tinggalkan mereka dlm kereta seperti yang di lakukan oleh seorang guru hingga mati budak tu...
Carilah ilmu agama,walaupun kamu sepandai2 manusia,kepandaian kamu tak bermakna tanpa ilmu agama
Jangan ikut ustaz yang pelik2,ikut sahaja apa yang kamu tau,yang kamu belajar dari guru2 bertauliah.Tolonglah sayang2 semua...jauhilah syiah atau agama2 yang kamu rasa pelik2 tu
Jangan pertikaikan,apa yang ALLAH suruh misalnya...kenapa mesti solat,mengapa mesti puasa,mengapa mesti itu dan ini,hingga jiwa kamu jadi kacau bilau.
Ikut sahaja....apa yang kamu telah pelajari,kerana itulah asas2 kehidupan yang hakiki.
Jangan ikut hukum akal,sebaliknya ikutlah sunnah nabi dan al qur an
Jangan sombong,riak atau takbur
Jangan rasa diri hebat,kerana ALLAH maha hebat dari kita.
Bersyukur dan redha sentiasa agar hidup selamat
Jangan mencari ilmu agama di rumah2 yang bergurukan hanya seorang ustaz,carilah di masjid dan berguru dengan berbilang manusia(ustaz @ ustazah)

INGAT....
Ibu tak ada harta kecuali sedikit EPF,itupun masih nama atok,jangan bergaduh mengenainya.Tak ada apa yang nak di rebutkan,harta dunia tak akan memberi apa2
Jangan hidup porak poranda,sepakat membawa berkat
EPF tu belum di tukar nama lagi,masih nama atuk girl,kalau atuk girl ada berilah padanya,mungkin atuk akan beri sedikit untuk anak2 ibu.Tak banyak mana pun...tapi cukuplah untuk atuk belikan barang seutas rantai leher setiap seorang.Jangan bagi ayah tau!takut ayah buat hantaran meminang isteri baru...

INGAT SUAMIKU
Jaga anak2
Jangan abaikan mereka
Jangan lupa solat,puasa dan sebagainya
Jangan lupa titip doa untuk saya
Jangan terlalu cepat mencari penganti,tersalah pilih anak2 kecil kita jadi mangsa
Jangan terlalu mengikut kata2 isteri baru,selidik dulu,siasat dulu...baru buat keputusan
Jangan terlalu percaya kata2nya sehingga anak2 kecil saya jadi mangsa.Saya tidak terlalu bimbang dengan anak2 yang dah remaja,tapi..saya sangat bimbang dengan anak2 kecil saya ini
Wpun saya tahu,ALLAH ada...setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Kamu jangan terlalu cepat mencari penganti,atau tanah kubur masih merah kamu dah meroyan nak menikah.
Mungkin ramai wanita yg sudi jadi penganti,tapi..berwaspada,untuk cari wanita yang baik bukan semudah memetik jari..Ramai wanita yang hanya sanggup di mulut tapi tidak di hati
Kalau boleh...janganlah cari wanita Indon,mereka hanya tau membuat kamu ghairah tapi..itu sahaja kebolehannya.Lambat laun,mereka akan tinggalkan kamu kerana di Indon,suami sebenarnya sedang menunggu
Awas,jangan butakan mata dan tulikan telinga,harus peka jangan leka
Jika kamu terburu2,kamu akan akhirnya duduk dalam neraka dunia
Jangan beri wanita pilihan barang2 peribadi saya,berikan semua pada anak2 saya kerana mereka lebih menghargainya
Lagi satu...jangan bandingkan saya dengan mereka,bab itu saya tak rela.Saya ada keistimewaan sendiri yang hanya kamu sahaja yang memahami.
Jangan gunakan EPF saya untuk belanja kahwin seperti yang selalu kamu katakan,saya tak rela...itu duit titik peluh saya dan bukan untuk membayar penyedap buat kamu.Serah kan semuanya pada anak2 dan emak jika masih ada

INGAT....
Hidup ini hanya sementara,kita tak akan menongkat langit,kita tak mungkin akan kekal abadi
Hari ini saya pergi dulu,lambat laun kamu2 semua menyusul..apa yang perlu di lakukan,teruskan hidup seperti biasa..
Jangan bermuram durja,jangan meratapi satu kematian,kerana ALLAH yang menentukan semuanya
Hanya saya harap,hantarlah doa dan teruskan apa jua kebaikan saya agar saya selesa di sana
Setiap yang hidup pasti mati kecuali
Anak2 yang soleh dan solehah
Ilmunya dan
Sedekahnya
Setakat ini,saya tak pernah berhutang dengan orang,kalau ada pun,atas sebab saya mungkin terlupa,bayarkan untuk saya agar roh saya tak tergantung
Bayarkan hutang puasa dan fidyah saya,biar lebih jangan kurang.Hutang puasa tu main agak2 aje(pesanan ini terutama untuk anak2-kalau sayang ibu...ringankan beban ibu di sana)
OPPS!hampir terlupa,buatkan haji saya jika kita tak berkesempatan melakukannya bersama.Walaupun teringin nak pakai gelaran HAJJAH,tapi rezeki belum ada.Cukuplah sekadar HAJJAH kecil hasil kita melakukan umrah tempohari.
Saya sentiasa gembira hidup bersama,susah senang kita harungi bersama.Suka duka hidup akan saya bawa ke akhir hayat.

Akhirkata..
Walaupun ini hanyalah catatan merapu,tapi...ianya akan menjadi nyata bila ibu sudah tiada lagi.Apa yang semua patut tau..

IBU AKAN SAYANG KAMU2 HINGGA BILA2,KASIH SAYANG YANG ADA DI HATI...TIDAK AKAN TERGELINCIR WALAU APA PUN TERJADI,IBU HANYA ADA KAMU2,DAN AKAN AKAN TERUS BERSAMA KAMU SENTIASA.
JAGA DIRI DAN JAGA AKIDAH,PASTIKAN DALAM HATI ADA ISLAM,ADA ALLAH ADA RASUL..
SEMUGA KITA BERTEMU LAGI DI ALAM YANG KEKAL ABADI
SALAM SAYANG DARI IBU UNTUK KALIAN....

ASSALAMUALAIKUM






Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK